Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa sayu dan simpati terhadap nasib remaja, Siti Nor Azizah yang telah disamun oleh perompak, pada hujung Ogos lalu.

Difahamkan, gadis berusia 17 tahun itu bersama teman lelakinya telah menjadi mangsa samun oleh tiga lelaki sewaktu menaiki motorsikal di Jalan Kuching menghala ke Jinjang dalam kejadian 12.15 tengah malam.

“Saya Hadiahkan iPhone & Sedikit Wang Tunai…,” – Hilang Tangan Kanan Akibat Disamun, Ebit Lew Isi Masa Ziarah Adik Nor Azizah “Saya Hadiahkan iPhone & Sedikit Wang Tunai…,” – Hilang Tangan Kanan Akibat Disamun, Ebit Lew Isi Masa Ziarah Adik Nor Azizah

Terbaru, Ebit telah berkesempatan untuk menghulurkan sedikit sumbangan ketika melawat Nor Azizah di kediamannya.

Dalam pada itu, Ebit turut berkongsi cerita dan perkembangan terkini Nor Azizah yang telah kehilangan tangan kanan akibat insiden tersebut bersama pengikutnya.

“Saya Hadiahkan iPhone & Sedikit Wang Tunai…,” – Hilang Tangan Kanan Akibat Disamun, Ebit Lew Isi Masa Ziarah Adik Nor Azizah “Saya Hadiahkan iPhone & Sedikit Wang Tunai…,” – Hilang Tangan Kanan Akibat Disamun, Ebit Lew Isi Masa Ziarah Adik Nor Azizah

IKLAN

“Sebak sayu sangat rasa ziarah adik Siti Nur Azizah yang disamun ketika kerja jual online dan menghantar barang dengan motor.

“Cedera parah sehingga tangan kanan kena dipotong sehingga bahu. Motornya dicuri.

“Saya hadiahkan Iphone dan sedikit wang tunai buat adik ni dan maknya. Adik ni baik sangat.

IKLAN

“Dia tiada hp untuk buat online berniaga di instagram.  Nanti saya tag di instagram buat yang membeli padanya,

“Ayah meninggal dunia 3tahun lepas. Semenjak itu Nur Azizah kerja berniaga online live bundle dari 3tahun lepas. Tak sekolah kerana nak bantu keluarga,

“Syukur ada ramai juga yang membantu. Saya bersama ketua blok dan jiran-jiran tadi ziarah adik ni.

IKLAN

“Saya kongsi doa dan amalan saat diuji. Semoga Allah rahmati keluarga adik Nur Azizah. Ya Allah jagakanlah keluarga ini,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

“Saya Hadiahkan iPhone & Sedikit Wang Tunai…,” – Hilang Tangan Kanan Akibat Disamun, Ebit Lew Isi Masa Ziarah Adik Nor Azizah “Saya Hadiahkan iPhone & Sedikit Wang Tunai…,” – Hilang Tangan Kanan Akibat Disamun, Ebit Lew Isi Masa Ziarah Adik Nor Azizah

Foto: Instagram Ebit Lew

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI