Pelakon, Syafiq Kyle mengakui ada menerima tawaran untuk beraksi di atas pentas teater, hujung tahun ini. Masih belum boleh berkongsi mengenai butiran teater tersebut, pelakon berusia 26 tahun ini bagaimanapun teruja dan tidak sabar untuk melihat kemampuan sendiri untuk ‘berlakon’ secara langsung di hadapan penonton.

“Kalau jadi, ia akan dipentaskan pada hujung tahun ini. Baru saja bincang dan setakat ini nampaknya positif. Saya pun memang pasang harap agar projek ini berjaya sebabnya ini percubaan saya untuk beraksi dipentas teater selepas beberapa tahun bergelar pelakon. Saja mahu cabar diri untuk tengok sejauh mana bole pergi. 

 

“Tapi pastinya, saya akan berikan lakonan terbaik memandangkan pengarahnya pun bukan calang-calang. Malah rakan pelakon saya pun memang terkenal dengan skil lakonan mereka.” katanya ketika dihubungi MH.

“Saya Lelaki Yang Mereka Rebutkan…” – Syafiq Kyle

Menurutnya lagi, pada peringkat awal dia ada menerima tawaran untuk berlakon teater, tetapi konsepnya agak berat untuk dibawa.

IKLAN

“Bukan tidak berani tetapi rasanya biarlah saya bertatih dulu dalam bidang teater. Sedikit demi sedikit untuk lihat tahap keyakinan saya. Sebab kita tahu berlakon drama dan teater itu ada bezanya.

 

“Jadi biarlah saya cuba dahulu untuk terlibat di dalam teater berkisar romantik komedi ini sebelum menerima mana-mana tawaran yang lebih serius. Dalam teater tu, saya berlakon dengan dua aktres terkenal dan saya lelaki yang mereka rebutkan,” kongsi Syafiq.

Dalam perkembangan lain, bintang kelahiran Hero Remaja ini akan muncul menerusi sebuah filem seram, Langsur di samping Hanna Delisha.

IKLAN

“Saya Lelaki Yang Mereka Rebutkan…” – Syafiq Kyle

IKLAN

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI