Sebagai manusia kita seharusnya peka dengan keadaan sekeliling dan memahami situasi keadaan.

Sebagai contoh baru-baru ini terdapat isu dua orang remaja menjadi viral dan menerima pelbagai cemuhan dan kecaman kerana dikatakan tidak menghormati situasi sedih di tanah perkuburan.

Baru-baru ini juga MH ada terlihat satu Tweet pelakon popular, Syafie Naswip di Twitter yang menulis ada peminatnya mahu meminta autograph dan selfie bersamanya ketika majlis pengkebumian ayah angkat tercinta.

‘Saya Tak Marah Cuma Tegur’ – Syafie Naswip Beri Komen Isu Ajak Selfie Di Kubur

MH telah mendapatkan Syafie untuk bertanyakan lebih lanjut komen beliau bagi Tweetnya ini.

IKLAN

Katanya kepada MH, sebagai manusia kita harus lebih peka dengan situasi kerana perbuatan berselfie atau menangkap gambar di tanah perkuburan dilihat tidak sesuai dan tidak manis untuk dilakukan dikala orang lain semua sedang bersedih.

“Kadang-kadang kita kena lebih alert dan lebih common sense dengan benda-benda macam tu. Ada situasi kadang-kadang sesuai tapi ada situasi yang kadang-kadang kita tengah sedih atau moody dan ketika itu ayah angkat saya juga baru meninggal dan waktu tu juga lah dorang nak ambil gambar dan tempat itu pula dekat kubur.

 

“Saya tak marah pun cuma sekadar teguran sahaja,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu sempat juga MH bertanyakan tentang posting Syafie di Instagram yang berkongsi berita sedih, bapanya meninggal dunia sehinggakan ada yang keliru dan menyangka itu adalah bapa kandungnya.

IKLAN

Menurut Syafie, yang meninggal itu sebenarnya adalah bapa angkatnya bukanlah bapa kandungnya seperti yang di dakwa oleh segelintir portal.

IKLAN

“Itu actually ayah angkat saya tapi saya dah anggap macam ayah saya sendiri dan arwah bukan ayah kandung saya.

 

“Ayah angkat saya sakit lelah dengan jantung dan sudah mengalami sakit tu sejak tahun lepas lagi tapi tiga bulan terakhir ni dia nampak lain sikit dan kesihatan dia semakin teruk,” jelasnya kepada kami melalui perbualan telefon.

Pelakon utama dalam filem Mukhsin ini juga berkata, kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang bersama arwah adalah pada bulan lepas di mana kali terakhir dia berjumpa denagn arwah bapa angkatya keluar makan bersama-sama di Pahang.

Tambah Syafie lagi, arwah bapa angkatnya ketika hayatnya masih ada dia sering berpesan kepada Syafie untuk berkerja dengan baik dan memberikan komitmen yang bagus terhadap kerja.

Apapun sebagai seorang pelakon tidak dapat dinafikan, Syafie memang seorang pelakon yang bagus dan tidak pernah mempunyai sebarang kontroversi yang mencalarkan namanya di dalam industri dan pelakon sepertinya harus dijadikan contoh.

MH juga mahu mengucapkan salam takziah buat Syafie dan keluarga yang telah kehilangan bapa angkatnya. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI