Sebelum ini, nama penyanyi dan penulis lagu, Akim Ahmad menjadi perbualan selepas band yang dianggotainya, Akim & The Majistret terpalit dengan satu kontroversi bersama model berketurunan Jerman-Vietnam yang dikenali sebagai Jade Yanh.
Segalanya bermula selapas wanita terbabit meluahkan rasa kecewa apabila lakonannya dalam muzik video (MV) Rampas telah dikeluarkan.
Akim bagaimanapun mendedahkan, dia telah menganggap isu tersebut selesai meskipun tiada permohonan maaf secara peribadi dibuat oleh Jade.
“Dia minta maaf pun secara terbuka. Tapi saya tak kisah pun. Saya pun takdelah berkeras nak dia mintak maaf pada saya.
“Pada saya mungkin dia tidak faham situasi dalaman yang berlaku sewaktu pembikinan muzik video tersebut. Tapi pada saya itu hanyalah miss communication,” katanya kepada MH.
Jelas suami kepada penyanyi, Stacy Anam itu lagi, pada ketika itu dia tidak berniat untuk mengeruhkan lagi keadaan namun dia berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai situasi sebenar.
Ads
Katanya lagi, isu ini menjadi bertambah hangat apabila nama isterinya turut terpalit sama.
“Pada masa sama, info yang dia berikan tu salah dan tak tepat. Pada saya ini bukan isu siapa salah atau betul, cuma pihak produksi kene lebih berhati-hati untuk menyampaikan info agar tidak menimbulkan fitnah atau kemarahan.
“Dia mencabar harga diri isteri saya. Ini bukan soal isteri saya jealous atau tidak. Tapi kalau dia jealous sekali pun itu hak dia. Tapi ini bukan soal isu jealous cuma situasi lagu dan muzik video tu jauh bercanggah,” katanya lagi.
Ads
Penyanyi lagu Bengang ini berkata sedemikian sesi rakaman program MHthrowback, baru-baru ini.
Sementara itu, bapa kepada dua orang anak ini turut berpendapat sebagai seorang yang profesional, kita hendaklah memahami dan mengetahui bidang kuasa sewaktu bekerja.
Ads
“Isu ini sebenarnya tak patut dibangkitkan. Mungkin wanita tersebut tak tahu perkara sebenar. Mungkin itu yang buat dia frust. Tapi pada saya, sebagai seorang yang profesional kita kena tahu posisi kita.
“Pada saya ilmu itu penting. Kita kena tahu skop kerja kita. Dalam apa juga bidang yang kita lalui, kita kena tahu kita punya kuasa. Saya ada hak untuk keluarkan scene.
“Apa saya punya keputusan, perkara tu tak sepatutnya diberi tahu kepada pihak lain. Kalau nak ikutkan banyak lagi pelakon Hollywood yang scene dia dikeluarkan,” akhirinya.
Foto: Instagram Akim Ahmad, Stacy & Akim And The Majistret
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Ezzaty Abdullah telah mengalami kecederaan sehingga terseliuh di bahagian kaki kiri selepas terjatuh beberapa hari lalu.
Menerusi hantaran di laman media sosial Instagram miliknya, pelakon berusia 30 tahun itu dilihat terpaksa menggunakan bantuan tongkat untuk berjalan.
Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata meluahkan rasa syukur kerana keadaan kakinya kini beransur pulih.
“Alhamdulillah lepas 4 hari tak dapat sujud, harini dah boleh jejak tanah kaki saya walaupun masih perlukan tongkat.
“Mungkin sebab dapat jumpa family semua especially ibu n bapa (semua dapat kebenaran polis rentas negeri utk ziarah saya) harini n esok cuti boleh rehat betul2.
“Doakan saya cepat sembuh ye supaya dapat saya sujud semula. Tak puas duduk kat kerusi je,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menitipkan doa agar isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini kembali pulih seperti sedia kala.
Sekadar informasi, Ezzaty mendirikan rumah tangga bersama Azwan pada 16 Julai 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Harum Dahlia, 4 tahun.
Foto: Instagram Ezzaty Abdullah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein menzahirkan rasa syukur apabila single terbarunya, Dusta Cinta mendapat reaksi positif pencinta muzik.
Elly, 40, yang selesa disapa Kak Lina juga tidak menyangka ramai yang suka terhadap bait lirik bahasa Korea yang diselitkan dalam salah satu ‘verse’ lagu ciptaan Aina Abdul itu.
“Alhamdulillah, tidak menjangka lagu ini mendapat respons yang begitu baik daripada peminat, lebih-lebih satu ‘verse’ bahasa Korea dalam lagu ini.
“Saya dan syarikat rakaman bersepakat untuk menyelitkan bahasa Korea dalam lagu ini kerana melihat kepada fenomena masyarakat Malaysia yang menyukai drama dan lagu Korea.
“Malah saya juga peminat Korea. Jadi, tak salah rasanya kita bawakan sedikit pembaharuan yang baik dan sentuhan berbeza untuk single terbaharu ini,” katanya.
Hos program Borak Kelamin ini juga menambah, peminat turut tidak sabar untuk melihatnya membuat persembahan menyanyikan lagu berkenaan secara langsung.
“Disebabkan lirik lagu ini diselitkan bahasa Korea, saya menerima pelbagai mesej daripada orang ramai yang tak sabar nak lihat saya nyanyikannya secara langsung.
“Saya bersyukur ketika proses rakaman, Aina dan Life Records banyak membantu untuk memastikan sebutan bahasa Korea dibuat dengan betul.
“Aina ada bertanya dengan sahabatnya yang menetap di Korea ketika itu. Begitu juga dengan Life Records yang sentiasa memastikan sebutan bahasa Korea dirakam dengan tepat.
“Terharu apabila ia mendapat perhatian sementelah saya sendiri sudah lama tidak merakam lagu. Harapnya ia menjadi siulan ramai, insya-Allah” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Dayang Nurfaizah mengakui untuk menyanyi di atas pentas berskala besar bukan satu perkara mudah, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pertandingan nyanyian.
Jelas Dayang, setiap penyanyi yang membuat persembahan juga pastinya mahu memberikan yang terbaik dalam persembahan seumpamanya.
“Sebenarnya setiap penyanyi yang berada di atas pentas, kita patut memberikan penghormatan kepada mereka sebab berada untuk berada di atas pentas berskala besar bukan satu perkara yang mudah.
“Malah kalaulah ia persembahan yang memerlukan mereka untuk bertanding misalnya, bagi Dayang sudah mestinya rasa berdebar itu akan ada.
“Tiada penyanyi yang nak buat persembahan yang teruk, setiap penyanyi mesti nak buatkan yang terbaik. Tapi kadang-kadang bila kita gementar mungkin, macam-macam boleh jadi,” katanya kepada MH.
Penyanyi kelahiran Sarawak ini turut menasihati kepada warganet untuk tidak mudah memberikan komen negatif kepada penyanyi yang pernah membuat kesilapan di atas pentas ke menyanyi.
“Jadi bagi Dayang, kita jangan cepat menghukum atau memberikan komen negatif kepada orang lain. Kita tak tahu apa yang dia lalui dan untuk kita buat persembahan yang hebat sangat susah.
“Dayang sendiri pun setiap kali buat persembahan memang rasa wujud rasa gementar sangat dan kalau boleh tak nak buat salah satu pun. Tapi kita hanya merancang, sebab apa-apa pun boleh terjadi dekat atas pentas tu.
“Jadi Dayang harap, tidak mudah memberikan komen yang tidak sepatutnya sebab Dayang tahu setiap penyanyi itu sudah beusaha sebaik mungkin,” akhiri Dayang yang pernah beberapa kali mengungguli trofi Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu (AJL).
Penyanyi berusia 39 tahun ini ditemui sejurus terlibat pada malam kemuncak Konsert Digital Jelajah Suria di Warisan Hall Studio, Teluk Panglima Garang, Selangor pada malam Rabu.
Konsert tersebut turut dipancarkan secara maya di semua platform Suria.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.