Penyanyi Zynakal atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli membuat permohonan maaf secara terbuka di atas tindakannya yang didakwa memerli budaya dan adat orang Sarawak.

Zynakal, 22, berbuat demikian menerusi satu posting terbaru di Instagram, pada Isnin.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya warga Sarawak yang terasa dengan komen saya pada ruangan komen gambar Yonnyboii. 

“Di sini saya ingin menjelaskan tentang komen tersebut. Sebenarnya saya memang tiada niat untuk mempersendakan budaya atau adat orang Sarawak.

“Saya hanya berniat untuk mempersendakan Yonnyboii sahaja,” jelasnya.

IKLAN

Tambah bintang ini lagi, dia mengharapkan suapaya permohonan maafnya itu diterima semua warga Sarawak.

“Jadi saya harap, maaf saya diterima oleh anda semua, terutama orang Sarawak.

“Akhir kata, saya ingin memohon maaf dan saya harap anda memaafkan saya. Harap benda ni tak kan berulang lagi,” pintanya.

IKLAN

Sementara itu pada ruangan kapsyen, Zynnakal turut sekali lagi menyatakan dia tiada sebarang niat untuk mempersenda pakaian atau adat warga Sarawak.

“Tiada niat langsung untuk mempersendakan pakaian atau adat warga sarawak, maaf jika komen saya menyakiti hati kalian dan maafkan saya, all love all peace,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZYN AKAL (@zynakal)

IKLAN

Beberap hari lalu, isu sensasi itu bermula apabila Zynakal meninggalkan komen pada hantaran terbaharu rakannya yang juga penyanyi rap, Yonnyboii.

Menerusi hantaran tersebut, Yonnyboii berkongsi foto lamanya yang lengkap memakai baju tradisional salah satu etnik di Sarawak.

“Uga-uga,” tulis Zynakal ringkas pada ruangan komen dalam Instagram milik Yonnyboii.

Biarpun ia komen ringkas, namun rata-rata netizen menyifatkan respon yang diberikan seolah-olah sindiran.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI