Pelakon dan pengacara popular, Elly Mazlein tetap dengan pendirian untuk tidak berkongsi wajah anak-anak di platform media sosial seperti mana yang dilakukan kebanyakkan ibu bapa lain.
Bagaimanapun, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi menjelaskan situasi seperti itu hanya berlaku di media sosial dan anak-anaknya itu bebas berjalan seperti orang biasa ketika di luar.
“Saya memang memilih untuk menyembunyikan foto anak-anak selagi termampu. Saya hanya sembunyikan dan meletakkan emoji di media sosial sahaja.
“Ketika di luar, kami seperti orang biasa juga. Tidak perlulah sampai mereka kena pakai topeng. Orang luar pun boleh melihat dan menegur anak-anak saya.
“Pada saya, jika kita tidak kongsikan wajah anak-anak di media sosial, ada banyak kebaikkannya,” katanya kepada MH.
Jelas pengacara program Kilauan Emas 2024 ini lagi, dia lebih selesa jika anak-anaknya itu kurang mendapat perhatian masyarat seterusnya dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa yang lain.
“Walau bagaimanapun, segalanya terpulang kepada cara ibu bapa itu sendiri. Setiap orang ada cara dalam membesarkan anak-anak.
Ads
“Buat saya, biarlah anak-anak berada di belakang tabir. Saya mahu mereka membesar seperti anak-anak yang lain seperti mana zaman kita dahulu.
“Saya mahu mereka bebas keluar dan kurang mendapat perhatian masyarakat luar. Saya nak mereka rasa sebegitu.
“Bila sudah cukup dewasa nanti, terpulang kepada mereka untuk punyai platform media sosial sendiri,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai respon anak-anaknya mengenai perkara tersebut, Elly memaklumkan mereka sangat memahami.
Ads
“Anak-anak saya sangat okay. Saya bagitahu anak-anak, saya melayan mereka seperti seorang dewasa. Saya jelaskan juga apa kebaikkan dan keburukan media sosial.
“Mereka sangat memahami. Bila ada sesuatu hal berlaku di media sosial, saya tunjukkan kepada anak-anak dan mereka faham apa niat saya,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, penyanyi lagu Bungaku Bakawali ini juga turut mengulas mengenai suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh yang sehingga kini tidak memiliki akaun media sosial.
“Suami saya memang tiada akaun media sosial. Malah, saya sangat suka dengan cara kehidupan orang-orang dahulu. Di mana, kita tidak suka kehidupan dihebah-hebahkan.
Ads
“Bila pertama kali berkenalan dengan suami, saya nak periksa juga akaun Instagram tapi dia bagitahu yang dia memang tiada akaun sosial media. Terus lulus.
“Suami saya juga bukan sejenis yang suka keluar tanpa urusan. Balik kerja, terus balik rumah,” akhirinya.
Sekadar informasi, Elly berkahwin dengan Azlan yang bertugas sebagai guru pada 18 Januari 2020 dan dikurniakan seorang anak, Haider Mateen.
Sebelum ini, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta, pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015.
Mereka juga dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Kredit Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, viral mengenai seorang lelaki bernama Abdussalam Firdaus Abdul Aziz yang terpaksa menunjukkan kad pengenalannya kepada pihak berkuasa sebelum diperiksa masuk stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Axiata, Bukit Jalil.
Memetik laporan mStar, dia sudah lali dengan tanggapan orang luar yang menyangka dia seorang perempuan gara-gara mempunyai paras feminin.
“Semasa saya nak masuk stadium tu pun, polis tak percaya saya lelaki dan meminta saya tunjukkan kad pengenalan.
“Saya perlu buktikan jantina kerana polis lelaki perlu lakukan pemeriksaan tubuh ke atas penyokong lelaki bagi tujuan keselamatan dan polis wanita pula akan memeriksa penyokong wanita,” ujarnya.
Tambah pelajar tahun dua ijazah sarjana muda perniagaan dari Universiti Kuala Lumpur itu, dia pernah menggayakan rambut pendek sebelum ini, namun ada pula orang yang memanggilnya ‘pengkid’.
