Kakak selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila memilih untuk terus memartabatkan bahasa Malaysia selepas ditanya mengenai ada ibu bapa kini yang cenderung mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris terhadap anak-anak mereka.
Menurut Nabila, dia juga sedih melihat situasi kanak-kanak yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik, sedangkan itu bahasa kebangsaan.
Malah jelasnya lagi, dia dan ahli keluarga lain akan bercakap dalam Bahasa Malaysia di rumah.
“Kita memang cakap Melayu di rumah, begitu juga dengan adik beradik lain. Saya tidak mahu Jayden menjadi anak yang mahir dalam bahasa Inggeris tapi tidak tahu cakap Melayu. Tak boleh. Kena pandai cakap bahasa Malaysia dulu.
“Itu pandangan saya secara peribadi. Bila saya jumpa ramai anak-anak yang tak boleh bercakap bahasa Malaysia. Saya rasa sedih. Wajahnya Melayu, tapi cakap Melayu pelat. Tak naklah macam tu. Bahasa Malaysia bahasa kita kan.
“Untuk Jayden dia kena tahu Bahasa Malaysia dan dialek Kelantan. Kalau bapanya nak dia mahir dalam dialek Pulau Pinang, itu terpulang kepada Sharnaaz.
Ads
“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk memastikan Jayden ‘boleh masuk’ apabila bergaul dengan orang di sekelilingnya,” katanya yang turut akui Sharnaaz turut selesa dengan cara tersebut.
Usahawan itu ditemui pada majlis pelancaran Disney x Naelofar The Little Mermaid, di Petaling Jaya pada Khamis.
Ads
Nabila bagaimanapun tidak menafikan akan kepentingan bahasa dunia itu, namun biarlah bahasa itu dipelajari Jayden ketika di sekolah nanti.
“Saya percaya apabila dia masuk sekolah nanti, dia akan mempelajari dan bercakap dalam bahasa Inggeris. Jadi tak perlu risau mengenai hal itu,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai rezeki zuriat selepas mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran tahun lalu, Nabila tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk menimang cahaya mata selepas ini.
Ads
“Insya-Allah saya memang merancang untuk menambah anak. Kalau ada rezeki memang tidak menolak tapi belum ada rezeki lagi,” katanya.
Sebelum ini, Nabila berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai 2020. Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.
Nabila kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 47 pada 19 Mac tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-64, penyanyi Nourul Depp ada menitipkan ucapan bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.
Apa yang menarik, penyanyi berusia 44 tahun ini ada berkongsi cerita perihal mengenai arwah bapanya, Abd Wahab yang pernah menjalinkan hubungan rapat bersama Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tunku Abdul Rahman suatu ketika dahulu.
“Merdeka! Merdeka! Happy independence Day Malaysia. Al fatihah buat bapa kemerdekaan almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Terima kasih di atas segala usaha mu untuk kemerdekaan malaysia.
“Masa kami kecik, arwah abah selalu bawak pi tanjung (pulau. Kami di butterworth) selalu jumpa seorang lelaki berusia hampir 100 tahun.
“Di bawah satu pokok besaq, kami selalu main dengan sorang budak perempuan dan lelaki kacukan cina-melayu.
“Lelaki tua tu atas kerusi roda, sesekali pandnag kami sambil sembang dengan arwah abah.
Bila dah besaq baru tau rupanya lelaki tua itu adalah almarhum Tunku Abdul Rahman.
“Arwah abah ada kelebihan dengan hubungannya dengan beberapa leader dulu. Termasuk Tun Mahathir,” tulisnya.
Dalam pada itu, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abd Wahab turut menitipkan kata ucapan dengan memberikan nasihat kepada orang ramai untuk ubah cara permikiran agar dapat menjadikan tanah air tercinta sebuah negara yang lebih maju.
“Zaman berubah. Amanatnya tetap berjalan. Hanya kita sebagai takyat yang ada “magic lamp” kata almarhum. (Rujuk video @missmajid )
“Pertahankan keamanan. Bebaskan fikiran yang skeptikal. Ubah mindset yang sempit untuk menjadikan negara kita lebih maju. Selamat hari kemerdekaan yang ke 64. Love you malaysia. Forever and always #merdeka64 #malaysiaindependentday,” tulisnya lagi.
“Saya anggap ini peluang yang sangat besar, sangat bersyukur dan terus terima.”
Demikian kata selebriti popular, Elly Mazlein yang kini menggalas tugas sebagai hos bersama Nabil Ahmad di dalam program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) selama 10 minggu bermula semalam.
Elly menggantikan Jihan Muse yang kini sedang berpantang anak keduanya.
Meski tidak menafikan akan menerima reaksi yang pelbagai susulan keberadaanya di dalam program realiti tahunan itu, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi,41, bagaimanapun bersyukur sekiranya ada memberikan reaksi positif.
“Bila dapat tawaran, saya fikir mengapa tidak? Malah sebelum ini pun saya pernah menggantikan Jihan. Jadi kali ini peluang sekali lagi datang dan saya cuba.
“Alhamdulillah syukur kalau ada yang suka. Apa yang paling dirisaukan ialah penerimaan orang. Walaubagaimanapun bila diberikan tanggungjawab, saya cuba untuk berikan yang terbaik.
“Sebab itu pun periuk nasi kita. Macam kita dalam sebuah kelaslah. Kalau nak dapat nombor satu, kita kenalah buat ‘homework’ lebih dan sebagainya. Macam situasi saya ni, saya cuba buat yang terbaik.
“Sebab kita sedia tahu progres GV dari musim pertama hingga kelapan. Saya anggap amanah itu sebagai sesuatu yang berat sebenarnya, bila fikir nak kekalkan momentum GV itu sendiri,” katanya kepada MH.
Elly yang juga alumni GV tidak menafikan perasaannya bercampur baur sebelum memulakan tugas mengacarakan program berkenaan.
“Sudah tentulah saya rasa gementar, nak ‘pitam’ rasanya. Kita ni gantikan tempat orang. Malah, semua sudah tahu ‘DNA’ program ini ialah hosnya juga iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse selain produksinya.
“Tiba-tiba kehadiran saya ini sebagai ‘jiran baru’. Macam mana ni? Saya kata tidak mengapa… Saya akan kendalikan mengikut cara sendiri dan ikut kemahuan program itu juga.
“Yang bantu saya pun termasuk bintang GV kerana saya sudah kenali mereka. Begitu juga Nabil yang banyak berikan sokongan dan tunjuk ajar,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan berita pemergian pelakon veteran, Song Young Kyu yang dilaporkan meninggal dunia pada pagi Isnin di kediamannya di Yongin,...