Ramai yang seronok menonton drama Andainya Takdir yang sedang disiarkan di saluran TV3 sekarang ini. Siapa lagi hero drama ini kalau bukan pelakon lelaki yang tidak pernah gagal membawa watak sebagai seorang suami yang penyayang dan romantik, Shukri Yahaya.

Kali ini watak Shukri di dalam drama ini agak sedikit berbeza kerana dia membawakan watak seorang suami yang panas baran dan sering memukul isterinya atas dasar cemburu.

Menerusi watak itu, ada juga segelintir peminat yang tidak suka dengan watak baran yang dibawakan oleh Shukri dalam drama tersebut namun Shukri mengatakan apabila ada yang tidak suka akan lakonannya itu bermakna watak yang dibawakan itu telah sampai kepada penonton.

Ads

“Sekiranya peminat tidak suka, itu bermakna lakonan kami terus meresap ke hati mereka dan saya sebagai pelakon, saya harus pelbagaikan lakonan saya supaya saya tidak dikatakan ‘stereotypes’ dan ini adalah kepuasan saya sebagai seorang pelakon,” jelasnya.

Ada juga yang mengatakan Shukri layak untuk mendapat anugerah pelakon terbaik di mana-mana majlis anugerah.

“Layak atau tidak saya tidak pernah terfikir pun. Apa yang saya selalu fikir, saya selalu mahukan kelainan dalam setiap watak yang saya bawa dan bukan sekadar pemakaian dititikberatkan tetapi watak itu sendiri juga harus diwarnakan. Apa sahaja tanggungjawab yang diberikan kepada saya haruslah dikeluarkan dengan jujur,” katanya lagi.

Bagi yang mengikuti drama Andainya Takdir ini pasti geram apabila melihat Shukri selaku suami di dalam drama tersebut terlalu baran. Ditanya bagaimana dia mendapatkan penghayatan yang sebegitu rupa dan dia berkata ‘research’ adalah sangat penting sebagai seorang pelakon.

Ads

“Research adalah sangat penting bagi setiap pelakon. Banyakkan bergaul dengan ramai orang dan juga banyakkan menonton filem-filem serta drama-drama tempatan ataupun luar, ambil baik dan buruknya kemudian kita ‘improvised’,” jawabnya.

Shukri juga merasakan cabaran membawa watak ini adalah apabila dia harus menukar karakternya secara drastik.

Ads

“Terbawa sampai mimpi tu tak ada lah, tetapi cabarannya adalah apabila kita harus menukar karakter dengan drastik dan ada masanya semasa melakonkan watak baran itu saya rasa nak pitam akibat terlalu marah dan suara hilang kerana terjerit seperti orang gila. Sebab itu cara yang saya dan pengarah nampak untuk watak Airil tu,” jelasnya lagi.

Terakhir, apabila ditanya tentang harapan Shukri daripada peminat-peminatnya, dia mengharapkan agar peminat tidak putus asa untuk menyokong drama-drama dan pelakon tempatan.

 

A post shared by Nina Iskandar (@ninaiskandar) on

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI