Pelakon Hafidz Roshdi, 29, menolak khabar angin yang mendakwa dia sudah berkahwin lain seperti yang didakwa isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.
Hafidz berkata, dakwaan surat terbuka yang dimuat naik Nurul Shuhada di laman sosial pada 11 Mac lalu itu tidak benar dan dia tidak pernah berkahwin kali lain.
“Saya masih ‘single dan available’. Insya-Allah jika saya bercerai ini, saya single. Saya tidak berkahwin lagi. Dakwaan kahwin kali kedua tidak betul. Itu semua fitnah belaka,” katanya.
Hafidz berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, selepas prosiding bagi pengesahan lafaz cerai Hafidz terhadapnya isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, pagi tadi.
Terdahulu, peguam yang mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader, berkata pihak plaintif menyatakan tuntutan baharu bahawa adanya lafaz cerai baharu yang berlaku pada 22 Januari lalu, justeru mereka perlu menunggu keputusan mahkamah untuk keputusan kedua-dua lafaz cerai.
“Kita tunggu mahkamah putuskan mengenai kedua-dua lafaz itu,” katanya yang turut ditemui bersama Hafidz selepas berakhirnya prosiding berkenaan.
Ads
Terdahulu menerusi kenyataan balas terhadap surat terbuka yang dimuat naik Hafidz di Instagram (IG), Nurul Shuhada, mendakwa Hafidz berkahwin tanpa izinnya.
“Saya tidak lagi boleh berdiam. Saya terasa dikhianati, semuanya berlaku tanpa pengetahuan saya. Tetapi dengan pengetahuan keluarga Hafidz iaitu membenarkan Hafidz berkahwin tanpa izin saya,” katanya.
Nurul Shuhada berkata, luahan yang dimuat naik rentetan surat terbuka Hafidz itu dibuat bagi melindungi diri dan dua anak mereka.
Sebelum ini, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu. Sebelum itu, adik Nurul Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz, 29, sah bercerai dengan talak satu dengan kakaknya itu, 29, pada 22 Februari lalu.
Ads
Sofia mendakwa Hafidz melafazkan cerai menerusi panggilan telefon dan kini sedang menunggu tarikh perbicaraan di mahkamah.
Pada 13 Mac lalu pula, Mahkamah Kuala Kubu Bharu memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.
Perintah itu dikeluarkan Hakim, Siti Fatimah Talib, yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar, bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.
Hafidz sebelum itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan Nurul Shuhada di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi, pada 2 Mac lalu.
Ads
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntuk hukuman maksimum dua kali ganda, bagi sabitan mengikut Seksyen 323.
Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkata ramai apabila Nurul Shuhada mendedahkan suaminya ada hubungan dengan wanita lain, bernama Athira Yuhada.
Athira Yuhada juga mendedahkan pernah berhubungan dengan pelakon itu, namun berjanji untuk tidak meneruskan hubungan mereka, selain memohon maaf kepada Nurul Shuhada dan anak-anaknya.
Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tarikh 27 Mac hari ini genap menandakan sudah dua tahun pengacara dan usahawan popular Neelofa Mohd Noor bergelar isteri kepada pendakwah bebas, Pu Riz.
Mengabadikan ulang tahun kedua perkahwinan mereka, Neelofa, 34, memuat naik beberapa foto majlis perkahwinannya yang pernah digelar ‘Wedding of the Year 2021’ di laman Instagram miliknya.
Menulis kapsyen ringkas, “27.3.2021, may this love be blessed till jannah”, posting Neelofa itu menarik perhatian ramai yang sentiasa mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rakan artis dan netizen tidak ketinggalan memberikan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan Neelofa dan Pu Riz atau nama sebenar, Haris Ismail.
Menginjak usia 40 tahun pada Rabu, penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya itu di sebuah pusat hiburan baru-baru ini.
Menerusi beberapa perkongsian video di laman TikTok, Bunga dilihat berpegangan tangan dengan seorang jejaka yang turut diundang mendekatinya ketika alunan lagu Happy Birthday dialunkan beramai-beramai oleh tetamu yang hadir.
Menjengah di ruangan komen, beberapa netizen menyatakan jejaka yang memakai sut coklat muda itu dikenali sebagai Tiko Aryawardahana.
Tiko difahamkan bekerja dalam bidang perbankan dan merupakan seorang duda anak tiga.
Sementara itu, rata-rata netizen mengagumi kecantikan penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu yang kekal awet muda biarpun sudah mencecah usia empat siri.
“Dia 40 tahun macam umur 20 lebih, aku umur 20 macam 50 tahun dah.
“Kak BCL, apa rahsianya sentiasa terlihat muda.
“Life begins at 40.
“Wait, is she really 40?” komen sebahagian netizen.
Terdahulu, Bunga sering digosipkan bercinta dengan rakan artis Ariel Noah selepas kematian suaminya, pelakon Ashraf Sinclair.
Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 di kediaman pasangan itu di Jakarta Indonesia akibat serangan jantung. Hasil perkahwinan, Bunga dan Ashraf dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 14 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mencipta kelainan, stesen televisyen TV AlHijrah memberikan ganjaran buat 180 penonton setia mereka dengan menaja tambang balik kampung sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 22 April ini.
Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini akan melalui rangkaian jalan raya di utara, selatan dan timur iaitu Perlis, Johor, Kelantan dan Terengganu untuk balik kampung.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, perjalanan pertama AlHijrah On The Bus akan berlepas pada Jumaat, 14 April ke Perlis, Johor, Kelantan dan Terengganu.
“Bagaimanapun kami belum putuskan apa pengisian untuk penumpang bas sepanjang perjalanan mungkin taranum dan sebagainya.
“Namun kami berharap ada selebriti atau pempengaruh yang ikut sekali bersama, tujuan awal AlHijrah On Bus adalah memperkenalkan jenama ini di pelosok kampung.
“Buat promo siapa yang hendak balik hantar komen kepada TV AlHijrah, kita akan temubual sikit tengok status kehidupannya kerana fokus kami adalah mereka yang tidak berkemampuan,” katanya kepada MH.
Namanzee ditemui majlis pelancaran Kempen Ramadan 1444H TVAlHijrah bertemakan kempen Imarahkan Ramadan #EratkanJalinan di Zebra Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Untuk tujuan itu, TV AlHijrah telah bekerjasama dengan Mara Liner Sdn Bhd yang memperuntukkan sebanyak empat buah bas bagi menyemarakkan lagi kempen tersebut.
Turut dilancarkan program CSR, Skuad Bubur Lambuk TV AlHijrah menggunakan khidmat 15 penunggang motosikal yang akan buat edaran sebanyak seribu bungkusan bubur lambuk di lima lokasi tumpuan ramai Kuala Lumpur dan Selangor.
Antara lokasi dikenalpasti adalah Hospital Besar Kuala Lumpur, stesen LRT, UiTM Shah Alam, stesen bas Kajang dan Masjid Usman Zaid.
Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan 17 rancangan baharu dan istimewa genre dokumentari, bual bicara, masakan, kerohanian, drama, telefilem, hiburan Islamik dan filem.
Keseluruhan 29 jam penerbitan diperuntukkan untuk Ramadan antaranya adalah Peristiwa Ramadan, Rehlah Roh Haramain, Khatam al Quran Perdana, Cinta Ilmu Istimewa Ramadan, Cinta Ilmu Qiam, Kerusi Lipat, Ihya Ramadan, Camca Ramadan, Camca Viral, Assalamualaikum Sahur, Sembang Moreh dan Matahati Madani.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.