Umum mengetahui, kurang 12 hari sahaja lagi, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal diadakan bagi mencari kepimpinan baharu yang akan mentakbir negeri tersebut.

Terbaru, pelakon yang kini merangkap sebagai ahli politik, Datuk Dira Abu Zahar mengumumkan dirinya bakal bertanding di PRN Melaka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim yang terletak di dalam perlimen Jasin.

“Saya Gagahkan Diri Ambil Tanggungjawab Ini,” – Mahu Ikut Jejak Langkah Bapa, Dira Abu Zahar Bertanding Di PRN Melaka “Saya Gagahkan Diri Ambil Tanggungjawab Ini,” – Mahu Ikut Jejak Langkah Bapa, Dira Abu Zahar Bertanding Di PRN Melaka

Menurut Dira, dia mahu mengikut jejak langkah bapanya yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka yang ke-8, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dira Abu Zahar (@diraabuzahar)

“Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya Khaidhirah binti Abu Zahar dengan rasa rendah diri menawarkan diri bertanding sebagai Calon Barisan Nasional bagi N.25 DUN Rim, Calon No. 3.

IKLAN

“Sesungguhnya DUN Rim, Jasin ini begitu dekat di hati saya dan kampung saya membesar di sini.

“Saya gagahkan diri mengambil tanggungjawab ini demi mengikut jejak langkah arwah ayahanda saya, Datuk Seri Abu Zahar untuk menabur bakti dan menyumbang khidmat kepada rakyat,” tulisnya.

Pengumuman tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Chow Kit itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Saya Gagahkan Diri Ambil Tanggungjawab Ini,” – Mahu Ikut Jejak Langkah Bapa, Dira Abu Zahar Bertanding Di PRN Melaka “Saya Gagahkan Diri Ambil Tanggungjawab Ini,” – Mahu Ikut Jejak Langkah Bapa, Dira Abu Zahar Bertanding Di PRN Melaka

IKLAN

Dikesempatan itu juga, Dira turut berharap agar para penduduk Rim dapat memberikannya peluang untuk menabur bakti dan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

“Banyak yang telah dilakukan oleh pemimpin BN terdahulu dan menjadikan Melaka sebuah negeri maju.

Saya percaya legasi kecemerlangan pentadbiran ini perlu diteruskan semula. Bukan untuk yang lain, tetapi untuk kita semua.

“Dengan lafaz بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم, saya memohon agar pengundi N.25 DUN Rim memberikan kepercayaan dan mandat kepada saya untuk mewakili anda semua. Saya calon No 03 anda pada 20/11/2021 ini,” ujarnya lagi.

IKLAN

“Saya Gagahkan Diri Ambil Tanggungjawab Ini,” – Mahu Ikut Jejak Langkah Bapa, Dira Abu Zahar Bertanding Di PRN Melaka “Saya Gagahkan Diri Ambil Tanggungjawab Ini,” – Mahu Ikut Jejak Langkah Bapa, Dira Abu Zahar Bertanding Di PRN Melaka

Dira bakal berdepan dua calon lain iaitu B. Prasant Kumar mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Azalina Abdul Rahman yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Sebanyak 112 calon telah disahkan akan bertanding bagi merebut 28 kerusi DUN.

Sekadar informasi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov, ekoran pembubaran DUN susulan empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Sumber: Instagram Dira Abu Zahar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI