“Saya Tak Sailang, Itu Rezeki Dan…,” – Dikata Caras Sherry Ibrahim, Ini Penjelasan Hanez Suraya

Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya menafikan dia bersikap ‘sailang’ Sherry Ibrahim apabila menggantikan bintang berkenaan sebagai duta baru jenama kencantikan Deeja Cosmetics.

Malah dia sendiri tiada isu dengan Sherry yang sebelum ini sinonim dengan produk berkenaan.

“Saya tidak sailang (caras). Itu rezeki dan saya terimanya dengan hati terbuka. Kalau nak dikata sailang, tidak boleh kerana rezeki masing-masing. Saya dengan dia tak ada masalah kerana pihak Deeja sendiri yang melamar saya.

“Malah sebelum dipilih sebagai duta sebelum ini, saya terlebih dahulu turut mengguna dan mempromosi produk tersebut dan memberikan kerjasama,” katanya kepada MH.

IKLAN

Malah, Hanez yang kini sedang sarat hamil lima bulan juga turut mengakui dia juga tidak boleh rasa ‘cemburu’ andai pihak Deja sendiri ada mengambil selebriti lain bagi tujuan promosi meski dia dipilih menjadi duta.

“Kalau pihak mereka ada memanggil artis lain untuk promosi atau turun padang sekali pun, saya tidak boleh berkata tidak. Saya faham sebab saya pun niaga tudung.

“Jadi meski saya pun pakai dan promosi tudung jenama sendiri, saya pun kenalah minta influencer lain untuk promosinya juga. Itu suatu yang normal.

IKLAN

“Jadi untuk soalan berkenaan, itu rezeki masing-masing. Cuma kali ini rezeki saya pula untuk bersama mereka,” jelasnya.

Terdahulu, Hanez ditemui media pada majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Deeja Cosmetics 2018 di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.