Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin difahamkan telah mengemukakan permohonan perceraian dengan suami, Dr Rushdi Ramli.
Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Nora dilihat berkongsi gambar di mahkamah serta tangkap layar yang memaparkan perbualannya bersama seorang wanita.
Menurut Nora, permohonan tersebut dibuat demi memenuhi kehendak isteri pertama, Rose Aliza Sutrisno selain akur dengan kehendak anak tirinya.
“Saya buat permohonan ini bukan di atas kehendak hati saya kerana saya tahu berdosa tapi kerana ingin menunaikan hajat isteri pertama dari dulu lagi, iaitu Ustazah Rose Aliza Sutrisno yang mahu kembali monogami.
“Juga atas desakan anak dan orang ketiga (saya ada bukti) supaya kami berpisah,” tulisnya.
Ads
Harap Berjalan Lancar
Dalam pada itu, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema turut berharap agar urusan ini berjalan dengan lancar.
“Buat ustazah, moga ramadhan kali ini, doa ustazah akan termakbul. Harap ustaz pun akan ikut saja sebagai mana lafaz talak yang pertama dulu,” ujarnya.
Ads
Pada masa sama, Nora turut berharap agar dosanya kerana memonon cerai akan diampunkan Allah SWT.
“Allah saja yang tahu. Malah statement jujur terbaru ustaz pun diminta oleh orang terdekat utk re-edit. Allahuakbar. Moga Allah ampuni dosa-dosa saya,” kongsinya lagi.
Ads
Pada 24 Februari yang lalu, media melaporkan penyanyi berkenaan mendedahkan akan bercerai dengan Rushdi dengan harapan keputusan itu dapat menghentikan semua tohmahan dan cacian ditujukan kepadanya di media sosial.
Sekadar informasi, pada 12 Ogos tahun lalu, Nora memuat naik video Rushdi menceraikannya dengan talak satu di laman
Instagram.
Nora kemudian dilaporkan sudah rujuk semula dengan Rushdi pada 14 September 2024.
Pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Acara membeli belah terbesar Malaysia, Havoc Festival membawakan Selangor Havoc Raya Fest 2025 dengan menampilkan festival jualan raya yang akan berlangsung selama 108 jam tanpa henti dari 21 hingga 25 Mac 2025 di Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam.
Penganjuran tahun ini menjanjikan pengalaman membeli-belah yang luar biasa dengan lebih 180 ‘booth’ daripada usahawan tempatan, menawarkan pelbagai produk berkaitan persiapan raya dan makanan.
Selain itu, festival ini turut dimeriahkan dengan kehadiran 30 artis dan pempengaruh terkenal yang akan menghiburkan pengunjung dengan persembahan istimewa.
Sidang media baca pelancarkan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat,Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, bersama Yang Berhormat Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Selangor, baru-baru ini.
Apa yang menarik, hari pertama festival akan dimulakan dengan majlis perasmian yang gilang-gemilang, diikuti dengan pemberian wang tunai sebanyak RM10,000 kepada pengunjung terawal selain berpeluang menyertai cabutan bertuah.
Sepanjang lima hari penganjuran, festival ini akan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian, sesi selawat dan qasidah, serta buat julung kalinya, program qiamullail sebelum sahur.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd, Datuk Firdaus Nadxaman, festival tahun ini bukan sahaja bertujuan mengangkat industri perniagaan tempatan, malah turut membawa elemen spiritual dan kebersamaan kepada pengunjung.
“Kami berusaha untuk menjadikan Selangor Havoc Raya Fest lebih istimewa. Kali ini, dengan penganjuran selama 108 jam tanpa henti, kami mahu memberikan pengalaman baharu kepada pengunjung dengan menampilkan bukan sahaja sesi hiburan dan jualan raya, tetapi juga nilai tambah dari segi kerohanian.
“Buat pertama kali, kami membawakan program qiamullail sebelum sahur, satu inisiatif yang sangat bermakna bagi kami. Kami ingin menjadikan festival ini bukan sekadar tempat membeli-belah dan hiburan, tetapi juga platform yang membolehkan orang ramai menghayati bulan Ramadan dengan lebih mendalam.
“Ini adalah usaha kami untuk menyatukan elemen duniawi dan ukhrawi dalam satu acara yang komprehensif,” katanya.
Selangor Havoc Raya Fest 2025 juga mencatat sejarah tersendiri dengan pelancaran muzik video rasmi ‘Havoc Raya’, iaitu lagu raya pertama dalam tempoh enam tahun penganjuran Havoc Festival.
Lagu ini menampilkan Black Hanifah sebagai penyanyi utama, diiringi oleh barisan artis seperti Asfan Shah, Talam, Epol, Shafiq Nizam, Syura Badron, Mira Kuku, Daud Latah, Qistina, Afif Hanif, Shajiry, dan Azza Elite.
Muzik video ini dijangka menjadi salah satu tarikan utama festival dan menambah kemeriahan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Penganjuran Selangor Havoc Raya Fest 2025 turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dan ditaja oleh Perfume Paradise sebagai penaja utama.
Selain itu, Selangor Havoc Raya Fest turut mendapat sokongan padu agensi kerajaan negeri Selangor iaitu dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) & Tourism Selangor yang akan membantu mempromosikan pengiklanan secara menyeluruh di negeri Selangor sempena Tahun Melawat Selangor 2025.
Menurut Firdaus Nadxaman, sokongan yang diterima membuktikan bahawa festival ini bukan sekadar platform jualan, tetapi juga medium untuk memperkasakan usahawan tempatan serta memeriahkan sambutan Ramadan dan Aidilfitri dengan pengalaman yang lebih bermakna.
“Kami sentiasa percaya bahawa festival ini bukan sekadar ruang niaga tetapi juga ruang untuk komuniti berkumpul dan meraikan suasana Ramadan serta persiapan Aidilfitri dengan penuh keceriaan.
“Tahun ini, kami menambah lebih banyak elemen kejutan, aktiviti menarik, dan tentunya pengalaman membeli-belah yang luar biasa,” ujarnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Wakil Astro Audio memberikan kenyataan susulan isu terkini membabitkan tiga penyampai segmen 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin.
Menerusi satu kenyataan media, Astro Audio kesal dengan tindakan para penyampai tersebut yang didakwa telah memuat naik video jenaka yang telah menyinggung hati bangsa lain.
“Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.
“Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf kerana telah menyakiti hati dan mengecewakan hati pihak terlibat.
“Para penyampai yang terlibat telah mengakui kesilapan mereka dan telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka,” katanya.
Dalam pada itu, Astro Audio juga telah membuat keputusan untuk merehatkan Nabil, Azad dan Radin buat sementara waktu sementara pihaknya menjalankan siasatan.
“Sebagai sebuah syarikat penyiaran bertanggungjawab, kami memandang serius perkara ini dan selepas pertimbangan yang teliti, kami memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga individu tersebut dari ke udara sehingga diberitahu kelak, sementara kami menjalankan siasatan dalaman ke atas insiden ini.
“Astro Audio komited terhadap kepercayaan para pendengar kami serta memastikan persekitaran media dihormati dan menyeluruh.
“Kami sedang mengambil langkah memperkukuh proses semakan kandungan bagi memastikan program dihasilkan mencerminkan nilai dan jangkaan audiens kami,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Astro Audio juga akan memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada pihak berkuasa demi mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
“Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan penuh terhadap kesemua garis panduan dan keperluan yang ditetapkan.
“Kami amat menghargai maklum balas dari para pendengar dan pemegang taruh serta akan terus mendengar, belajar, dan memperbaiki diri. Terima kasih di atas sokongan anda,” katanya lagi.
Terdahulu, tular di media sosial sepotong klip yang memaparkan Azad seakan sedang melakukan satu pergerakan tarian sambil disorak oleh rakan-rakan penyampai lain.
Bagaimanapun, tindakan tersebut dikatakan telah menyinggung perasaan segelintir pihak kerana ia melibatkan acara keagamaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Kredit Foto: Instagram Radin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Datuk Fizz Fairuz tidak menafikan akan cabaran di dalam membesarkan anak-anak dalam era moden ini sebagai bukan suatu tugas yang mudah.
Dengan perkembangan teknologi, anak-anak kini lebih terdedah kepada gajet dan internet sejak kecil, berbeza dengan zaman dahulu.
“Memang benar anak-anak zaman sekarang hidup berbeza dengan zaman saya dahulu. Sekarang semuanya sudah di hujung jari dan mereka lebih mudah meneroka apa sahaja yang dimahukan.
“Saya sendiri masih memantau aktiviti anak-anak jika berada di rumah. Apa yang mereka lihat dan apa yang mereka tonton juga perlu diketahui. Kalau ada yang tak betul kita boleh tegur,” jelasnya.
Fizz pada masa sama turut menekankan kepentingan pendidikan awal dalam membentuk sahsiah dan jati diri kanak-kanak sebelum mereka membesar dan berdikari.
Baginya, ilmu dan pendidikan adalah bekalan utama buat anak-anak dalam menghadapi cabaran masa depan.
Dalam pada itu, Fizz turut berkongsi keterujaannya apabila mengetahui kewujudan Tadika Tahfiz Negeri Pahang, sebuah pusat pendidikan yang memberi tumpuan kepada hafazan Al-Quran untuk kanak-kanak prasekolah.
“Saya teruja sebenarnya bila dapat tahu ada sekolah tahfiz sudah dibuka yang memberikan tumpuan kepada anak-anak pra-sekolah di Pahang.
“Bila dapat tahu sahaja kewujudan pusat pra-sekolah seperti itu, sudah tentu saya teruja memandangkan jarang sekali adanya pusat pengajian yang memberikan tumpuan hafazan Al-Quran untuk kanak-kanak.
“Rasanya ibu-bapa di Pahang dan kawasan sekitar boleh mempertimbangkan untuk menghantar anak-anak ke sana. Setidaknya ini akan jadi bekalan mereka di kemudian hari,” katanya.
Sekadar informasi, Fizz mendirikan rumah tangga bersama pelakon Almy Nadia pada 2014.
Hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan lima cahaya mata, iaitu Nur Afrina Arianna, 10; Nur Afrina Aurora, 9; Nur Afrina Ayra, 7; Nur Afrina Aisyah, 4; dan Nur Afrina Alisya, 5 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...