Bagaimanapun, dia mengakui masih seorang yang ‘lurus’ dan tidak pernah tersinggung atau ambil hati dengan gelaran yang diberikan. Malah katanya dia tetap bersyukur dengan wajahnya.
Foto: Instagram Abussalam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Noryn Aziz kini reda dengan pemergian rakan penyanyi Allahyarham Siti Sarah yang telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19, pada jam 5.13 pagi Isnin.
Sebagai seorang sahabat dan rakan penyanyi yang pernah berkerjasama, Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abdul Aziz menzahirkan rasa sedih dan menitipkan ucapan terima kasih atas hubungan persahabatan yang terjalin bersama sebelum ini.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 44 tahun ini turut berkongsi cerita dengan mengimbau kembali momen manis bersama dengan arwah.
Juara program realiti Gegar Vaganza musim kelima (GV5) ini menyifatkan Sarah sebagai seorang sahabat yang sangat baik kerana sentiasa ada ketika susah dan senang.
“I’m still Digesting that Sarah is no longer with us. Sarah dah tiada disini. Adikkkkk…Kembali ke Rahmatullah. Allah loves you so much and more.
“Kak Noryn Redha…Allah knows what’s best for you and all of us. It’s just that tak puas and tak sempat with our Plans. You are Beautiful inside and out. Beautiful soul. Amazing Mother and Wife.
“Thank youuuuu adik for The Friendship. For always being there for me. Thank you for your doa and you are always Happy for me and your kind words always lift me up when iam down.
“We can talk about everything and trust each other on anything. I miss you. Kakak loves you Sarah. Namun kak Noryn Bahagia dengan Segala kurniaan Allah buat Sarah.
“Tinggi Darjat Mu adikkkkk. Subhanallah!#innalillahiwainnailaihirojiun #alfatihah,” tulisnya panjang lebar menerusi satu hantaran.
Sebelum ini, Noryn pernah digandingkan bersama dengan Sarah untuk menjayakan sebuah konsert Soul Sisters yang diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 5 dan 6 April 2019.
Selain Sarah, penyanyi Misha Omar turut serta menjayakan konsert tersebut.
Foto: Instagram Noryn Aziz, Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kisah melibatkan anak perempuan kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim masih lagi diperkatakan sehingga hari ini.
Terbaharu, menerusi sebuah hantaran di Instagram, Norman dan Marissa dilihat bergandingan bersama di dalam sebuah iklan produk makanan popular.
Norman dilihat segak mengenakan Baju Melayu Johor rona kuning langsat manakala Marissa pula ayu dengan sepersalinan baju kurung.
Pada permulaan video, Norman dilihat tidak dapat menahan sebak lalu memeluk erat Marissa saat dia tiba di hadapan pintu.
Marissa juga turut melutut untuk bersalaman dan memohon maaf kepada Norman.
Lantas Norman menjawab, dia sudah lama memaafkan segala perbuatan Marissa selama ini.
“Tiada apa yang papa nak maafkan. Papa sudah lama maafkan,” jawab Norman yang teresak-esak menahan air mata.
Menjengan ke ruangan komen, rata-rata netizen sebab menonton perkongsian tersebut selain turut mendoakan yang terbaik buat Norman sekeluarga.
“Si papa tu tak puas jaga kau dik. Tiba-tiba hilang peluang dia nak jadi wali pernikahan. Sedih dik. Nanti bila ada anak, awak tahulah macam mana perasaannya.
“Ya Allah peliharalah hubungan kekeluargaan Abang Norman. Semoga baik-baik sahaja dan bahagia dunia akhirat.
“Ya Allah banjir. Bab mak ayah ni memang tak boleh tahan.
“Tangisan Norman itu boleh rasa sampai ke tulang. Tak kisahlah artis ke tidak.
“Mak ayah ni marah sekejap sahaja. Lama-lama mereka maafkan juga anak,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan hangat sejak Januari lalu apabila dikatakan sudah bernikah dengan lelaki berstatus suami orang Aslam di Songkhla, Thailand pada 26 Disember tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Aprena Manrose akhirnya tampil mengesahkan dia telah bercerai dengan suaminya, Mohd. Afiq Hazman, sekali gus menamatkan segala teka-teki dan spekulasi yang bertebarab sebelum...