Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Watie Hanifiah akui tidak menyangka akan bertemu dan bersemuka dengan Allahyarham Siti Sarah dalam mimpinya baru-baru ini.

Menurut Watie atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, mimpi tersebut mungkin tercetus selepas anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra memberitahu turut bermimpi tentang arwah Siti Sarah.

“Saya Tegur, Tak Nak Jumpa Anak-Anak Ke? Mereka Rindu,” – Selepas Shuib, Watie Pula Mimpi Arwah Siti Sarah

“Baru-baru ini saya ada mimpikan arwah. Dalam mimpi itu hanya ada saya, arwah dan abah (Raisuddin Hamzah).

“Arwah hanya berdiam diri dan lihat saya. Dalam mimpi itu, wujud satu perasaan risau, adakah dia kembali untuk ambil semula haknya iaitu Shuib dan anak-anak.

“Saya sorok perasaan itu sebelum tegur dan tanya pada arwah, ‘tak mahu jumpa anak-anak ke? Mereka rindu’.

IKLAN

“Arwah tak balas tetapi hanya memandang sahaja,” katanya kepada MH.

Watie berkata sedemikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa Indigital Music x FYP Media pada Rabu.

“Saya Tegur, Tak Nak Jumpa Anak-Anak Ke? Mereka Rindu,” – Selepas Shuib, Watie Pula Mimpi Arwah Siti Sarah

IKLAN

Sementara itu, Watie turut mendedahkan dirinya tidak pernah berasa cemburu dengan arwah namun, apa yang dirasakan di dalam mimpi tersebut sememangnya sesuatu yang janggal.

“Itu pertama kali saya rasa sebegini. Dalam hati terdetik rasa risau yang arwah akan kembali nak ambil semula haknya tetapi saya sedar itu semua hanya mimpi.

“Secara realiti tak cemburu tapi dalam mimpi pula cemburu,” ujarnya.

IKLAN

Tambahnya, dia juga mengambil masa beberapa hari untuk berkongsi tentang mimpi tersebut dengan Shuib.

“Saya Tegur, Tak Nak Jumpa Anak-Anak Ke? Mereka Rindu,” – Selepas Shuib, Watie Pula Mimpi Arwah Siti Sarah

“Selepas saya cerita pada Shuib dan tanya dia kalau disuruh buat pilihan, dia pilih siapa? Dia hanya diam dan kata mengaruh sahaja.

“Kemudian kami berborak banyak benda mengarut, bergelak ketawa tapi jangan risau semuanya okey sahaja,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI