Selepas hampir sedekad bergelar ibu tunggal, penyanyi dangdut, Amelina memaklumkan hatinya masih terbuka untuk menjalin hubungan cinta dan melangkah ke fasa bahagia.
Namun, Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin, mengakui dia kini kurang percaya diri dan agak kekok untuk memulakan perhubungan selepas sekian lama menumpukan sepenuh perhatian kepada anak-anak.
“Saya kembali aktif dalam industri ini selepas 10 tahun berehat. Sepanjang tempoh tersebut, saya memang fokus pada anak-anak.
“Bila mereka sudah besar, saya jadi tak tahu dan salah tingkah untuk memulakan perhubungan.
“Saya rasa rendah diri. Ada ke orang yang nak kenal? Nak mengurat pun tak reti. Saya bukan trauma. Perasaan itu sudah lama hilang.
“Anak-anak pun sudah bagi ‘green light’. Namun, bila sudah penat bekerja, kita jadi malas nak fikir. Saya mencari lelaki yang sayang saya. Hati saya tak pernah tertutup,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Memori Daun Pisang itu ditemui pada majlis sidang media Konsert Inul Daratista Live in Malaysia: Millenial Dangdut Nusantara di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Ads
Amelina turut mendedahkan, kebanyakan lelaki yang cuba mendekatinya adalah suami orang, sekali gus membuatkan dia lebih berhati-hati agar tidak mencetuskan sebarang masalah di kemudian hari.
“Mungkin saya terlalu selesa dengan kehidupan sekarang. Satu hal lagi, kebanyakkan yang nak mengenali saya, rata-rata suami orang.
“Jadi, saya pun berjaga-jaga dan memilih untuk merendahkan pandangan.
“Saya tak berani nak bercakap lebih. Jika ada sesuatu perkara terjadi, ia tetap akan terjadi. Sebab itu saya memilih untuk kawal diri.
Ads
“Ada juga dari kalangan bujang dan duda tapi mungkin cara mereka nak mendekati itu tak berapa sampai. Bila kita terlalu ‘independent’, orang pun takut nak dekat juga,” ujarnya.
Kata Amelina lagi, jadual kerja yang padat juga menjadi faktor dia sukar mencari pasangan hidup.
“Ada kala saya menunggu. Kemudian, si dia pula menunggu. Mungkin sibuk bekerja juga menjadi faktor susah cari pasangan.
“Mungkin mereka ingat saya ini malas nak melayan. Jadi mereka pun tarik ‘hand break’,” jelasnya.
Ads
Teruja Kongsi Pentas Dengan Inul
Dalam pada itu, Amelina turut meluahkan rasa teruja apabila bakal berkongsi pentas bersama Ratu Dangdut Indonesia, Inul Daratista, menerusi konsert yang dijadual berlangsung di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 6 Disember depan.
“Inul ialah seorang penyanyi yang sangat terkenal, tidak hanya di Indonesia tetapi juga Malaysia. Apabila diberi peluang untuk berada satu pentas dengan Inul, memang tidak boleh dilepaskan.
“Ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan dangdut Malaysia di mata orang luar. Kerana dangdut Indonesia dan Malaysia ada sedikit perbezaan,” katanya.
Selain Amelina dan Inul, konsert ini turut menampilkan penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima.
Imbas kembali, Amelina pernah mendirikan rumah tangga dengan Reduan Mahamood pada 26 April 1999 sebelum bercerai pada 29 Jun 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri Nur’ Athirah, Putera Al’ Affiq, Putera Al’ Asyraff, Puteri Nur’ Asyurah, Putera Al’ Arffa, dan Putera Al’ Amzar.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Episod kesepuluh drama bersiri, Takdir Yang Tertulis mendapat perhatian pengikut siri berkenaan apabila pada hujung episod, Ruhila yang dilakonkan Elvina dilihat ada melakukan pertemuan Mohamad bertemu dengan Ean (Alvin Chong).
Ean sebelum ini menjalinkan hubungan rapat dengan Ruhila sebelum wanita tersebut akhirnya ke pangkuan Azlan, lakonan Nazim Othman.
“Kekecewaan terbesar dalam hidup kita selalunya berlaku apabila kita meletakkan harapan pada tempat yang salah”.
“Effect libasss rambut tuuu yang penting. Credit to @naqi.ahmad.
“Thank you for watching, see you guys tomorrow #TakdirYangTertulis,” tulis Elvina pada posting terkininya di Instagram yang memuat naik babaknya yang menoleh sejurus bertetangan mata dengan Ean.
Lalu, peminat turut meninggalkan reaksi masing-masing terhadap hantaran tersebut. Malah, ada yang meminta Ruhila untuk kembali semula pada Ean dan tak kurang yang menyifatkannya sebagai tamak.
Drama arahan Shahrulezad Mohameddin yang bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3 ini turut menampilkan beberapa pelakon hebat lain antaranya Nad Zainal, Didie Alias, Isaac Iman, Muaz Fitri dan ramai lagi.
Foto: Instagram Elvina Mohamad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Datuk Sheila Majid berkongsi berita gembira apabila memaklumkan anak keduanya, Megat Abdul Rahman Majid Aziz selamat melangsungkan pertunangan bersama wanita pilihannya, semalam.
Khabar tersebut dikongsi penyanyi lagu Sinaran itu menerusi satu hantaran terkininya di Instagram dan Sheila turut berkongsi video serta foto sepanjang majlis.
Menerusi kapsyen, Sheila menyifatkan ia sebagai penutup tahun yang menggembirakan buat dirinya sekeluarga.
“Finally…a happy end to the year. #engagement #alhamdulillah #happymum #megatalia #21122020,” tulisnya.
Lalu, perkongsian itu turut menarik perhatian ramai peminat serta rakan selebriti yang meninggalkan komen mengucapkan tahniah.
Untuk rekod, Megat ialah anak kedua Sheila hasil perkahwinan pertamanya bersama penerbit, Roslan Aziz.
Menerusi perkahwinan kedua bersama pengarah dan penggubah muzik, Datuk Hashridz Murshim Hassim atau Acis pula, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen dan Khalefa Laila Murshim.
Foto: Instagram Sheila Majid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi detik istimewa bersama dua anak tiri, Mawar Rashid menyatakan rasa terharu atas perilaku kedua-duanya yang disifatkan sebagai soleh dan solehah.
Raden Ahmad Rayyan, 8 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 4 dilihat mempamerkan kasih sayang yang cukup ikhlas buat Mawar dan sering menyatakan rasa sayang sambil menyifatkan wanita itu sebagai ibu terbaik di dunia.
“Anak2 ku yang baik.
Setiap kali doa, mommy mesti doa jadikan lah anak2 ku anak yang soleh & solehah.
“Setiap kali diorang buat kebaikan and perilaku yang baik2 hati Mawar mesti bergetar sebak kerana terharu atas kebaikan yang Mawar nampak datang dari hati mereka sendiri. Alhamdulillah,” tulisnya.
Raf dilihat turut meninggalkan komen dan menyatakan rasa terharu atas hubungan yang terjalin.
Ulasnya walaupun ada pihak yang cuba memisahkan, namun kasih sayang yang tulus sukar dileraikan.
“That bond you have with my 2 Radens are simply untouchable. Despite there were ridiculous effort by people who tried to break you guys apart, your bond with my 2 Radens remains unbreakable.
“Because you’re genuine and my 2 Radens are big enough to appreciate sincere and kind hearted people like you. Love you so much my lady. Love our wonderful kids too,” tulisnya.
Mawar dan Raf berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu. Rayyan dan Chanela merupakan anak Raf hasil perkahwinan dahulu.
Foto : Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki warga Australia dijatuhi hukuman penjara sembilan hari oleh Mahkamah Daerah Singapura selepas mengaku bersalah menceroboh kawasan penghadang keselamatan dan berlari ke arah...