Pengacara dan usahawan, Neelofa merupakan seorang pengacara yang terkenal dan sering menjadi perhatian peminat.
Bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-62, Noor Neelofa Mohd Noor atau sinonim dipanggil Neelofa telah memberi kata-kata ucapan patriotik.
“I can’t imagine a world without nasi lemak, teh tarik, roti canai or basically anything I can get at any hour.
Ads
“I am proud to celebrate as a Malaysian with the culture and history we pride on. Selamat Hari Merdeka! #merdeka #sayangimalaysiaku,” tulisnya bekas juara Dewi Remaja 2010 ini.
Leteran dengan hanya ‘satu nafas’ lengkap dengan kata-kata yang cukup mencengkam dada, lelaki yang dikenali sebagai Abang Gee ini menunjukkan kehebatan ‘menyerang’ peniaga karipap oksigen (kurang inti).
Ulasnya, peniaga karipap seringkali meletakkan kuantiti inti yang sedikit sambil menunjukkan bukti menerusi video yang dimuat naik.
Azhan Rani yang mengulang siar video ini turut bersetuju dengan pandangan bintang media sosial itu dan dalam masa yang sama mencadangkan agar Abang Gee diberi peluang melakonkan watak utama drama atas kelancarannya berkata-kata.
“I feel you bro. Bohong kalau tak pernah ada dalam situasi ni. cuma mulut aku tak selancar brader ni je, senafas je dia bagi.
“Tapi kan tetiba aku rasa macam best kalau brader ni jadi hero slot akasia ke samarinda ke pairing dengan @ucheefukada, berani tak nak tengok.
“Confirm aku melekat malam2 depan tv tengok.. berani ke tidak cc : @budakijat,” kongsinya lagi.
Sejak bergelar juara untuk program realiti nyayian Big Stage musim pertama, nama penyanyi Sarah Suhari semakin dikenali ramai dan diterima baik peminat.
Bagaimanapun, meski sarat dengan aktiviti nyanyian, bintang remaja ini akui dirinya turut menitik beratkan soal pendidikan dalam kehidupannya.
Penyanyi lagu Nyawa Dan Raga ini berkata dia mempunyai cita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
“Sejujurnya kalau ikutkan tahun lepas Sarah sambung belajar tapi disebabkan ada peluang yang lain datang dulu jadi Sarah kena ambil peluang datang awal.
“Kalau ikutkan Sarah akan sambung belajar dekat UiTM Seri Iskandar, Perak dalam jurusan Jurukur Bahan dan alhamdulillah, pemohonan saya diluluskan.
“Apapun, Sarah memang ada nak sambung belajar tapi disebabkan Sarah dapat peluang yang lain dulu dalam bidang nyanyian, jadi tangguh dahulu untuk sambung belajar dalam masa terdekat ni.
“Sarah kalau boleh nak fokus dulu dekat peluang sekarang yang ada ni,” kongsi Sarah bersama MH.
Pengacara, Ahmad Fedtri Yahya kini boleh menarik nafas lega apabila anak keduanya, Ahmad Wildan Arjuna selamat menjalani pembedahan pembuangan gigi rosak sebentar tadi.
Kongsinya, kanak-kanak berusia lima tahun itu mudah mengalami gusi berdarah dan bengkak.
Difahamkan, sebanyak lapan batang gigi Arjuna terpaksa dibuang akibat terlalu hitam yang boleh mengakibatkan jangkitan.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal dengan pendirian untuk terus bertanding di Anugerah Industri Muzik (AIM), meskipun ada yang berpandangan statusnya sebagai figura berpengaruh dalam industri membuatkan dia tidak lagi perlu bersaing di pentas berkenaan.