Penyanyi, Dr. Diddy Hirdy menyifatkan lagu Mimpi Yang Tak Sudah nyanyian Allahyarham Ibnor Riza mempunyai kesan yang amat besar buat kerjayanya sebagai seorang anak seni.

Menurut Diddy, tuah lagu tersebut telah mengangkat namanya sewaktu menyertai program nyanyian popular Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Diddy Hirdy (@diddyhirdy)

“Lagu bertuah untuk saya, Mimpi Yang Tak Sudah nyanyian Ibnor Riza. Dinyanyikan di Konsert Prelude AF4.

“Memang gemuruh habis masa ni tapi berjaya melayakkan Diddy dipilih menjadi Top 12 AF4 tahun 2006.

“Sampai sekarang masih lagi menjadi antara lagu yang selalu direquest oleh client/peminat bila show,” tulisnya.

IKLAN

Kisah itu dikongsikan sendiri oleh Diddy menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

“Saya Nyanyi Masa Prelude AF4,” – Jasa Ibnor Riza Besar Buat Diddy Hirdy, ‘Mimpi Yang Tak Sudah’ Bawa Tuah “Saya Nyanyi Masa Prelude AF4,” – Jasa Ibnor Riza Besar Buat Diddy Hirdy, ‘Mimpi Yang Tak Sudah’ Bawa Tuah

Terdahulu, Allahyarham Ibnor Riza telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) pada Selasa.

IKLAN

Allahyarham Ibnor Riza dilaporkan kritikal dan terpaksa ditidurkan selepas menjalani pembedahan mengeluarkan air dalam kepalanya pada 2 Disember lalu.

Dalam pada itu, Diddy turut memaklumkan dirinya amat terkesan selepas mengetahui tentang pemergian Ibnor Riza.

“Terima kasih Allahyarham Ibnor Riza untuk karya evergreen ini. Manfaatnya besar untuk diri saya sebagai anak seni.

IKLAN

“Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin,” kongsinya lagi.

Sekadar informasi, Diddy merupakan salah seorang peserta AF4 sezaman dengan Faizal Ramly, Haziq Rosebi dan Salima Habibi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Diddy Hirdy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI