Wah berhuntungnya Fathia Latif! Jika sebelum ini ramai yang mengecam tindakkannya yang suka ‘bersuara’membidas sesetengah individu di Twitter demi kepentingan rakyat, kali ini usahanya itu dipuji oleh bekas pedana menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad.

BACA: ‘Saya Bukan Anti Kerajaan’ – Fathia Mohon Maaf

Melalui akaun Instagramnya baru-baru ini, Fathia telah muat naik sebuah video durasi 1 minit yang memaparkan wajah Tun M yang berterima kasih kerana sering mempertahankannya.

Malah, Tun M turut kagum dengan keberanian Fathia yang sering bersuara tentang beberapa hal untuk kebaikan.

View this post on Instagram

Bila kita diatas, orang sanjung kita mcm nak rak . Well, itu perkara biasa 🙂 Tapi, bila kita sudah tua, atau jatuh, orang kata kita ni dah tak relevan, macam-macam mereka kata, kata kita ni nyanyok, kata kita gila, takdak akai, itu lah dinamakan kacang lupakan kulit! yang sememangnya lumrah kehidupan. Habis! habisss semua jasa dia orang tak nampak, apa usaha beliau selama ni mcm kena lempaq tepi jalan. Sanggup keluarkan beliau dari sejarah negara dan kata macam-macam seolah- olah beliau takdak perasaan. Seharusnya kita kena ingat dan bersyukur, orang yang hebat ini , pada satu ketika dulu, telah pernah berjaya menjulang darjat negara kita setinggi – tingginya dan terperlulah kita pertikaikan lagi. Akhir kata, lihatlah seseorang itu bukan dari sudut mata yang biasa , tetapi gunakan lah MATA hati ! Cuba kenang, ingat dan bersyukur banyak banyak kerana masih ada manusia yang sanggup pertahankan kita dan masih mampu bertahan! bukan untuk kepentingan diri sahaja, tetapi untuk kita semua. With love and regards, Nur Fathia. P/s: skang ni, kenapa Tun panggil wa puan! lol? @inspirasikumahathir feels like crying looking into his ? ?

A post shared by Nur Fathia binti Abdul Latiff (@fatiyalatiff) on

Dalam pada itu, Fathia turut meluahkan rasa sedih dan simpatinya terhadap Tun M dan meminta orang ramai untuk melihat seseorang itu dari sudut mata hati.

“Bila kita diatas, orang sanjung kita mcm nak rak . Well, itu perkara biasa 🙂 Tapi, bila kita sudah tua, atau jatuh, orang kata kita ni dah tak relevan, macam-macam mereka kata, kata kita ni nyanyok, kata kita gila, takdak akai, itu lah dinamakan kacang lupakan kulit!

 

“Akhir kata, lihatlah seseorang itu bukan dari sudut mata yang biasa , tetapi gunakan lah MATA hati !

 

“Cuba kenang, ingat dan bersyukur banyak banyak kerana masih ada manusia yang sanggup pertahankan kita dan masih mampu bertahan! bukan untuk kepentingan diri sahaja, tetapi untuk kita semua. With love and regards, Nur Fathia,” jelasnya.

Malah, Fathia turut berkata dia terasa sebak apabila melihat pandangan mata Tun M ketika berkata-kata.

Bagaimanapun, Fathia telah menutup ruangan komen sejak ia mula dimuat naik. Video tersebut telah mendapat hampir 58 ribu jumlah tontonan sejak beberapa jam yang lalu.

Beberapa rakan artis turut berkongsi video yang sama di akaun mereka seperti Farid Kamil.

MH tahu pasti ramai sahabat-sahabat Fathia turut tumpang gembira dan bangga apabila melihat Tun M memuji keberaniannya yang selama ini menjadi ‘senjata kecaman’ buat semua netizen.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI