Keputusan kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri bermula pada 11 Oktober lalu disambut penuh gembira oleh rakyat Malaysia. Masing-masing teruja, apatah lagi buat mereka yang sudah lebih setahun tidak berjumpa ibu bapa dan keluarga tercinta.
Kebenaran itu juga selepas kadar vaksinasi lengkap di seluruh negara membabitkan golongan dewasa sudah mencapai 90 peratus. Ia sekaligus membuktikan bagaimana tahap kesedaran yang tinggi masyarakat terhadap suntikan vaksin.
Bertepatan dengan kempen kerajaan juga, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia melancarkan lagu Vaksin Rindu sebagai usaha dan inisiatif agar orang ramai yang belum mendapatkan vaksin boleh berbuat sedemikian.
Selain itu, lagu ini juga bertujuan untuk menaikkan semangat selepas musibah yang menduga kita.
Lagu ciptaan AkhMas dan Yasin Sulaiman dan lirik oleh Yasin Sulaiman, Suhaimi dan Ghazali itu dinyanyikan oleh Yasin Sulaiman.
Yasin berkata, dia tidak berfikir panjang ketika ditawarkan untuk menyanyikan lagu Vaksin Rindu selain tertarik dengan lirik dan tema yang dibawa lagu berkenaan.
“Saya mendapat tawaran menyanyikan lagu ini bulan lepas. Apabila saya dengar melodi dan baca lirik, saya tak fikir panjang untuk kata ya. Saya terus terima dan nak buat. Lagi pula, saya suka idea yang dibawa Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia ini.
“Dalam masa sama, saya lebih kepada nak sokong kempen dijalankan mereka. Saya nak raikan matlamat kempen mereka menerusi lagu Vaksin Rindu ini. Melihat usaha mereka ini, ia sesuatu yang bagus kerana ada kesedaran dan mahu tingkatkan kesedaran kepada masyarakat terhadap suntikan vaksin di kala virus Covid-19 masih melanda negara,” katanya.
Ads
Berkongsi lanjut mengenai lagu itu, Yasin berkata dia juga turut memberikan sedikit sentuhannya pada melodi dan lirik.
“Pada awalnya memang saya kena menyanyi saja. Apabila tengok lirik, ia ‘cute’ juga. Lagu sederhana dan santai saja. Disebabkan karya ini daripada NGO, saya tidak boleh ‘treat’ mereka macam orang lain. Jadi, saya ada baiki sikit pada bahagian lirik supaya lagu itu lebih baik hasilnya.
“Sebelumnya saya minta izin dan mereka okay. Ketika dapat tawaran itu pun, muzik sudah siap. Jadi, saya bantu dalam proses ‘mixing’ sikit. Alhamdulillah, hasilnya diharap dapat diterima baik peminat dan sama-sama kita menghayati lagu ini,” katanya.
Ditanya mengenai kewujudan golongan yang masih belum atau menolak vaksin, Yasin berkata perkara itu adalah pendirian dan hak masing-masing.
“Di sekeliling saya ramai tak ambil vaksin lagi dengan alasan pelbagai atau mungkin juga mereka berasakan tak nak terbabit dengan agenda vaksin. Ikut kepercayaan masing-masing.
Ads
“Tapi bagi saya ia tak jadi masalah pada negara pun. Sebab kadar vaksinasi seluruh negara pun sudah mencapai 90 peratus.
“Lagi satu, kita tak boleh paksa mereka. Dalam perubatan pun sama. Cuma, pengambilan vaksin ini adalah untuk kesedaran bersama bagi melindungi diri kita,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Yasin mereka yang digelar anti vaksin ini bukanlah ancaman buat mereka yang sudah mengambil suntikan vaksin.
“Saya tak raikan pendapat mereka, tapi saya hormat pendirian mereka. Sebab soal masukkan sesuatu dalam badan adalah atas diri sendiri. Jadi, apa pun keputusan mereka, itu hak mereka.
“Bagi saya, buat masa sekarang ini bukan satu masalah. Melainkan kalau majoriti yang tak nak vaksin, itu baru masalah. Anti vaksin bukanlah ancaman buat kita. Kalau tengok sekarang pun kes harian kita makin turun. Tak perlu nak kecoh atau saling bergaduh di media sosial. Pada akhirnya yang tak nak ambil tetap tak nak ambil,” katanya.
Ads
Sementara itu, Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia berharap lagu Vaksin Rindu yang diterbitkan mereka dapat menaikkan semangat seluruh rakyat Malaysia selepas hampir dua tahun bergelut dengan situasi pandemik Covid-19.
Lagu Vaksin Rindu ini juga bertepatan dengan NGO ini yang mana mereka adalah persatuan yang aktif dan giat memberi sumbangan sepanjang tempoh pandemik Covid-19.
“Diharapkan lagu dapat menaikkan semangat selepas musibah yang menduga kita. Untuk sama-sama membantu dan memberi sumbangan boleh ke arifnasional.com atau dapatkan merchandise di vaksinrindu.com ,” katanya.
Lagu Vaksin Rindu bakal dilancarkan secara rasmi esok, 21 Oktober 2021.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nadzmi Adhwa tidak dapat menyembunyikan rasa terharu apabila menerima kejutan hari jadi daripada rakan niaganya, Ardell Aryana. Aktor itu ada memuat naik beberapa potong video dengan kapsyen penuh makna menerusi Instagram.
Tulisnya, dia tidak sangka pelakon wanita itu masih ingat hari jadinya memandangkan tiada ucapan daripada Ardell hingga petang semalam.
Lebih istimewa, Ardel turut menghadiahinya dengan telefon pintar terbaru.
“Terima kasih @ardellaryana? Aku ingat kau lupa. Patutlah dari semalam tak wish aku tunggu je ? Rupanya kau nak kenakan aku. Sedihnya ? Kenapa kau belikan benda benda mahal ni semua untuk aku ? Iphone XS Max tu aku ingat 5 tahun lagi baru aku beli ? Pandaikan kau beli pam asma tu mentang mentanglah aku selalu semput.
“Yang paling penting sekali team kita minat sama ! Arsenal ! Die hard fans dari kecil lagi sama dengan kau ? Aku doakan kau sihat supaya nanti kita boleh futsal macam dulu dulu. Semoga kau sembuh sepenuhnya. Ingat ,Walaupun orang cakap kau friendzone aku tapi aku tak kesah weh. Diorang tak tahu,” tulis Nadzmi.
Pada masa sama, Nadzmi turut menyifatkan Ardel sebagai sahabat susah senang, meski ada yang berpendapat bahawa Ardell melakukan friendzone terhadapnya.
“Kau sahabat aku yang sentiasa ada dalam susah dan senang aku. Kau tarik aku keluar dari kesedihan aku dan ceriakan hidup aku. Aku sayang kau Nonoi ? Sayang sangat !!! Terima kasih untuk semua ni, terima kasih juga semua family kau. Weh kita walaupun beza 2 tahun kau acah acah anggap aku adik , tapi takpe kalau Allah dah tetapkan jodoh kau dengan aku, kau tak boleh tolak jugak ? Opps.
“Kau jadi sahabat aku pun aku dah bersyukur sangat dah. Takpe aku cepat cepat dewasa okay supaya kau nampak aku ni dah matang ? Semoga Allah bukakan pintu hati kau yang keras tu untuk aku. Eh eh ? To all girls out there yang nak bagi suprise kat kawan lelaki boleh bertapa dulu dengan @ardellaryanani.
“Dia ni pun dah macam lelaki dah opss, and kekadang kan @ardellaryana aku rasa kau lebih lelaki dari aku ??? Terima kasih untuk semua ni. Kau memang legend kakak,” maklumnya lagi sambil disusuli dengan tanda palang #WanitaKu #AdhwaTurns26#NovemberBabies #Scorpio #YaGunnersYa#COYG.
Sehingga kini, video tersebut mendapat puluhan ribu tanda suka sambil para peminat turut memberikan dedikasi ucapan hari jadi buat Nadzmi.
“Raya pertama dah, kedua dah, ketiga pun dah. Cepat masa berlalukan. Mummy masih di Kuching Sarawak.
“Uolss semua masih di kampung ke? Apa je activity uolsss lagi? Mummy activity raya keempat, Family Day with family in law.
“Macam macam game disediakan. Doakan jangan terberanak kat sini sudah haha.
“Apa apa pun selamat hari raya maaf zahir batin. Sesiapa yg dah gerak balik, berhati hati sentiasa di jalan raya. Ingat orang tersayang,” tulisnya menerusi hantaran terkini di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya saling teruja dan mendoakan yang baik-baik buatnya yang bakal bersalin tidak lama lagi.
“Best tengok tak over pegang perut macam setengah orang. Selamat hari raya Datin.
“Harap-harap sempat seminggu lagi. Mummy makan puas ouas rendang lemang semua.
“MasyaAllah cantik Mummy Becca.”
“Memang dari mula berlakon dah minat dia. Cantik manja jer orangnya.”
“Sentiasa cantik berseri. Semoga segala urusan dipermudahkan ya.”
Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nur Azman Sulaiman, 54, pada 14 Januari 2011 dan mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Aliff Al-Raffael, Nor Ahmed Al-Reaggan dan Nor Aurora Riana.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan Instafamous yang juga pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina merupakan antara figura yang sering menjadi sorotan netizen dalam setiap tindak tanduk mahupun penampilan yang diperagakan mereka.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah 63kg! Jelas Ana, ketika itu suamilah mentor untuk berdiet dan pembakar semangat sehingga berjaya hari ini.
Dulu Tak Cantik?
Pemilik nama penuh, Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, mengakui dirinya dulu memang tidak secantik sekarang. Dulu dia seorang gadis yang gemuk dan mempunyai muka berjerawat.
Memetik laporan Mstar Online penampilannya jauh berbeza dengan sekarang. Berbanding suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang romantik.
Justeru itu, Aina tidak pernah bekecil hati jika suaminya memuat turun foto dirinya dahulu. Ini kerana ada mesej yang tersirat yang ngin disampaikan sebagai pengajaran kepada orang ramai.
Tidak Selesa ‘Lihat’ Diri Sendiri
Aina mengakui pada tahun 2013, berat badannya pernah mencecah 63 kilogram berbanding Hafiz yang hanya memiliki berat 42 kilogram.
Justeru, untuk mengembalikan keyakinan diri, Hafiz adalah orang yang sanggup memberikan tunjuk ajar serta galakkan kepada Aina untuk menurunkan berat badan.
Ketika temu bual bersama majalah NONA, Aina mendedahkan bahawa dia berjaya menurunkan berat dan mendapat bentuk badan ideal hanya dengan menjaga diet tanpa mengambil sebarang suplemen.
Dia juga mengamalkan tip pemakanan daripada Hafiz yang sememangya aktif melakukan senaman di gimnasium dan at berdisiplin menjaga pola pemakanannya.
Aina menjelaskan, tekad untuk kurus bukan kerana dia mengharapkan tubuh badan ramping bagi tujuan kecantikan, tetapi Aina sebenarnya tidak selesa melihat dirinya yang berisi dan merasa tidak yakin untuk memakai pakaian dengan saiz badan yang gempal.
Terima Kekurangan Seadanya
Mereka yang sudah mula saling mengenali sejak lima tahun lalu dan sejak itu kasih antara keduanya tidak pernah berubah hinggalah mereka mendirikan rumah tangga.
Pasangan ini kelihatan cukup romantik dan Hafiz memang betul-betul mencintai wanita ini walaupun ketika mula bertemu dirinya tidak berpenampilan menarik.
Sementara itu menurut Hafiz, gambar yang dimuat turun di laman sosial bukan bertujuan memperlekekan isterinya, sebaliknya hanyalah untuk memberi motivasi kepada pasangan lain.
Jelasnya lagi, dia mahu memberi inspirasi kepada kaum wanita supaya tidak rasa merendah diri dan yakin pada diri sendiri dan berubah kepada perkara lebih baik. Begitu juga lelaki yang perlu menerima pasangan mereka seadanya walaupun mereka tidak begitu sempurna.
Sekadar Info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Kompleks Penternakan Moden Bebiri World, Kg PT Hj Zain, Batu 15½, Air Hitam, Muar, Johor menjadi tumpuan ribuan pengunjung pada 10 Ogos lalu apabila...