Isteri kepada penyanyi Yonnyboii iaitu Nik Nazira menjawab ringkas mengenai persoalan pengguna di alam maya di Instagram.
Berdasarkan pautan tersebut, individu berkenaan dilihat seolah-olah tidak sensitif dipercayai bertanya mengenai perkenalannya bersama bekas kekasih, Imran Aqil.
“Berapa lama kenal Imran?,” tertera soalan yang diberikan.
Ads
Lalu, ini yang dibalas Nazira;
“Saya sedang hamil dan sudah berkahwin, akan tetapi awak masih bertanya mengenai perhubungam yang sudah dua tahun lalu?
Ads
Menerusi hantaran sama, Nazira memberitahu dia juga mendapat keizinan suami dan bekas kekasih sebelum menjawab persoalan tersebut seterusnya berkongsi untuk tatapan umum.
Imbas kembali, Yonnyboii dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021.
Ads
Hari bahagia pasangan itu dianjurkan secara sederhana dengan hanya dihadiri ahli keluarga masing-masing.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Drama Saat Hilang Cintamu yang diangkat daripada kisah benar sememangnya memberi impak yang besar kepada penonton sehingga hari ini.
Terbaru, menerusi sesi siaran langsung yang diadakan diaplikasi Tik Tok, pelakon utamanya, Zamarul Hisyam memaklumkan dia mendapat motivasi untuk membawakan watak ini dengan baik selepas terinspirasi dengan tahap kesetiaan yang ditunjukkan individu sebenar disebalik kisah nyata ini.
“Anda tonton drama tersebut dan rasa sedih. Sebenarnya, ketika pertama kali saya terima skrip dan dapat tahu naskah ini diangkat daripada kisah benar, berdiri bulu roma saya.
“Kemudian, saya cakap kepada pengarah, InsyaAllah, mari kita buat yang terbaik.
“Dalam drama Saat Hilang Cintamu ini, saya sebenarnya bukan nak berlakon sangat, saya lebih kepada nak beritahu penonton bahawasanya pada zaman ini, masih ada lagi lelaki yang betul-betul setia.
“Jadi, saya ambil tanggungjawab tersebut untuk tunjukkan kepada penonton bagaimana sebenarnya perasaan Encik Razil,” katanya.
Video sesi siaran langsung itu dimuat naik semula oleh seorang individu di aplikasi Tik Tok.
Pada masa sama, Zamarul turut memuji kualiti lakonan serta tahap profesionalisme gandingannya yang juga merupakan pelakon baharu, Rita Nadira.
“Rita seorang pelakon yang tak ‘langsi’ dan banyak songeh di set. Sangat merendah diri, pandai bergaul dan menghormati orang lain.
“Dia pun ada bagitahu, watak Salina ini agak susah untuk dibawakan. Kalau anda lihat sendiri, secara tiba-tiba Salina berubah menjadi wanita yang tak betul. Padahal, dia seorang isteri yang baik.
“Sebagai pelakon, nak twist sesuatu karakter itu, dia tak boleh terlampau mengejut. Ia harus dilakukan dengan cara yang betul. Dekat situ yang Rita mula risau,” katanya lagi.
Katanya lagi, dia juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencari keserasian bersama Rita.
“Saya cakap kepada dia, kita buat betul-betul. Kalau niat kita ikhlah, InsyaAllah akan menjadi. Dia seorang pelakon yang berkaliber. Walaupun pelakon baru, saya tiada masalah bekerja dengan dia.
“Kami selalu berbincang tentang bagaimana nak menjayakan sesuatu babak itu. Memang keserasian diantara kami,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Saat Hilang Cintamu merupakan sebuah drama terbitan Zeel Production dan diarahkan oleh Rahilah Ali.
Selain Zamarul dan Rita, drama ini turut dibintangi oleh Malik Mccrone dan Abbas Mahmood.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Tik Tok Kashar91 & Beetle Banana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak dilancarkan Jun tahun lalu, inai ‘instant’ atau segera mampu milik, Mazaville (Inai Che Ta) diusahakan Anas Zahrin dan Rozita Che Wan terus mencuri perhatian.
Malah pelbagai usaha dan rangkaian jenis inai sudah dilancarkan dalam tempoh berkenaan hingga menambat hati ramai dan berjaya menjadi jenama inai nombor satu di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Malah lebih membanggakan jenama berkenaan turut diiktiraf menjadi inai pertama dengan konsep telap air dan sah solat penggunaannya secara klinikal di atas kuku manusia.
