Penyampai radio, Tyzo Zander manafikan dakwaan kisah percintaannya bersama usahawan ‘online’ popular yang juga anak pelakon Normah Damanhuri iaitu Lydia Rosli hanyalah sekadar gimik dan konten di media sosial.

Menurut Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris, tiada keperluan baginya untuk sengaja mecipta isu berkenaan kerana dia percaya masyarakat kini sudah bijak menilai.

“Sepanjang 25 tahun berada di dalam industri hiburan, rasanya saya tidak pernah ada kontroversi melibatkan hal cinta.

“Jika nak kata isu ini sengaja dibuat-buat untuk konten merketing atau kekal relavan, rasanya tak perlu sampai ke situ.

“Pada zaman ini, orang lebih menilai bakat bakat berbanding kisah peribadi,” katanya kepada MH.

Pada masa sama, penyampai radio Ikim FM ini beranggapan Lydia hanya bersikap jujur tentang apa yang pernah dirasakannya sebelum ini.

Ads

“Apa yang diperkatakan itu bukan datang dari mulut saya. Yang bercakap itu adalah Lydia sendiri ketika menjawab soalan pihak media.

“Mungkin ketika itu dia menjawab secara jujur tentang perasaannya sebelum ini. Perasaan itu sudah pun berakhir dan sebab itu dia berani untuk bercerita pengalamannya,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai hubungannya bersama Lydia ketika ini, Tyzo memaklumkan mereka kini masih berbaik dan sering berkongsi ilmu tentang perniagaan.

“Kami ada berjumpa dan hubungan masih baik. Pada saya, tak salah kita nak berkawan. Saya berhak nak berkawan dengan sesiapa dan begitu juga dengan Lydia.

Ads

“Alhamdulillah, kami tiada perasaan canggung dan kekal baik. Saya pula kini berada dalam bidang perniagaan. Sama seperti Lydia. Sedikit sebanyak saya belajar daripada dia tentang perniagaan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Tyzo turut menegaskan dirinya tidak mempunyai niat untuk mempermainkan mana-mana pihak lebih-lebih lagi bila melibatkan soal hati dan perasaan.

“Masing-masing berhak untuk bercakap perkara tidak baik mengenai saya. Saya pun tidak dapat menahan apa yang mereka perkatakan.

Ads

“Sejujurnya, saya berusaha untuk tidak memainkan perasaan orang lain. Saya pernah disakiti dan menyakiti.

“Jadi, saya faham bagaimana perasaan sakit disakiti dan menyakiti. Pada usia yang sudah lanjut ini, bukan masanya untuk saya berkelakukan sebegitu,” akhirinya.

Sebelum ini, Lydia atau nama sebenarnya Nor Lydia Rosli yang ditemui media mengakui, dia pernah ada perasaan cinta yang menebal terhadap Tyzo dan berhasrat ingin berkahwin dengan lelaki asal Perak itu, tahun lalu.

Menurut Lydia, dia juga sudah puas menangis hampir setiap malam sebelum ini apabila terkenangkan perasaan cinta tulusnya terhadap Tyzo seolah-olah tidak berbalas dan kini menyerahkan urusan jodoh mereka pada ketentuan takdir.

Difahamkan Lydia dan Tyzo pernah terkait gosip cinta sebelum ini apabila kerap dilihat muncul bersama dalam beberapa majlis, termasuk Lydia juga sering berkongsi gambarnya dan Tyzo di akaun media sosial.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI