“Saya Tak Mahu Berikan Sebarang Komen…,” – Reaksi Chacha Maembong Sejurus Foto Dicium Kakak & Abang Ipar Atas Pelamin Tular

Share

Selepas foto pelakon, Chacha Maembong yang diapit serta dicium pasangan pengantin baru yang juga kakaknya, Emma Maembong dan abang ipar, Muhammad Shazli Azhar mencetuskan sensasi hingga tular di media sosial, bintang itu tampil memberikan reaksi.

Memetik Harian Metro, pelakon filem Garang: Aku Luar Biasa itu menyifatkan netizen terlalu negatif.

Malah pada masa sama, Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aisyah Ismail juga tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

“Saya tak mahu berikan sebarang komen mengenai perkara itu,” kata pelakon berusia 24 tahun itu seperti yang dipetik.

Sebelum itu, hal tersebut mulai diperkatakan di media sosial seperti Twitter. Posting berkenaan memaparkan gambar Emma yang sedang mencium pipi Chacha di atas pelamin.

Namun, apa yang membuatkan ramai memberi reaksi apabila Shazli turut dilihat mencium adik iparnya itu.

Terdahulu, Emma sah bergelar isteri kepada Mohamad Shazli apabila pasangan tersebut selamat diijabkabulkan kira-kira jam 11.58, Khamis lalu.

Majlis pernikahan Emma atau nama sebenarya Fatimah Rohani dan Syazli itu berlangsung di Dunia Melayu, Bukit Damansara dan dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Foto: Instagram Emma, Chacha Maembong

IKLAN