Penyanyi, Sufi Rashid mengakui dirinya kini sedang di dalam proses untuk memohon kerakyatan sebagai warganegara Malaysia.

Sufi yang berasal daripada Singapura itu memberi tahu, dia sudah pun selesa untuk tinggal di Malaysia malah, saudara maranya juga ramai yang menetap di sini.

“Perkara tersebut ada step-step dia tapi saya memang ada hasrat untuk memohon menjadi permanent citizenship di sini. Saya pun dah selesa di sini.

“Saya pun ada saudara mara di sini seperti di Selangor, Johor dan merata lagilah.

“Saya punya darah Malaysia tu dah memang ada dalam diri. Jadi, dah alang-alang tu, lebih baik saya duduk di sini sahaja,” katanya kepada MH.

IKLAN

Mengakui punyai sedikit kelebihan selepas berkahwin dengan wanita Malaysia, Sufi menjelaskan bahawa dia tetap akan melalui segala proses yang telah ditetapkan.

“Tidaklah mudah sangat sebab dia ada langkah-langkah yang harus saya ikut.

“Saya tak nak ikut cara yang salah. Saya nak buat dengan cara yang betul.

“Saya rasa dalam masa setahun dua lagi jika diberikan rezeki, insyaAllah saya akan dapat. Senang sikit untuk saya menetap di sini,” jelasnya lagi.

IKLAN

Ketika ditanya mengenai soal zuriat, ini jawapan yang diberikan oleh penyanyi lagu Aku Sanggup itu;

“Buat masa sekarang belum lagi, insyaAllah kalau diberikan rezeki dan tuhan dah tetapkan masanya saya akan kongsikan.

“Ini semua soalan cliche. Saya tak kisah pun orang nak tanya. Saya dengan isteri memang dah bersedia.

IKLAN

“Orang selalu tanya bila nak ada baby. Berisi sikit kata mengandung, bila kurus pula mereka kata saya tak sayang isteri.

“Ahli keluarga pun ada tanya tapi tidaklah mendesak kerana mereka saling memahami.

“Kehidupan kita dalam industri seni ini agak sibuk dan untuk mencari masa yang sesuai itu bukan senang.

“Lagi pun usia perkahwinan saya pun baru nak masuk setahun. Doakan yang baik-baik. kongsinya,” akhirinya.

Terdahulu, Sufi telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Nurulain pada tanggal 21 September 2019.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI