“Saya Hadiahkan iPhone & Sedikit Wang Tunai…,” – Hilang Tangan Kanan Akibat Disamun, Ebit Lew Isi Masa Ziarah Adik Nor Azizah

Share

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa sayu dan simpati terhadap nasib remaja, Siti Nor Azizah yang telah disamun oleh perompak, pada hujung Ogos lalu.

Difahamkan, gadis berusia 17 tahun itu bersama teman lelakinya telah menjadi mangsa samun oleh tiga lelaki sewaktu menaiki motorsikal di Jalan Kuching menghala ke Jinjang dalam kejadian 12.15 tengah malam.

Terbaru, Ebit telah berkesempatan untuk menghulurkan sedikit sumbangan ketika melawat Nor Azizah di kediamannya.

Dalam pada itu, Ebit turut berkongsi cerita dan perkembangan terkini Nor Azizah yang telah kehilangan tangan kanan akibat insiden tersebut bersama pengikutnya.

“Sebak sayu sangat rasa ziarah adik Siti Nur Azizah yang disamun ketika kerja jual online dan menghantar barang dengan motor.

“Cedera parah sehingga tangan kanan kena dipotong sehingga bahu. Motornya dicuri.

“Saya hadiahkan Iphone dan sedikit wang tunai buat adik ni dan maknya. Adik ni baik sangat.

“Dia tiada hp untuk buat online berniaga di instagram.  Nanti saya tag di instagram buat yang membeli padanya,

“Ayah meninggal dunia 3tahun lepas. Semenjak itu Nur Azizah kerja berniaga online live bundle dari 3tahun lepas. Tak sekolah kerana nak bantu keluarga,

“Syukur ada ramai juga yang membantu. Saya bersama ketua blok dan jiran-jiran tadi ziarah adik ni.

“Saya kongsi doa dan amalan saat diuji. Semoga Allah rahmati keluarga adik Nur Azizah. Ya Allah jagakanlah keluarga ini,” tulisnya.

Foto: Instagram Ebit Lew

IKLAN