Pelakon dan pengacara popular, Neelofa, memberikan penjelasan mengenai video doanya yang menjadi viral di media sosial hingga menimbulkan reaksi pelbagai di kalangan netizen.

Katanya kepada MH, dia ikhlas untuk berkongsi seterusnya mengharapkan perkara yang baik boleh dimanfaatkan bersama.

“Niat saya ikhlas, saya cuma mahu berkongsi dan jika perkara itu menjadi manfaat untuk orang lain, saya rasa sangat bersyukur,”katanya jujur.

Baru-baru ini, doa yang dikongsi bintang berusia 30 tahun ini menerusi program Naura Shares edisi Haji menjadi perhatian ramai.

Dalam ramai memuji, ada juga yang seakan pesimis dengan tindakannya yang berkongsi doa memandangkan dirinya bukan golongan ilmuan agama.

“Saya Merasakan Itu Adalah Susunan Allah Dan…,” – Video Kongsi Doa Tiba-Tiba Cetus Viral, Jadi Pertikaian Netizen, Ini Jawab Neelofa

IKLAN

 

Malah, ada pihak yang turut membuat perbandingan dengan doa yang dikongsi Neelofa dan para ustaz atau ustazah.

“Semestinya agamawan lebih mempunyai ilmu agamanya, jadi tidak adil jika membuat perbandingan sedemikian.

“Bagi saya, jika perkara itu baik, tiada salahnya untuk ia ditularkan atau dipanjangkan kepada pengguna media sosial lainnya. Saya bebesar hati andai ia dapat berkongsi dengan semua orang.

IKLAN

“Bagaimnanapun, saya sendiri tak tahu ia menjadi viral. Apabila ramai pihak yang berkongsi, saya merasakan itu adalah susunan Allah dan di luar kuasa saya,” jelasnnya lagi.

Terdahulu, Neelofa ditemui di sesi media Lofa Brand di pejabat urusan Naelofar, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada Khamis.

“Saya Merasakan Itu Adalah Susunan Allah Dan…,” – Video Kongsi Doa Tiba-Tiba Cetus Viral, Jadi Pertikaian Netizen, Ini Jawab Neelofa

IKLAN

Tambah pengacara MeleTOP ini juga, dia sering menjadikan ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohammed sebagai contoh yang baik setiap kali dia mahu menyampaikan doa.

“Saya dan ahli keluarga lain suka mendengar doa yang keluar dari mulut ibu. Doa terbabit keluar dengan spontan dan setiap apa yang dituturkan itu sedap didengari.

“Jadi, sebelum saya berdoa, saya terlebih dahulu mengarang doa yang dimahukan seterusnya cuba untuk mengamalkannya.

“Saya juga bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang sentiasa mendoakan saya agar menjadi contoh yang baik untuk masyarakat,” akhiri Neelofa optimis.

https://www.youtube.com/watch?v=6hAxlBD9cX0

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI