Instafamous, Beby Tora Tora mengakui terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan oleh sesetengah pihak yang gemar menyentuh mengenai aspek fizikalnya.

Tambah menyedihkan, banyak diantara komen-komen tersebut dikatakan keluar daripada mulut seorang wanita.

“Okay aku tahulah aku ni tak cantik, tak comel tak elok macam hampa. Muka pun pakai filter.

“Tapi hampa kena ingat aku pun ada hati dan perasaan tau.

“Kadang-kadang mulut tu kita kena jaga tambah-tambah kita ni perempuan.

IKLAN

“Sekurang-kurangnya sesiapa yang duduk disekeliling aku, yang kenal aku mereka bahagia dengan aku,” jelasnya.

Rasa sedih tersebut dikongsikan oleh Beby Tora Tora atau nama sebenarnya Nor Atierah Zulfatie menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Beby Tora Tora yang mengalir air mata memberi tahu, tidak salah untuk seseorang itu menegur tetapi janganlah sampai menghina.

“Daripada hampa yang suka menyakitkan perasaan orang lain tambah-tambah hampa tu perempuan dan suka menyakiti perempuan lain, hampa memang tiada perasaan.

IKLAN

“Kalau hampa nak tegur, tak payah gunakan perkataan yang menghina fizikal orang. Hampa memang tak baik dan tak bagus.

“Aku doakan orang-orang yang suka mengata aku ni, bahagia sampai bila-bila,” katanya lagi.

Menambah di ruangan kapsyen, Beby Tora Tora menjelaskan sosial media merupakan platform untuknya mencari rezeki dan bila sudah tiba masanya nanti dia juga akan berhenti.

“Semoga Allah terus beri kekuatan untuk mencari rezeki halal. Saya mohon kepada perempuan di luar sana, jaga la mulut anda baik-baik.

IKLAN

“Jangan sakitkan hati orang lain kerana mulut badan binasa. Biarlah saya gunakan platform ni untuk mncri rezeki.

“Sampai satu masa, saya pun akan stop buat video,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen para selebriti menitipkan ucapan positif selain turut meminta Beby Tora Tora supaya tidak mempedulikan komen-komen negatif itu.

“Saya Guna Platform Ni Untuk Cari Rezeki,” – Tumpah Lagi Air Mata…Beby Tora Tora Mahu Berhenti Buat Video?

“Saya Guna Platform Ni Untuk Cari Rezeki,” – Tumpah Lagi Air Mata…Beby Tora Tora Mahu Berhenti Buat Video?
Sumber: Instagram Beby Tora Tora

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI