Selepas muncul menerusi single berjudul Keliru hasil kolaborasi bersama rapper muda, Lil J, penyanyi, Ara Johari tidak mengambil masa lama untuk melancarkan single terbarunya yang bertajuk Sumpahan Salju.

Menurut Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari, karya ciptaan Ziin, manakala lirik oleh Jerry ini sebenarnya mengangkat kisah dongeng popular dunia ‘Show White’.

“Saya Mainkan 3 Watak Yang…,” – Selit Elemen Jawa & Barat, Dongeng ‘Snow White’ Versi Ara Johari Dalam MV Lagu Baru

Katanya lagi, lirik-lirik yang diketengahkan juga banyak berkait rapat dengan kisah dongeng rakyat tersebut.

“Sumpahan Salju adalah sebuah adaptasi dari cerita dongeng kanak-kanak yang popular iaitu ‘Snow White’, dan kalau pendengar amati bait-bait liriknya, pasti mengerti dengan jalan cerita lagu ini.

“Saya sebenarnya gemar dengan melodi-melodi yang unik, dan lagu ini nyata berbeza daripada ‘genre’ yang pernah saya bawakan sebelum ini. Cuma pada kali ini, saya mahu mencuba sesuatu yang baharu serta berbeza dan tidak pernah terjangka oleh sesiapa,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Ara turut mendedahkan Sumpahan Salju turut mencabar dirinya untuk keluar daripada zon selesa terutamanya daripada aspek pemilihan fesyen yang ditonjolkan di dalam muzik video.

IKLAN

“Saya Mainkan 3 Watak Yang…,” – Selit Elemen Jawa & Barat, Dongeng ‘Snow White’ Versi Ara Johari Dalam MV Lagu Baru “Saya Mainkan 3 Watak Yang…,” – Selit Elemen Jawa & Barat, Dongeng ‘Snow White’ Versi Ara Johari Dalam MV Lagu Baru

Demi memberikan kelainan, muzik video lagu Sumpahan Salju ini juga menerapkan elemen Jawa dan Barat yang belum pernah dicuba Ara sebelum ini.

“Saya sentiasa cuba memperbaiki penampilan diri dari segi berfesyen agar sejajar dengan perkembangan muzik yang saya bawakan. Bukanlah berubah seratus peratus, saya masih Ara, cuma lebih ‘up-to-date’.

“Bersesuaian dengan jalan cerita kisah dongeng serta konsep ‘single’ Sumpahan Salju, ia juga memaparkan sesuatu yang istimewa dengan menerapkan konsep tradisi Jawa dan Barat yang tidak pernah terlihat sebelum ini.

IKLAN

“Saya juga memainkan tiga watak yang berbeza dalam MV ini, dan kalau hendak tahu lebih lanjut, kena lah tonton!” kongsinya lagi.

“Saya Mainkan 3 Watak Yang…,” – Selit Elemen Jawa & Barat, Dongeng ‘Snow White’ Versi Ara Johari Dalam MV Lagu Baru “Saya Mainkan 3 Watak Yang…,” – Selit Elemen Jawa & Barat, Dongeng ‘Snow White’ Versi Ara Johari Dalam MV Lagu Baru

Tambahnya lagi, meskipun kini dia sibuk mengurus perniagaan restorannya, namun, kerjayanya sebagai penyanyi tetap diberikan keutamaan.

IKLAN

“Alhamdulillah perniagaan saya semakin berkembang dengan tertubuhnya cawangan di Klang, tidak menang tangan dibuatnya!

“Namun begitu, kerjaya sebagai penyanyi tetap nombor satu. Ceritanya begini, ketika itu saya berada di studio muzik bagi mendengar ‘material’ baru daripada abang Zimi (Ziin) dan terus terpikat dengan melodi Sumpahan Salju yang memaparkan muzik tradisional Jawa yang dimodenkan.

“Setelah itu, kami memulakan sesi rakaman dalam kadar yang agak pantas, ia mengambil tempoh kurang dari tiga jam sahaja, manakala selebihnya abang Zimi yang bertanggungjawab melakukan proses adunan bagi mempercantikkan lagi bunyi lagu tersebut,” ujarnya lagi.

“Saya Mainkan 3 Watak Yang…,” – Selit Elemen Jawa & Barat, Dongeng ‘Snow White’ Versi Ara Johari Dalam MV Lagu Baru “Saya Mainkan 3 Watak Yang…,” – Selit Elemen Jawa & Barat, Dongeng ‘Snow White’ Versi Ara Johari Dalam MV Lagu Baru

Terdahulu, lagu Sumpahan Salju kini sudah boleh didengari di seluruh platform penstriman digital manakala muzik videonya pula juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI