Dua tahun lalu, Nabila Huda menerusi watak Maria ternyata menjadi bualan ramai apabila rata-ratanya memuji keberkesanan lakonnya dalam filem seram, Munafik dan tahun ini, dia sekali lagi tampil menerusi naskhah sama.

Nabila atau lebih mesra disapa Abil beraksi pula pula di dalam penghasilan karya siri antologi seram hebat terbitan asal saluran HBO Asia.

Berganding dengan aktor versatil, Bront Palarae dengan mendukung watak utama, siri Folklore: Toyol yang bakal ditayangkan pada 7 Oktober depan secara eksklusif di saluran HBO.

Menyifatkan peluang yang diraih merupakan suatu tawaran yang sukar dilepaskan, Abil memberitahu menerusi naskhah tersebut, dia berlakon sebagai seorang ‘wanita misteri’.

IKLAN

“Siri Folklore: Toyol arahan  Ho Yuhang ini adalah pengalaman kedua berlakon dalam genre seram dan sebenarnya susah untuk saya tidak menerima tawaran ini. Selain sebab Bront, saya berminat untuk berlakon siri ini sebab skripnya yang cukup bagus. Lain daripada yang lain.

 

“Malah pada masa sama, saya lebih teruja kerana peluang bekerja dengan produksi luar seperti HBO Asia. Ya pengalaman pertama dan boleh dikatakan cara bekerja dengan produksi luar agak berbeza,” katanya kepada MH.

“Saya Perlu Bermain Dengan Emosi. Sebab Kebanyakan Babak…,” – Nabila Huda

Ditanya apakah babak yang paling mencabar dirinya sepanjang di set penggambaran, Abil memberitahu sejujurnya dia tidak mempunyai sebarang cabaran besar, tinggal lagi dia perlu menghayati watak berkenaan dengan mendalam.

IKLAN

“Saya perlu bermain dengan emosi. Sebab kebanyakan babak perlukan kami bermain dengan mimik dan ekspresi wajah. Jadi kena fokus dekat situ. Apa pun, seronok sebab rakan pelakonnya juga profesional dan gila-gila pada masa sama. Buat kita senang di set,” jelasnya lagi. 

Mengharapkan agar siri Folklore itu akan mendapat sambutan baik penonton di saluran HBO, Folklore yang juga merupakan siri asal HBO Asia ini diterbitkan oleh Zhao Wei Filem. Ia membabitkan karya kreatif siri seram dari enam negara Asia dipilih.

Selain karya Malaysia, siri lain turut dimuatkan ialah Folklore: A Mother’s Love arahan Joko Anwar dari Indonesia, Folklore: Tatami (Takumi Saitoh, Jepun), Folklore: Nobody (Eric Khoo, Singapura), Folklore: Pob (Pen-Ek Ratanaruang, Thailand) dan Folklore: Mongdal (Lee Sang Woo, Korea).

IKLAN

Foto: Instagram Nabila Huda/ YouTube HBOAsia

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI