Mamat Exists

Menyedari kesilapan yang berlaku dan memohon maaf kepada semua atas kekhilafannya, Mamat Exists mengakui sedang menjalani sesi kaunseling di pusat pemulihan bagi permasalahan yang dilalui.

Baru memulakan sesi pertama selepas dibebaskan, dia bagaimanapun kesal dengan berita yang sengaja disensasikan.

Mamat berkata demikian sewaktu ditemui pada sidang media Konsert Exists Reunion di Stadium Malawati Shah Alam, pada Khamis.

Perkara ini tidak seharusnya berlaku. Sewaktu penangkapan berlaku, saya telah memaklumkan kepada pihak berkaitan.

"Mereka hanya ingin menjalankan siasatan. Perkara ini pula menjadi tular di media sosial.

“Saya kena terima hakikat ini bermakna saya masih popular kerana berita tersebut tersebar secara meluas. Namun saya kurang gemar kerana ia disensasikan. Sedangkan tindakan masih belum diputuskan,” katanya.

IKLAN

Menafikan hal sama sering terjadi, Mamat menjelaskan hanya disebabkan dia dikenali, berita tersebut tular dengan pantas.

Sebenarnya tidak sekerap mana, cuma kerana orang mengenali saya dan disebabkan itu ia menjadi besar.

"Namun saya tidak menyalahkan mana-mana pihak atas keadaan yang berlaku.

IKLAN

“Saya minta maaf atas apa yang berlaku dan saya sendiri tidak menyangka ini akan terjadi,” tuturnya lagi.

Kini sedang menjalani pemulihan bagi mengatasi masalah yang dialami, jelas Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, setakat ini hanya sesi suai kenal dijalankan dan dia bakal meneruskan sesi berikut selama tiga bulan.

Saya baru sahaja menjalani sesi kaunseling. Sepatutnya sesi ini bermula selepas konsert namun pihak pengurusan mahu lakukan secepat mungkin.

IKLAN

“Baru satu sesi dan setakat ini belum ada sebarang impak lagi kepada diri. Saya dan kaunselor baru memulakan sesi suai kenal.

“Semua artis yang terlibat dengan kes serupa akan menjalani sesi kaunseling di tempat yang serupa. Sokongan yang diberikan ahli kumpulan lain menjadikan saya lebih bersemangat untuk berubah,” katanya lagi.

Mamat sebelum ini ditahan pihak polis di Johor Bahru selepas disahkan positif dadah dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Dalam pada itu, Konsert Exists Reunion bakal berlangsung Sabtu di Stadium Malawati Shah Alam dan 5 Oktober di Singapura.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI