“Saya datang, kita gentle.” Demikian reaksi pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim saat muncul di program Melodi yang disiarkan pada malam Khamis.

Sejak pagi tadi, nama Fikry menjadi perhatian ramai setelah isterinya Siti Khalizah Alihan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan setelah empat bulan mendirikan rumah tangga.

Sewaktu program bermula, pengacara Ain Edruce yang baru sahaja kembali daripada cuti bersalin sempat memaklumkan bahawa Fikry tidak dapat hadir ke program berkenaan bagi memberi ruang buat dirinya menyelesaikan segala isu yang berbangkit.

Namun, tidak lama selepas itu, Fikry muncul ke set dan kembali bergandingan bersama Ain.

Menurut Fikry, dia sebenarnya tiada masalah untuk mengacara program berkenaan meskipun namanya kini sedang sedang hangat diperkatakan.

Malah, Fikry juga memaklumkan dia bakal menjelaskan tentang segala yang berlaku sebentar lagi.

Ads

“Saya datang (ke set Melodi), kita gentle.

“Nanti saya akan jelaskan apa yang berlaku,” katanya.

Terdahulu, Siti Khalizah tiba di mahkamah para jam 9.40 pagi, manakala kelibat Fikry selaku defendan tidak kelihatan.

Ads

Prosiding tuntutan dan permohonan perceraian dijadualkan berlangsung jam 9 pagi ini di hadapan hakim syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin.

Sekadar informasi, Fikry dan Siti Khalizah mendirikan rumah tangga di Jitra, Kedah pada 12 Februari lalu menerusi majlis yang diadakan secara tertutup.

Bagaimanapun, foto-foto sewaktu majlis pernikahan tersebut turut tular di media sosial.

Ads

Fikry pernah berkongsi, dia tidak berniat merahsiakan perkahwinan kerana enggan menghebahkan perkara belum pasti.

Sebelum ini, menerusi beberapa laporan media, Fikry memaklumkan kehidupannya kini lebih bahagia selepas mendirikan rumah tangga.

Katanya lagi, perkahwinan ini juga membuatkan dirinya lebih matang untuk menguruskan kehidupan berumah tangga.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads