Penyanyi nasyid Dr. Fitri Haris, mengakui berasa amat kecewa selepas mendedahkan isterinya telah menjadi mangsa fitnah sebuah kumpulan anti-vaksin yang bergerak aktif di aplikasi Telegram.
Kumpulan tersebut dikatakan mendakwa segala komplikasi yang dialami isteri serta anaknya itu adalah berpunca daripada pengambilan vaksin.
Sehubungan itu, Fitri memaklumkan satu laporan polis telah dibuat kerana menyifatkan insiden tersebut bukan sahaja mencalarkan imej keluarganya tetapi juga buat para petugas kesihatan yang bertungkus lumus memerangi wabak Covid-19 ini.
“Bismillah, saya dengan rasa tanggungjawab telah membuat laporan polis berkenaan isu semalam di mana satu group telegram AEFI CASES – COVID VACCINES menggunakan gambar-gambar dan cerita berkenaan kelahiran anakanda kami dan keadaan isteri saya seolah apa yang kami lalui akibat dari pengambilan vaksin
“Laporan di buat kerana mengambil kira maklumat palsu dan boleh mengelirukan umum mengenai vaksin dan kesannya kerana dari laporan kesihatan dan normality kelahiran baby apa yang berlaku adalah perkara normal bagi c-section
“Laporan juga di buat atas rasa tanggungjawab terhadap frontliner yang bertungkus lumus berjuang untuk memastikan negara kita bebas dari COVID-19. Beratus mesej dan komen tidak gemar dengan perkara ini dan kesian pada mereka,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh bekas anggota kumpulan nasyid, UNIC itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Ads
Dalam pada itu, Fitri turut menyeru kepada semua pihak agar menghentikan perbuatan menyebarkan berita palsu ini kerana ia boleh mengelirukan ramai pihak.
“Saya pohon agar pihak-pihak di luar sana jangan menyebarkan dan menggunakan gambar atau berita individu lain sesuka hati tanpa mengetahui fakta dan informasi yang tepat, ianya boleh mengundang kegusaran umum
“Ingin saya kongsikan, pemerhatian saya melibatkan kawan-kawan dan keluarga di Malaysia ni ada 3 jenis komuniti berkenaan vaksin.
Ads
“Pertama,Anti vaksin. Kedua, Anti yahudi (ambil vaksin cuma selected vaksin mengukut pengetahuan mereka). Ketiga, takut kerana di omok-omok dengan kesan vaksin
“Yang saya risaukan adalah golongan ke-3, kerana keluarga saya dan golongan warga emas mudah terkesan dengan maklumat2 yang tidak tepat sebegini, jadi tolong .. tolong.
Meskipun meraikan perbezaan pendapat, namum, Fitri mendedahkan dirinya berasa kurang selesa sekiranya ada pihak yang tidak menghormati sensitiviti orang lain.
Ads
“Akhir kalam, saya menghormati perbezaan pendapat mengenai vaksin, tapi saya tidak menghormati mereka yang tidak menghormati sensitiviti dengan mengambil kesempatan terhadap kesakitan org lain. Moga Allah membuka hati dan merahmati semua .. amin,” akhirinya.
Terdahulu, isteri kepada Fitri, Fazilah Omar telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka tanggal 28 Jun yang lalu.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Fitri Haris
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ainan pada masa sama turut menambah, dia telah tukar ejaan dan sebutan nama dua anaknya itu pada saat akhir.
“Btw kami tengah landing atas baby snuggle daripada @tilamkekabubayi_online. So comfy! Terima kasih aunty!
“Last minute Ainan tukar nama twins dari segi ejaan & sebutan, tu yang tak sama dengan nama dekat sulaman tu,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Ainan dan suami yang mendirikan rumah tangga lebih empat tahun lalu turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ainan Salsabiela yang kini mencecah usia dua tahun.
Raj Kundra, yang merupakan suami pelakon terkenal Bollywood, Shilpa Shetty telah ditahan pihak polis Mumbai apabila dia dikaitkan sebagai dalang konspirasi utama dalam kes berkaitan pornografi.
Pesuruhjaya Polis Mumbai, Hemant Nagrale mengesahkan penangkapan itu dalam satu kenyataan. Dia berkata, “Terdapat kes yang didaftarkan di Crime Branch Mumbai pada Februari 2021 mengenai penciptaan filem pornografi dan menerbitkannya melalui beberapa aplikasi. Kami telah menangkap Encik Raj Kundra di atas kes ini pada 19 Julai 2021 kerana dia nampaknya merupakan konspirator utama. ”
Shilpa dan suaminya, Raj. Sumber gambar: Instagram Shilpa Shetty
Dia juga menyatakan, “Kami memiliki bukti yang cukup mengenai hal ini. Siasatan sedang dijalankan.”
Pihak telah polis mengemukakan dua FIR (laporan informasi pertama) dan menangkap sembilan orang minggu lalu kerana didakwa “memaksa” pelakon untuk melakukan pengambaran adegan bogel untuk filem pornografi. Laporan itu selanjutnya menyatakan bahawa filem-filem ini dilancarkan dan ditayangkan di aplikasi mudah alih berbayar.
Polis siber juga telah mendaftarkan kes di bawah seksyen 292 IPC, seksyen 67, 67A Teknologi Maklumat dan Perwakilan Tidak Sopan Wanita (Larangan) Peraturan 3 dan 4. Selain itu, Maharashtra Cyber juga telah menahan beberapa orang tahun lalu, beberapa di antaranya didapati mempunyai hubung kait rapat dengan Raj Kundra.
Penangkapan Raj Kundra ini menjadi satu tamparan hebat buat Shilpa Shetty yang mendirikan rumahtangga bersama lelaki tersebut pada tahun 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Shilpa yang juga merupakan juara pertandingan rancangan realiti Celebrity Big Brother pada tahun 2007 merupakan antara aktres prolifik Bollywood dan telah berlakon dalam ratusan filem.
Penyanyi, Misha Omar telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39 tahun, semalam.
Lalu, penyanyi lagu Tanpa Rela ini ada menitipkan ucapan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan untuk dirinya.
Malah, penyanyi kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini rasa terharu terhadap peminatnya dengan menyampaikan sebuah lagu berjudul Cinta menerusi IGTV di akaun Instagram miliknya.
“DARI LUBUK HATI YANG PALING DALAM , SAYA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH BUAT DOA-DOA YANG DIKIRIM SEMPENA HARIJADI KAK MITCH YG KE 39 SMLM..
“JUJURNYA, SAYA BERASA TERHARU SEKALI DENGAN “CINTA” YANG DITUNJUKKAN KALIAN SEMUA…SAYA BUKAN SIAPA2..CUMA YANG ADA SUARA DARI TERJEMAHAN JIWA UTK SETIAP KARYA YANG DITUGASKAN..
“TERIMA KASIH YA..CUMA ALLAH SAJA MAMPU BALAS JASA KALIAN…STAY SAFE WHEREVER YOU ARE!! #kitajagakita
“Lagu ciptaan : Melly Goeslaw .
Nyanyian : Melly Goeslaw & Krisdayanti .
Nikmati ya guyss…,” tulisnya.
Sekadar informasi, Misha telah dilahirkan pada 6 Januari 1982 dan telah memulakan karier seni nyanyian sekitar tahun 2001 selepas menyertai pertandingan Bintang RTM.
Foto: Instagram Misha Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa sangka, selepas dimahkotakan sebagai juara pertama America’s Next Top Model (ANTM) pada tahun 2003, kehidupan Adrianne Curry akan berubah sepenuhnya, bukan ke arah...