Peringatan yang cukup keras daripada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador buat semua ahli politik dalam berpilitik.

Perkongsian menerusi Instagram 501Awani itu berkisar kepada kekecohan yang timbul di kalangan ahli politik sehingga menyukarkan pihak polis memberikan perkhidmatan terbaik untuk masyarakat.

Ulas Abdul Hamid, disebabkan adanya politik tidak bertanggungjawab, pihak polis terpaksa berbelanja lebih semata-mata untuk menerbangkan anggota ke kawasan terbabit seterusnya mampu menghalang pihak polis daripada meningkatkan mutu dan servis perkhidmatan.

Saya menyeru kepada ahli politik agar berpolitik di dalam kancah kalangan perimeter mereka sendiri. Jangan limpahkan keluar sehingga menyebabkan orang ramai rasa terbeban.

IKLAN

“Disebabkan apa yang berlaku, pihak kami Polis Diraja Malaysia terpaksa berbelanja lebih untuk kami menerbangkan anggota kami ke sana sini.

“Membuang masa dan saya meminta agar mereka supaya berpolitik dalam kalangan sendiri. Jangan sesekali membuat pakatan jahat. Saya tegas dengan kenyataan saya.

IKLAN

Pihak polis perlukan masa untuk menumpukan kepada kerja. Kami berusaha meningkan integriti pasukan, integrity service delivery kepada orang ramai kerana itu adalah tanggungjawab kami. Namun apabila dibebakan kepada perkara remeh sebegini, ia mengaibkan dan tidak sepatutnya berlaku,” tegasnya.

IKLAN

Setuju dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Faizal Tahir dan Fikry Ibrahim antara selebriti yang memberikan reaksi di ruangan komen.

“Saya Tegas Dengan Kenyataan Saya,” – Amaran Ketua Polis Negara, Faizal Tahir & Fikri Ibrahim Antara Yang Beri Reaksi

Foto : Instagram 501Awani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI