Memuat naik video di Instagram yang merakamkan sosok tubuh langsing, posting Datin Paduka Eina Azman nyata mendapat perhatian ramai.
Malah, figuranya membuatkan ramai yang mengagumi kejelitaan ibu beranak dua itu.
Bagaimanapun, dalam ribuan komen yang ditinggalkan, ada individu yang dilihat ada memberi reaksi dengan memuji lalu seakan-akan membandingkan sosok tubuh langsingnya itu dengan figura seorang usahawan sensasi.
“Cantik, kalah Sajat,” komen individu berkenaan.
Bagaimanapun, isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet ini ada meninggalkan reaksi balas.
“Sorry ya. Saya perempuan tulen dan dah ada 2 org anak. So beza sangat di situ,” jawabnya.
Komen tersebut juga turut mendapat reaksi peminat lainnya.
View this post on InstagramSlowly but surely. Don’t stop until ur proud 👊🏻
A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on
Sehingga kini video tersebut telah mendapat lebih 400,000 tontonan selepas dimuat naik Eina beberapa jam lalu.
Untuk rekod, Eina mendirikan rumah tangga dengan Kaiser pada 31 Ogos 2014 dan mereka dikurniakan pasangan kembar comel pada tanggal 19 Februari 2016.
Foto: Instagram Eina Azman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mahu Mereka Sentiasa Bercakap & Fikir Tentang Saya,” – Dulu Cepat ‘Sentap’, Tapi Kini Aina Abdul Lebih Tenang Hadap Kritikan Netizen
Penyanyi terkenal, Aina Abdul akui satu ketika dahulu dia akan mudah tersinggung dengan gelaran-gelaran yang diberikan oleh segelintir pihak gara-gara penampilan ‘luar kotak’ yang sering digayakannya ketika membuat persembahan.
Menurut Aina, setiap kata-kata negatif atau berbaur sindiran itu akan sentiasa bermain di benak fikirannya.
Namun, seiring perjalanan waktu, penyanyi yang terkenal dengan kekuatan vokal itu menyifatkan dirinya kini lebih matang untuk berhadapan dengan situasi tersebut.
“Kalau dulu, saya akan mudah bengang dengan gelaran-gelaran negatif daripada netizen. Komen-komen tersebut akan menghantui saya sepanjang hari itu. Saya akan moody dan cepat overthink.
“Namun, sekarang saya semakin kuat. Saya juga punyai sistem sokongan yang sangat membantu. Mereka akan sentiasa pastikan saya tidak nampak komen-komen negatif itu.
“Saya rasa sangat dilindungi. Mereka lebih mengetahui diri saya daripada saya kenal diri saya. Ia juga membuatkan saya lebih mengenali diri sendiri.
“Jadi, saya cuba untuk tidak melihat dan membaca komen-komen negatif itu. Walaupun saya cakap saya kuat tapi tentu ada harinya kita akan rasa down juga,” katanya kepada MH.
Aina berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) yang berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Petaling Jaya pada Rabu.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Semalam itu tetap mahu memandang perkara ini dari sudut positif selain turut menyifatkan komen-komen netizen antara faktor yang membuatkan namanya terus kekal relavan sehingga hari ini.
“Segala komen-komen netizen sepanjang empat hingga lima tahun ini sememangnya banyak membantu perjalanan kerjaya saya dalam cara yang sangat pelik.
“Mereka membuatkan semangat saya rasa ‘terbakar’. Setiap kali saya buat sesuatu, saya mahu pastikan mereka bercakap dan berfikir mengenai saya.
“Untuk terus kekal di dalam industri bukan sesuatu yang mudah. Saya salute kepada artis-artis senior yang mampu bertahan sehingga hari ini.
“Tanggungjawab anak seni ini besar. Sebab itu saya dan team akan sentiasa brainstorm untuk setiap idea pemakaian dan persembahan untuk mereka sentiasa ingat saya,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Aina yang akan bertanding di AJL37 menerusi lagu Terus Hidup memaklumkan dia dan pasukannya akan cuba memberikan persembahan yang ‘memorable’ selain turut berusaha untuk memenangi seberapa banyak anugerah pada malam tersebut.
Bertemakan ‘Dimesi Muzik’, sebanyak 12 lagu bakal dipertandingkan di AJL37 yang akan berlangsung di Axiata Arena pada 12 Februari 2023.
AJL37 akan dipancarkan secara langsung di TV3 bermula jam 9 malam.
Tiket untuk menyaksikan AJL37 bakal dijual bemula 23 Januari ini di laman web rasmi Tonton bermula pada harga RM50 (Aras 4), RM60 (Aras 3), RM150 (Arena) dan RM300 (Super VVIP).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Aina Abdul
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sekali Lagi Kami Diduga. Kami Mohon Maaf. Ini Pengajaran…,” – Siti Sarah Respon Isu Langgar SOP, Dugaan Tak Patahkan Semangat
Penyanyi Siti Sarah Raisuddin mengakui kesilapan yang dilakukan bersama suami, Shuib Sepahtu yang telah didenda kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di sebuah premis restoran, Jumaat lalu.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Manes itu menyifatkan ia adalah sebagai antara dugaannya dalam perjalanan ke Kelantan untuk melancarkan pembukaan kedai minuman dan pemanis mulut milik suaminya itu.
Malah, apa yang berlaku turut dianggap sebagai satu pengajaran.
“Kami decide makan kat restoran tepi jalan lepas dah uruskan banyak hal. Kami decide makan di Lipis, Pahang.
“Sekali lagi kami diduga. Kami mohon maaf. Ini pengajaran untuk kami dan diharap menjadi pengajaran untuk orang lain agar sentiasa ikut SOP,” tulisnya.
Menerusi laporan media sebelum ini, pasangan selebriti yang juga usahawan itu dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di premis terbabit.
Lalu, Sarah ada berkongsi mengenai hal tersebut di akaun Instagram.
“Banyak dugaan sebelum kami sampai ke Kelantan ni untuk pembukaan @bubblebeemalaysia_hq di Kubang Kerian dan Kota Bharu. 12 jam perjalanan.
“Bukan untuk datang bercuti, sebaliknya kami ke Kelantan dah dapat kebenaran rentas negeri untuk menguruskan pelancaran dua baby baru @bubblebeemalaysia_hq
“Mulanya, staf @bubblebeemalaysia_hq terlibat dalam kemalangan. Kereta mereka terbabas naik ke atas bukit akibat jalan licin.
“Berderau darah Sarah bila dapat berita terbabit, Alhamdulillah syukur sgt kerana hanya kereta je yang rosak, mereka tak alami kecederaan serius.
“Akhirnya, tadi dah selesai pelancaran dua outlet @bubblebeemalaysia_hq di Kubang Kerian dan Kota Bharu,” ceritanya.
Meski menempuh pelbagai dugaan, namun Sarah memberitahu ia tidak mematahkan semangat mereka.
“Dugaan memang banyak tapi semuanya tak patahkan semangat kami. Apa yang penting, kami jadikan ia sebagai pengajaran dan sama-sama kita ikut semua saranan kerajaan okay?,” tulisnya lagi.
Terdahulu, kerajaan menetapkan bermula 10 Februari, hanya dua individu semeja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran.
Meninjau ke ruangan komen, warganet turut memberikan kata-kata semangat buatnya di samping meminta penyanyi itu agar lebih berhati-hati.
Foto: Instagram Siti Sarah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syafiq Kyle & Hanna Aqeela Jadi Hero-Heroin, Ini 9 Trivia Drama Suara Hati Sebelum Korang ‘Melekat’ Di Kaca TV!
Drama bersiri ‘Suara Hati’ merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel dengan judul yang sama nukilan novelis Anis Ayuni yang mengangkat genre kekeluargaan terbitan Astro Prima dan syarikat produksi Global Film Station Sdn. Bhd.
Drama 13 episod arahan sutradara Emy Suffian atau lebih dikenali dengan nama panggilan Pyan Screw ini turut menampilkan Zetty Alia Dato’ Ramly sebagai penerbit eksekutif, Dato’ Zaiton Muhd Jiwa selaku penerbit serta Farah Alya As’ari sebagai penulis skrip.
Suara Hati dibintangi Hanna Aqeela, Syafiq Kyle dan Aidil Aziz selaku teraju utama serta turut dijayakan oleh barisan pelakon seperti Zeera Hariz, Afzan A Rahman, Qistina Khaled, Syahir Shafein, Liza Rafar, Fazlina Ahmad Daud dan YM Dato’ Sri Rezza Shah.
Bakal bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 19 Julai 2021 di saluran Astro Prima (105), ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Menarik, ini trivia Suara Hati yang perlu anda tahu sebelum menontonnya!
Keseluruhan penggambaran mengambil masa lebih kurang sebulan di sekitar Kuala Lumpur.
Ini merupakan penglibatan pertama pelakon Syafiq Kyle dalam projek drama bersiri untuk slot Tiara di Astro Prima.
Hanna Aqeela kembali bekerjasama dengan Syafiq Kyle buat kali kedua. Hanna juga turut dikenali sebagai antara pelakon wanita yang aktif bermain bola sepak dan futsal. Oleh itu, kesemua babak futsal yang ditampilkan dalam drama ini dilakonkan sendiri oleh Hanna.
Buat pertama kalinya juga, Syafiq dan Hanna diketengahkan sebagai pasangan hero dan heroin menerusi drama ‘Suara Hati’. Mereka memegang watak sebagai Harris dan Hani.
Pengarah Emi Suffian berpendapat gandingan Syafiq dan Hanna mudah mencipta keserasian sebagai teraju utama dalam drama ini kerana kedua-dua mereka mempunyai minat yang sama iaitu aktif bersukan serta turut mempunyai jarak usia yang tidak jauh berbeza.
Mereka juga saling mengambil berat dan memahami satu sama lain sebagai pelakon sekaligus memudahkan lagi proses penggambaran di set.
Antara momen menarik yang bakal meninggalkan impak mendalam kepada penonton adalah adegan ketika pertembungan watak Harris, Hani dan Naim (lakonan Aidil Aziz) di sebuah kedai kek. Ketiga-tiga pelakon tersebut saling memberi reaksi yang berbeza perasaan sehingga membuatkan pengarah berasa terkesan dengan babak itu.
Antara babak mencabar dalam drama ini adalah sewaktu penggambaran di set lokasi gelanggang futsal. Situasi agak sukar dikawal pada ketika itu kerana ramai pengunjung yang berada di premis futsal tersebut. Namun cabaran tersebut dapat diatasi kerana Syafiq dan Hanna memang mahir bermain futsal lantas penggambaran menjadi mudah dan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.
Single ‘Biar Aku Simpan’ nyanyian Bimasakti featuring Oktovia Manrose diangkat sebagai lagu tema untuk drama bersiri ini.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI