Personaliti media sosial, Ryan Bakery akui perasaannya bercampur baur untuk menantikan kehadiran cahaya mata sulung yang dijadualkan akan dilahirkan pada awal Januari.

Menurut Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, dia kini amat memerlukan nasihat sebagai persediaan untuk bergelar bapa.

“Ingatkan Yang Kita Selalu Makan Tu Rupanya…,” – Isteri Ngidam ‘Biskut Tawar’, Ryan Bakeri Tunggu Hari Timang Anak Lelaki

“Saya teruja tapi bercampur takut juga. Ini pengalaman pertama saya bergelar ayah. Saya perlukan banyak nasihat daripada para bapa buat saya yang baru ini.

“Ketika ini, usia kandungan isteri saya sudah pun memasuki 36 minggu. Bayi dijangka lahir pada awal bulan Januari.

“Disebabkan itu juga, saya minta pengurus untuk menyusun jadual kerja. Ketika saat genting ini, saya memang sangat risau,” katanya kepada MH

Ryan berkata sedemikian ketika ditemui di progam santai bersama media yang dianjurkan syarikat rakaman Indigital Music dan FYP Media di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Rabu.

IKLAN

“Ingatkan Yang Kita Selalu Makan Tu Rupanya…,” – Isteri Ngidam ‘Biskut Tawar’, Ryan Bakeri Tunggu Hari Timang Anak Lelaki

Ditanya sama ada isterinya, Elyia Ibrahim mempunyai permintaan-permintaan pelik ketika hamil, Ryan mendedahkan isterinya itu ada memintanya untuk membelikan gelang emas.

“Memang ada. Ada satu hari itu, dia cakap nak biskut tawar. Saya pun okay sahaja dan bagitahu, nanti saya akan cari. Saya ingatkan memang biskut berbentuk petak yang kita selalu makan.

“Rupanya bukan. Sebenarnya dia nak gelang emas berbentuk empat segi besar tu. Saya minta dia doakan agar saya dimurahkan rezeki. In sha Allah saya akan belikan nanti.

IKLAN

“Dia juga mengidam nak minum teh hijau. Namun, ketika di kampung, tak banyak kedai yang jual. Dia sampai menangis. Namun, saya usaha juga cari tapi yang jumpa hanya air matcha.

“Saya belikan juga walaupun dia tak tahu. Janji dia minum dan gembira,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ryan turut memaklumkan isterinya itu akan menjalani proses berpantang di rumah mereka sendiri memandangkan jadual kerjanya yang agak sibuk menjelang Januari.

“Ingatkan Yang Kita Selalu Makan Tu Rupanya…,” – Isteri Ngidam ‘Biskut Tawar’, Ryan Bakeri Tunggu Hari Timang Anak Lelaki

IKLAN

“Isteri saya akan berpantang di rumah kami di Puncak Alam. Kini, kami menetap di sana sebab kebanyakkan kerja-kerja saya di Lembah Klang.

“Saya sebenarnya tiada banyak cuti dan perlu bekerja pada bulan Januari. Kalau tarikhnya bertembung, saya akan minta pengurus untuk pertimbang hari lain.

“Setidaknya biarlah isteri saya selesai bersalin dahulu. Saya nak fokus pada dia sahaja. Lagipun, kami di sini tinggal berdua sahaja. Keluarga pula jauh,” akhirinya.

Terdahulu, Ryan dan isteri bakal menimang cahaya mata lelaki yang sudah pun diberikan nama Ryan Ezra.

Sekadar informasi, Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI