Usahawan, Datuk Seri Vida mengakui berasa amat bersyukur apabila diberikan kesempatan untuk menyampaikan sumbangan buat para penduduk di sekitar Ipoh, Perak yang terjejas pendapatannya sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.
Jelas Datuk Seri Vida, bantuan seperti ini bukanlah yang kali pertama kerana sebelum ini, usaha tersebut telah pun diuruskan sepenuhnya oleh para pekerjanya sendiri.
Katanya lagi, ini merupakan rezeki pemberian Allah SWT yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya untuk dikongsi bersama mereka yang memerlukan.
“Alhamdulillah Trip harini untuk yang betul-betul memerlukan di sekitar kawasan ipoh perak.
“Saya pun dah lupa ini trip ke brapa dah sebelum ni saya hanya hantar team saya sahaja. Rezeki Dari Allah kepada saya , saya agih agihkan. InsyaaAllah,” tulisnya.
Usahawan yang pernah muncul dengan single I Am Me itu berkata sedemikian menerusi sebuah posting yang dikongsikan di laman Instagram.
Dalam pada itu, Datuk Seri Vida turut menyeru kepada semua pihak untuk berhenti mengkritik antara satu sama lain dan gunakanlah masa yang terluang untuk turut sama membantu mereka yang didalam kesusahan.
“Kepada sesiapa yang mengutuk/ Menghina saya. Yang kononnya berlumba lumba nak jadi hero? Hanya pandai menghentam tu harap anda pun sama sama membantu okay,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selaik turut mendoakan semoga ibu kepada dua orang anak itu sentiasa dimurahkan rezeki.
“Tak payah dengar apa orang kata Datuk. Janji Datuk ikhlas.
“Datuk tak payah dengar cakap orang. Yang penting Datuk ikhlas. Selebihnya biar Allah yang menilai. Bukan manusia.
“Semoga diperluaskan lagi rezeki Datuk. Dipermudahkan segala urusan.
“Alhamdulillah, semoga Datuk dikurniakan ketabahan dan kesihatan yang baik,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, Datuk Seri Vida telah dikecam hebat oleh warga maya gara-gara kenyataannya yang didakwa tidak sensitif terhadap golongan yang terjejas pendapatannya sepanjang tempoh pendamik ini.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Datuk Seri Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Nadzmi atau nama penuhnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi memaklumkan akan berjauhan dengan isterinya, Ardell Aryana serta anak mereka, Arwa Malaikha Urwa atas tuntutan kerja.
Bintang itu akan ‘meninggalkan’ anak isteri kira-kira 17 hari.
Selain itu, ini merupakan kali pertama pelakon berusia 28 tahun itu berjauhan dengan keluarga tersayang.
“Terima kasih umie @ardellaryana dan urwa @babyadhwardell hanta abi pergi kerja. Masih dalam pantang jaga diri baik baik ya sayang.
“First time berjauhan 17 Hari pulak tu Already miss you both so much,” tulisnya.
Sepotong klip video dikongsi menunjukkan pasangan Instafamous, Syafikah Aina dan Hafiz Mahamad mewakafkan van jenazah buat Masjid Penambang, Kota Bharu membuka mata netizen.
Ulas Hafiz di ruang kapsyen, dia ikhlaskan sebahagian harta buat penduduk kampung dengan mewakafkan van jenazah.
“Semoga rezeki ini semakin bertambah, rezeki anak, rezeki awak, rezeki abang sendiri dan rezeki keluarga kita.
“Sekarang kita dekat masjid Penambang, kita nak tengok van jenazah kita wakafkan. Sebab sebelum ini masjid Penambang ni tak ada van jenazah, jadi terpaksa pinjam masjid lain kalau nak bawa jenazah.
“So alhamdulillah sekarang dah dipermudahkan. Tag kita ni, ‘kejayaan demi kebahagiaan.’ Kita berjaya, kita kongsikan kebahagiaan untuk orang lain. InsyaAllah.”
Pelakon, penyanyi yang juga cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dirinya sebelum ini pernah berkerja sebagai seorang pencuci tandas sewaktu melanjutkan pelajaran di luar negara.
Menurut Datuk Fazley, pengalaman tersebut mengajarnya untuk menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan sekali pun.
“Owner/Chef pun mop lantai?! Why not?! Hari ini restaurant jenama ke-2 saya @minangtapau dibuka di tapak yang lebih luas di #BukitDamansara.
“Memang agak sibuk kami semua menyediakan menu, susun kerusi meja, bersihkan lantai dan malahan mencuci tandas.
“Mungkin ramai tak tahu, sebelum2 ni, antara kerja-kerja yang saya pernah buat: Mencuci tandas di luar negara sampai terpaksa kaut muntah dan najis manusia di atas lantai untuk dimasukkan ke lubang tandas (semasa bergelar pelajar universiti),” tulisnya.
Tambah penyanyi lagu Bila April itu lagi, pelbagai kerja pernah dia lakukan sebelum ini daripada seorang maskot sehinggalah menjadi pembantu stesen minyak.
“Menjadi mascot pakaian arnab sambil jual coffee (sampai kena ludah di muka dengan kahak hijau), menjual pucuk-pucuk muda dan daun-daun herba di pasar malam dan juga menjadi Pam Attendan stesen minyak.
“Jadi apabila menjadi pemilik restaurant, apalah sangat kerja-kerja mop lantai, mengemas meja, mencuci pinggan, dan juga mencuci tandas.
“Apa lagi kerja2 yang korang pernah buat sebelum ni? Share boleh?,” katanya lagi.
Kisah tersebut dikongsikan oleh juara Masterchef Selebriti Malaysia itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain turut mendoakan agar segala urusan Datuk Fazley dipermudahkan.
Terdahulu, Datuk Fazley kini sibuk mempersiapkan restoran terbarunya yangt diberi nama Minang Tapau yang terletak di Bukit Damansara.
Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Aina Abdul sebak sejurus mengumumkan konsert jelajah pertamanya, Konsert Aina Abdul Imaji Tour yang bakal dilangsungkan di tiga lokasi berbeza bermula 14 Disember...