Pelakon terkenal, Fasha Sandha memaklumkan dirinya kini telah dibenarkan pulang selepas lapan hari menerima rawatan selepas mengalami kecederaan di bahagian mata kiri dan tulang pipi sewaktu menjalani penggambaran.
Jelas Fasha, insiden yang berlaku membuatkan dia lebih bersyukur atas nikmat pancaindera yang lain.
“Kepada yang bertanya keadaan saya ketika ini, fizikal luar mata dan bengkak telah beransur pulih. Tulang mata kiri saya patah, ada tisu, muscle dan darah beku.
“Walau begitu, saya tetap bersyukur, mata kanan masih sihat sempurna dan banyak lagi nikmat kebaikan yang diberikan pada saya, daripada ujian ini.
“Saya dah boleh discharge hari ni Alhamdulillah. Special thanks buat mama yang tolong menjaga anak-anak saya. Suami yang menemani saya di hospital,” kongsinya.
Dalam pada itu, pelakon filem Anak Halal itu tidak mahu menyalahkan sesiapa sebaliknya menyifatkan segala yang berlaku mempunyai hikmah.
Ads
“Saya tidak pernah rasa tertekan, tidak mahu menyalahkan sesiapa, saya anggap Allah hanya ingin saya berehat seketika.
“Ya, lapan hari yang begitu panjang buat saya, pertama kali admitted di hosp kerana injured. Pertama kali menggunakan personal medical card dan personal insurans yang saya ambil sejak tahun 2004.
“Saya tak pernah bermalam di hospital kecuali ketika bersalin. (Itu pun hanya 1 malam),” kongsinya lagi.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Fasha menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Ads
Katanya lagi, dia bagaimanapun ralat kerana terpaksa menangguhkan sesi penggambaran.
“Ya, ‘benda nak jadi’. Apa kita boleh buat, kita cuba sehabis baik. Kita buat yang terbaik tapi kemalangan tetap terjadi.
“Dalam hati saya ini, saya hanya fikirkan tanggungjawab yang masih tertangguh, malah pada hari kejadian. Saya hanya fikir ingin habiskan tugas tapi Fieza, Encik Along Kamaludin dan doktor tidak mengizinkan.
“Dikala kesakitan, baru kita sedar, siapa yang betul-betul sayangkan kita. Saya tidak akan lupakan momen-momen percutian di hospital selama 8 hari 7 malam,” kongsinya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Fasha turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak terutamanya para petugas hospital yang telah menjaganya dengan baik.
Terdahulu, insiden kecederaan yang menimpa Fasha itu berlaku ketika sedang melakonkan babak bergelut bersama pelakon, Azhan Rani.
Fasha mengalami kecederaan serius selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil.
Akibat hentakan itu, tulang mata bahagian kiri dramatis itu patah dan bebola mata kirinya berdarah serta bengkak sebelum dikejarkan ke Hospital Pakar di Johor Bahru.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menyedari salah faham yang terjadi berikutan ‘BM Challenge’ yang dilakukan tidak lama dahulu, usahawan berjaya, Vivy Yusof menjelasjan, masyarakat harus faham latar belakang setiap individu berbeza.
Malah, jangan bersifat terlalu cepat menjatuhkan hukuman.
Jelasnya, cabaran tersebut adalah untuk dia bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya tanpa campur aduk dengan bahasa asing untuk satu hari. Bukannya semata-mata cabaran berbahasa Melayu.
“Dalam apa yang kita lakukan tetap akan ada kritikan. Saya terima semuanya kerana ia akan membantu saya perbaiki diri.
“Orang luar harus faham, latar belakang kita semuanya berbeza. Kita kena memahami semua dan janganlah terlalu cepat menghukum. Apabila masyarakat mengkritik, ia menyebabkan kita menjadi lebih jauh hati.
“Cabaran itu adalah untuk bercakap Bahasa Melayu sepenuhnya untuk satu hari. Mungkin salah saya sendiri kerana tidak menerangkan dengan lebih jelas bahawa cabaran itu adalah untuk bertutur dalam Bahasa Melayu tanpa campur aduk dengan bahasa lain.
“Orang katakan ‘kau Melayu, kenapa tidak boleh cakap Melayu’. Saya boleh berbahasa Melayu namun penggunaan dalam pertuturan seharian sudah tentu kita biasa bertutur ‘bahasa rojak’.
“Ada yang memahami, namun kritikan datang daripada mereka yang tidak faham maksud cabaran tersebut. Mereka katakan baik jangan jadi Melayu (ketawa),” jelasnya.
Vivy terdahulu ditemui pada majlis pelancaran Izara Aishah X Lilit di The Linc, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ibu kepada tiga orang anak ini turut menjawab tohmahan netizen apabila dituduh sebagai ibu tidak bertanggung jawab apabila meninggalkan anak-anak semata-mata untuk menikmati percutian di Bali bersama teman-teman.
Jelasnya, seorang ibu harus mempunyai masa untuk melepaskan tekanan, dan perkara tersebut tidak sesekali akan melucutkan gelaran ibu pada seseorang wanita.
“Saya terkejut apabila ada yang beranggapan bahawa seorang ibu itu harus ada 24 jam dengan anak-anak. Saya tidak bersetuju dengan pendapat itu.
“Sebagai manusia, kita memegang banyak peranan dalam hidup sebagai isteri, anak dan untuk diri sendiri. Dan sudah tentu kita harus mempunyai saluran untuk melepaskan tekanan.
“Tidaklah apabila menjadi seorang ibu, itu sahaja tugas kita sepenuh masa. Kita tetap seorang ibu walau apa tugas yang sedang dilakukan. Lagipun saya ke Bali dua hari.
“Saya juga memahami keadaan ibu-ibu di luar sana. Saya bersyukur mempunyai sokongan daripada suami dan keluarga.
“Namun netizen pula mempersoalkan, saya punya kelebihan namun bagaimana dengan mereka. Mungkin itu yang membuatkan mereka tidak berpuas hati kerana mereka mahukan yang sama tapi bagaimana.
“Sebab itu kita harus memberi sokongan sesama sendiri,” katanya lagi kepada MH.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal berkata, dirinya tidak risau jika rezekinya ‘sempit’ setelah memutuskan untuk berhijab dan menutup aurat dahulu.
Jelas Nad lagi, dia mahu mencontohi Norkhiriah Ahmad Shapie sebagai ‘role model’ terdekat. Malah dirinya yakin bahawa dengan penghijrahan ini, dia mampu berjaya dalam karier lakonan dengan melakonkan pelbagai watak termasuk watak antagonis.
Nad Zainal, 32, menjadikan pelakon, Norkhiriah Ahmad Shapie sebagai contoh terbaik untuk selebriti bertudung yang terus berjaya dalam karier lakonan dengan pelbagai watak termasuk antagonis atau jahat.
Mengulas berkenaan mengapa dia memilih Noorkhiriah sebagai contoh, Nad menyatakan bahawa dia amat mengagumi keperibadian dan perwatakkan yang ditunjukkan oleh aktres itu. Tegasnya lagi keperibadian Norkhiriah wajar dicontohi oleh selebriti wanita bertudung lain.
“Lagipun saya yakin walaupun sudah tampil bertudung, namun masih boleh membawakan apa saja watak dalam lakonan. Malah, rezeki semakin bertmbah dan tidak putus.
“Saya juga melihat kak Noorkhiriah sebagai contoh kerana dia tetap berjaya membawakan watak jahat dengan imej bertudung,” katanya.
Sehubungan itu, bertepatan dengan keputusan ini, Nad memohon agar para peminat mendoakan agar dirinya kekal istiqomah dengan penampilan berhijab. Tambahan pula, masih banyak perkara yng perlu dipelajarinya.
“Saya tidak mahu cakap banyak atau bercerita mengenai penghijrahan. Saya masih lagi belajar. Mohon doakan saja yang terbaik untuk saya,” katanya.
Untuk rekod, Nad dan Ungku Ismai selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin sebanyak RM 1,000 pada tanggal 1 Rejab pada 23 Januari 2023. Hasil perkongsian hidup selama setahun lebih itu diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki.
Nad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 sebelum bercerai pada September 2022.
Hasil perkongsian hidup bersama Muhammad Faliq, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7 dan Budi Kalsom, 3 tahun.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Personaliti media sosial, Ashhryyyyyy, tampil mendedahkan keadaan terkini wajah sahabat baiknya, Cik Epal, selepas didakwa menjadi mangsa serangan oleh isteri bekas suaminya, Dewi, baru-baru...