Terbaharu, Set Kuku Letups Che Ta dengan harga ‘Rahmah’ berharga RM25 telah dilancarkan di Glam Hall, Damansara.
Menurut Rozita atau Che Ta selaku pengasas bersama, set ditampilkan akan diedarkan secara rasmi kepada seluruh ejen berdaftar satu Malaysia mulai 6 Mac ini.
“Kalau sebelum ini kerajaan perkenalkan Menu Rahmah dengan harga murah, kenapa tidak inai ini juga dihadirkan dengan konsep sama. Malah sejak diusulkan Anas sendiri, saya tak fikir panjang untuk meluluskan keinginannya.
“Harga jualan untuk set ini awalnya dicadangkan pada harga RM60, tapi selepas ditimbang tara kita memutuskan ‘harga rahmah’ berkenaan.
“Saya optimis set ini bakal menjadi kegilaan ramai wanita menjelang hari raya Aidilfitri kelak. Pendek kata ia berkualiti, sah solat, telap air dan tentunya mampu dimiliki semua golongan,” katanya.
Tambah Che Ta lagi, dia dan Anas turut mengalu-alukan 100,000 wanita tak kira status untuk menjana pendapatan bersama di musim Ramadan dan Aidilfitri ini.
“Lebih kurang RM7 Juta ingin kami kongsi bersama 100,000 wanita ini untuk projek ‘mega Inai Che Ta’ ini. Jangan berpeluk tubuh lagi, jom sama-sama kita jana pendapatan untuk bulan puasa dan raya ini,” kata Che Ta.
Sementara itu, Anas selaku pengasas utama jenama terbabit mensasarkan lebih 50,000 unit sasaran jualan bakal dicapai selama dua bulan dari Mac hingga April di Malaysia.
“Berdasarkan rekod kejayaan kami terdahulu, angka 50,000 untuk dicapai dalam tempoh dua bulan tidak mustahil. Saya dan Che Ta percaya dengan niat kami ingin terus membantu dan berkongsi rezeki dengan semua,” katanya.
Set Kuku Letups Che Ta didatangkan dengan tiga jenis warna iaitu Maroon Rose, Red Velvet dan Caramel.
Terdahulu, di dalam acara pelancaran pada Jumaat lalu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan memukau artis tanah air seperti Shiha Zikir, Datin Alyah, Indah Ruhaila, Bob Yusof, Hazama, Irfan Haris dan Imran Ajmain.
Majlis dianjurkan juga sebagai simbolik ukhuwah Che Ta dan Anas yang sudah terjalin hampir 13 tahun, selain menghargai rakan media dan peminat inai terbabit.
Pada majlis sama, Anas turut mengumumkan kejutan hadiah hari lahir ke 50 tahun 9 Mac ini buat Che Ta berupa tajaan pakej mengerjakan umrah.
Hubungan mesra di antara pelawak Shuib Sepahtu dengan usahawan, Watie Hanifiah, 35, kini bukan lagi rahsia.
Malah, Shuib, 39, pernah menyatakan ibunya, Salamiah Jalani memberikan restu terhadap hubungan mereka berdua.
Terbaharu, Salamiah dilihat cukup sporting apabila memuat naik video di akaun TikTok miliknya yang mana turut memaparkan Watie.
Rata-rata netizen teruja dengan perkongsian itu dan memuji kecantikan bakal menantu Salamiah.
“Selamat berpuasa mama, cantik bakal menantu mama. Semoga berbahagia.
“Dua-dua berseri, selamat berpuasa mama.
“Cantik Watie ni, asyik senyum je.
“Baru sopan pakai macam ni, lawa,” komen netizen yang kemudian dibalas ibu Shuib, “Orang yang baru berhijab, tak bolehlah nak dihakimi serta-merta. Kenalah didik perlahan-lahan, tak gitu.”
Menerusi laporan MH sebelum ini, Shuib berkata dia merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan Watie pada pertengahan tahun ini.
Untuk info, Shuib berkahwin dengan Allahyarham penyanyi Siti Sarah Raisuddin pada 26 Februari 2011 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Al-Qarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibatan jangkitan Covid-19.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...