Umum sedia maklum, dua peserta Big Stage 2019, Syada Amzah dan Chaleeda Gilbert telah diumumkan sebagai dua peserta tersingkir untuk minggu kelima dan 8 peserta melangkah ke minggu keenam, malam tadi.

Diumumkan sebagai antara tiga peserta yang mendapat markah terendah bersama Adzrin minggu ini, nasib bagaimanapun tidak menyebelahi mereka apabila dua bintang muda itu mendapat undian online paling rendah sekali gus menyekat persaingan keduanya minggu hadapan.

Positif terhadap keputusan tersebut, Chaleeda yang sebelum ini terselamat sepanjang minggu menerusi undian online menyatakan rasa terima kasih atas sokongan semua pihak, terutama buat peminat yang mengundi.

“Jujurnya saya rasa terharu atas sokongan peminat selama beberapa minggu. Cuma kali ini nasib tidak menyebelahi. Apa pun saya terima ia dengan hati terbuka memandangkan rakan lain yang bertanding memang selayaknya untuk meneruskan saingan.

IKLAN

“Sepanjang minggu, harapan peminat cukup kuat untuk melihat saya membuat persembahan, mengharapkan agar saya ada peningkatan dan sebagainya.

“Saya hargai meski awalnya, saya jangka akan tersingkir pada minggu pertama tetapi saya masih di sini atas sokongan mereka. Terharu atas sokongan tersebut.

IKLAN

“Akan tetapi bagi saya Azdrin patut meneruskan saingan, saya bangga atas apa yang telah dilakukannya, termasuk rakan lain yang ibaratnya sudah menjadi seperti keluarga sendiri,” ujar pemilik nama lengkap Chaleeda Gilbert ini kepada MH.

Dalam perkembangan lain, gadis manis asal Thailand ini bakal melancarkan single sulung berbahasa Melayu tidak lama lagi selain turut mencuba peluang untuk mencuba bidang lakonan selepas ini.

IKLAN

Semalam, Chaleeda berada di kedudukan paling rendah menerusi permarkahan yang dibuat juri profesional iaitu sebanyak 62 peratus, sementara Adzrin dan Syada masing-masing memperolehi 71 peratus dan 68 peratus.

Minggu hadapan, kesemua peserta bakal membuat dua persembahan iaitu lagu pilihan juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga ‘Battle Round’ bersama pasangan yang telah diumumkan pada hujung konsert.

Foto: Instagram Chaleeda, Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI