Pelakon Fasha Sandha sebak seterusnya menitiskan air mata apabila diminta mengulas mengenai ujian yang menimpa rumah tangga pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin.
Fasha memberitahu, apa yang dilalui mereka adalah dugaan dan dia turut mengenang kembali jasa Fazura yang banyak membantunya ketika dia bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.
“Saya dan Fazura saling mengenali sejak usia saya 17 tahun sementara Fattah pula kawan dengan Aidil. Dua-dua sahabat selebriti saya dan sudah tentu saya rapat dengan Fazura. Bagi saya keduanya datang daripada keluarga yang baik-baik.
“Jadi kita sebagai orang luar, tidak boleh hakimi sebenarnya mengenai apa yang berlaku sebab hanya mereka yang tahu hal sebenar. Apa yang boleh kita lakukan adalah mendoakan yang baik baik. Sebab doa yang baik itu pasti akan berbalik kepada kita juga.
“Tidak perlu juga buat kronologi sendiri, apa yang sepatutnya kita buat adalah mendoakan yang terbaik buat mereka. Jangan tambah yang bukan-bukan kerana itu boleh menambah kedukaan pada hati Fattah dan Fazura,” katanya.
Malah Fasha ketika ditemui pada acara Zumba With Abby Abadi dan pelancaran produk terbaharu Inayah Beauty iaitu Honey Lemon, semalam turut imbas jasa baik Fazura ketika dia bergelar ibu tunggal sebelum ini selepas berpisah dengan suami pertama.
“Saya kenang budi Fazura ketika saya menjadi ibu tunggal dulu. Dia tidak pernah lupa untuk hadiahkan saya baju raya setiap tahun. Tiga tahun saya menjadi ibu tunggal dan dia bagi saya baju raya yang sangat banyak, lebih 20 pasang.
“Dia hargai saya sebagai ibu tunggal sebelum ini dan saya akan kenang budi baiknya sampai bila-bila. Begitu juga setiap kali dia buat rumah terbuka, tak pernah dia lupakan saya,” katanya lagi.
Ads
Berkongsi mengenai isu hangat yang membabitkan pasangan itu, Fasha akui dia dan suami yang juga pelakon, Aidil Aziz tidak pernah bercerita mengenai kemelut rumah tangga rakan artis lain kecuali isu Fazura dan Fattah.
“Saya dan suami tidak pernah bersembang fasal rumah tangga artis lain. Tetapi apabila melibatkan Fattah dan Fazura, kami macam sedikit emosi memandangkan Aidil pun tak suka bersembang mengenai orang lain.
“Saya tersentuh bila ingat dia pernah bagi baju raya tu, saya ingat jasa baiknya. Saya sifatkan ini dugaan mereka sekeluarga. Cuma saya doakan yang terbaik untuk mereka sebab keduanya ada anak dan keluarga masing-masing,” katanya lagi.
Pernah berdepan kegagalam rumah tangga, Fasha turut memahami keputusan yang dibuat Fazura apabila nekad menuntut perceraian.
Ads
“Saya mendoakan yang baik-baik buat mereka. Sebagai sahabat sudah pasti tidak mahu melihat dia di fasa yang tak seronok, namun hanya Fazura tahu apa yang dia lalui.
“Kenapa dia minta cerai, hanya dia yang tahu. Sebab saya percaya wanita ini ada akan hadnya. Saya juga pernah melalui kegagalan dalam perkahwinan. Saya pernah failkan perceraian terhadap bekas suami iaitu Jejai.
“Jadi saya faham situasi yang sedang dilaluinya. Kita biarkan mereka untuk buat keputusan sendiri dan kita hanya mendoakan yang baik-baik.
“Kita juga tak tahu, mungkin dugaan yang mereka hadapi ketika ini akan membuatkan hubungan mereka lebih baik pada masa akan datang.
Ads
“Sebagai seorang yang pernah lalui kegagalan dalam perkahwinan, saya sentiasa pandang perkara dalam sudut yang positif. Setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya,” katanya.
Pada 13 September lalu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Menerusi sebutan kes permohonan perceraian yang berlangsung pada Rabu, mahkamah meminta pasangan itu menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Fattah dan Fazura yang sebelum ini sinonim disebut sebagai ‘FattZura’ mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
@mediahiburanofficial Fasha Sandha hanya meminta ramai mendoakan yang baik-baik terhadap apa yang dilalui oleh rakan artisnya, Fazura dan Fattah. Tiba-tiba sebak lalu menitiskan air mata, aktres versatil ini turut imbas balik jasa baik Fazura yang banyak membantunya ketika dia bergelar ibu tunggal sebelum ini #MHnews#MediaHiburan#FYP♬ Very Sad – Enchan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
MH terkejut apabila menerima satu kiriman mesej dari rakan terdekat kami apabila memberitahu kakak kepada Nelydia Senrose, Uqasha Senrose telah ditahan oleh pihak polis!
Lebih mengejutkan, Uqasha dikatakan dalam keadaan khayal di tempat penumpang tengah hari tadi.
Melalui mesej yang kami terima, seorang pemandu telah dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis Range Rover putih yang dipandu oleh seorang wanita yang dalam keadaan khayal.
Apabila tiba di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail, pihak berkuasa telah membuat spot chek dan mendapati wanita berkenaan memiliki 6 keping aliminium foil warna merah yang disyaki dadah jenis Erimin.
FAKTA KES
PADA 06.05.218 JAM LEBIH KURANG 1145HRS SEMASA SAYA BERSAMA KONST ****** BERTUGAS RONDA MCPV SEKTOR 4 TELAH TERIMA ARAHAN DARIPADA PUSAT KAWALAN BALAI TAMAN TUN DR ISMAIL BERLAKU KEMALANGAN DI HADAPAN RUMAH NO ** JALAN BURHANUDDIN HELMI TAMAN TUN DR ISMAIL KUALA LUMPUR.SAMPAI DI LOKASI SEKTOR 4 TELAH BERTEMU DENGAN (1) LELAKI CINA DAN MEMBERITAHU BAHAWA ADA SEBUAH M/KAR JENIS RANGE ROVER WARNA PUTIH NO PENDAFTARAN ** **** * YANG DIPANDU OLEH (1) PEREMPUAN MELAYU TELAH MELANGGAR KERETA BELIAU JENIS HONDA BRV NO PENDAFTARAN: V** ***3. SEMASA DI TEMPAT KEJADIAN SAYA DAPATI (1) PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT DISYAKI DALAM KEADAAN KHAYAL.KONST/****** TELAH MEMANDU KERETA DAN PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT DUDUK DI BAHAGIAN PENUMPANG HADAPAN SEBELAH KIRI BALIK KE BALAI POLIS TAMAN TUN DR.ISMAIL.SEMASA DI BALAI POLIS TAMAN TUN DR ISMAIL DAN SAYA ARAHKAN L/KPL ****** ******* MEMBUAT PEMERIKSAAN KE ATAS TUBUH DAN BEG TANGAN PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT TELAH MENJUMPAI (6) KEPING ALUMANIUM FOIL BERWARNA MERAH DISYAKI DADAH JENIS ERIMIN 5 (53 BIJI) (AB: 14.74) DIDALAM BEG TANGAN MILIK BELIAU BERWARNA-WARNI JENAMA CHANEL. SAYA RAMPAS DAN TANGKAP PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT UNTUK TINDAKAN LANJUT.
Butir-butir Tangkapan :
No : 1
Nama : NIK ZARIS UQASHA BINTI NIK SEN
No. K/P Baru : ************
Umur : 25
Jantina : Perempuan
Warganegara : Malaysia
Keturunan : Melayu
Alamat : *********** SUBANG JAYA SELANGOR
Sektor Pekerjaan : Bekerja
Keputusan Ujian Saringan Awal Polis : Tiada Saringan
No Botol Saringan : Tiada Botol Saringan
Aduh apa dah jadi ni? MH rasa macam tak percaya je. Apapun kita tunggu kenyataan rasmi daripada ahli keluarga Uqasha sendiri dan pihak bertanggungjawab.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Since ramai yang DM & bertanyakan pada Tasha mengenai Depression( Kemurungan) macam mana kita nak tahu kita mengalaminya. Ini tasha share info, nasihat Tasha kita perlu jumpa orang yang betul untuk kita keluar dari masalah kemurungan ini.
“Inshallah,semuanya akan baik2. Sebarang pertanyaan anda Semua boleh contact @coachmuhammadfahmi . Siapa nak ubah hidup kita kalau bukan diri kita sendiri,” tulisnya.
Tambah Tasha, setiap orang yang mengalami masalah kemurungan ini harus berjumpa dengan pihak pakar untuk megetahui tentang cara mengatasi masalah tersebut.
Di ruangan komen, rata-rata peminat berterima kasih kepada Tasha diatas perkongsian tersebut selain turut mendoakan supaya pelakon itu tidak bersedih lagi.
Sebelum ini, Tasha pernah mendedahkan dirinya menderita masalah kemurungan hampir dua tahun akibat tertekan dengan tekanan hidup.
Foto: Tasha Shilla
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Akhirnya Aiman Tino membuat kenyataan rasmi berikutan penularan isu video lucah didakwa miripnya yang sedang hangat diperkata sejak beberapa hari lalu.
Aiman menerusi laman Instagram mengatakanpihaknya sedang mencari jalan terbaik bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan segera.
“Assalamualaikum.
“Berhubung isu yang sedang tular, Aiman dan pihak pengurusan sedang memuktamadkan jalan terbaik bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan tidak berlarutan.
“Diharapkan isu ini tidak dipanjangkan lagi dan tindakan undang-undang bakal diambil jika ada pihak cuba membangkitkan semula sehingga menjadikannya berlarutan.
“Pada masa yang sama, Aiman memohon maafkepada semua pihak terutama teman media yang telah banyak membantu karier seni dan menzahirkan rasa terima kasih yang tidak berbelah bahagi kepada teman media atas keprihatinan dan sokongan terhadap karier Aiman.
“Kepada peminat setia, terima kasih atas nasihat dan sokongan berterusan anda. Aiman sayang anda semua.
Penyanyi dan pelakon, Apich Lo ralat apabila perjalanannya di program realiti Big Stage Alpha terhenti di minggu pertama sekali gus gagal meloloskan diri ke ‘Big 12’.