Pelakon popular, Janna Nick mendedahkan dia sememangnya berhadapan dengan cabaran yang sangat berat sewaktu menjalani penggambaran filem, Juang.

Sewaktu melakonkan filem sarat emosi itu, Janna memberitahu, dia sebenarnya sedang berada dibawah pengaruh ubat anti depressi.

Katanya lagi, situasi tersebut menjadikan dirinya agak tertekan lebih-lebih lagi apabila perlu memaksa diri untuk menghayati setiap babak yang telah dipertanggungjawabkan.

“Saya Macam Mayat Bergerak,” – Tiada Perasaan Sebab Makan Ubat Bipolar, Janna Nick Dedah Cabaran Berlakon Filem Juang “Saya Macam Mayat Bergerak,” – Tiada Perasaan Sebab Makan Ubat Bipolar, Janna Nick Dedah Cabaran Berlakon Filem Juang

“Kalau bercakap mengenai cabaran untuk menunjukkan perasaan ketika membawakan watak berat ini, saya tak biasa untuk menilai dan tak reti nak mengagungkan lakonan saya sendiri.

“Nak dijadikan cerita, ketika penggambaran filem ini, itu adalah kali pertama saya mengambil ubat bipolar. Sejujurnya saya memang sangat kecewa.

“Pada waktu itu, saya memang tiada perasaan langsung dan saya kena paksa emosi itu keluar sebab saya dah makan ubat anti depressi untuk menghentikan segala rasa dalam diri.

“Bayangkan dalam keadaan sebegitu, saya kena berlakon serta wajah sugul dan sembab yang ditunjukkan dalam filem ini memang real. Mata saya itu pun bukan dibuat-buat,” katanya kepada MH.

IKLAN

Penyanyi lagu Gatal ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan gala filem Juang yang berlangsung di Pavillion pada Selasa.

“Saya Macam Mayat Bergerak,” – Tiada Perasaan Sebab Makan Ubat Bipolar, Janna Nick Dedah Cabaran Berlakon Filem Juang “Saya Macam Mayat Bergerak,” – Tiada Perasaan Sebab Makan Ubat Bipolar, Janna Nick Dedah Cabaran Berlakon Filem Juang

Dalam pada itu, Janna memaklumkan situasi tersebut sememangnya sudah diketahui oleh pengarah dan penerbit.

“Pengarah dan penerbit memang tahu mengenai perkara ini. Ada babak yang saya request untuk buat sekali lagi sebab saya sangat kecewa kerana tak boleh sampaikan watak itu dengan baik disebabkan pengaruh ubat tersebut.

“Bagaimanapun, pengarah mengatakan lakonan saya okay. Namun, saya sendiri tak tahu keadaan saya waktu itu. Apa yang kalian tengok ini adalah usaha yang sudah saya buat sehabis baik. Sebelum ini, saya tak pernah rasa tension seperti ini,” ujarnya lagi.

IKLAN

“Saya Macam Mayat Bergerak,” – Tiada Perasaan Sebab Makan Ubat Bipolar, Janna Nick Dedah Cabaran Berlakon Filem Juang

Lantaran itu, disebabkan kesan yang melampau, pelakon asal Sungai Petani, Kedah ini memutuskan untuk berhenti daripada mengambil ubat tersebut selepas dua bulan bagi memastikan kerjaya seninya tidak terganggu.

“Memang betul sebab keadaan seperti ini sangat mengganggu kerja-kerja saya. Walaupun saya hanya mengambil ubat tersebut sebelum tidur, tapi kesannya adalah 24 jam dan saya akan tiada perasaan sepanjang hari.

“Ia juga buatkan saya amat mengantuk. Setiap kali director cut, saya akan tidur. Saya dah macam mayat bergerak. Saya jalani penggambaran dalam keadaan saya yang kurang stabil.

“Saya mengambil ubat tersebut selama dua bulan dan ketika penggambaran filem ini, itu adalah dua minggu yang pertama. Orang yang pernah mengambil ubat anti depressi dos pertama ini, mereka akan tahu betapa kuat kesannya.

IKLAN

“Sebelum saya putuskan untuk berhenti, saya dah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan bagitahu ubat yang sebelum ini tak sesuai dengan kerja saya. Kalau nak tukar ubat lain pun tak boleh juga. Jadi, saya berhenti,” akhirinya.

Terdahulu, Juang merupakan filem yang mengangkat kisah perjuangan dan pengorbanan para petugas barisan hadapan yang betungkus lumus menjaga keselamatan negara sewaktu krisis pandemik Covid-19.

“Saya Macam Mayat Bergerak,” – Tiada Perasaan Sebab Makan Ubat Bipolar, Janna Nick Dedah Cabaran Berlakon Filem Juang

Filem ini diarahkan oleh lima pengarah terkenal iaitu Aziz M Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia serta Osman Ali.

Selain Janna, Juang turut dibintangi pelakon-pelakon ternama tanah air seperi Zizan Razak, Zul Ariffin, Sangeeta, Steve Yap dan ramai lagi.

Juang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 8 September ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI