Bekas hos Tanya Doktor, Dr. Say Shazril baru-baru ini ada berkongsi pengalaman perihal si isteri, Dr. Azura Abas ketika sedang hamil.

Pada masa sama, doktor viral ini juga mengakui isteri tercinta kini sekali lagi berbadan dua.

Menzahirkan rasa syukur, Dr. Say turut menjelaskan isterinya tidak mengalami sebarang alahan sepanjang tempoh kehamilan, hanya alami loya terhadap makanan tertentu.

Perkara itu dijelaskan dalam satu perkongsian panjang lebar di Instagram.

“Topik : Bini Mengandung, Saya Turut Mengandung;

“Sy cukup suka bila bini sy mengandung. Kenapa? 1st of all sy cukup bertuah sebab bini sy takde alahan langsung. Masa mengandung Ace dulu takde muntah walaupun sekali.

“Yg kedua ni lagi takde rasa ape2 yg sampaikan dia asyik “i pregnant ke ni ubby? Macam takde simptom ape2 pun, risaula”. Tapi bini sy ada loya.

IKLAN

“Loya terhadap makanan2 bergoreng berat. So kalau kedai makan tu yg jenis masuk2 bau minyak kuat yg sampai melekat kat baju, die naik loya.

Makanan apa yg dia boleh terima adalah clear soup, makanan dibakar & yg secara senangnya “clean & basic” tak bersantan berat, tak bersambal pecah minyak bagai, tak renyah untuk disediakan,” akuinya.

Pada masa sama, Dr. Say memberikan pandangan bahawa menjaga isteri yang sedang hamil bukanlah suatu hal yang sukar.

“In a way this is good sebab dapatlah bini sy menjauhi makanan2 tidak berkhasiat. Dan bila bini sy tak suka makanan “berat2” ni, sy juga jadi tak suka maka terpeliharalah berat badan kami berdua.

“Sekali sekala tu adela dia mengidam makanan manis macam pavlova, llao llao, Mykori sy layankan ja, janji dia kurang berbunyi sy hepi ahaha.

“Senang sebenarnya layan wanita mengandung ni. Tipsnya, LETAK DIRI KITA DI TEMPAT MEREKA. Sy tahu kita lelaki tak boleh mengandung, tapi bayangkan keadaan kita in our most vulnerable moments.

“Mesti kita tak suka benda serabut2, tak suka keadaan yg kacau-bilau & badan kita rasa penat dari biasa. Sebab bila kita rasa apa yg mereka rasa, barulah kita lebih memahami mereka.

“Layankan ja apa jua kerenah mereka sebab DIA TOLONG BAWAK ANAK KITA BRO.

“Kalau PENGALAMAN SEPANJANG PREGNANCY DIA INDAH PASTI INDAH PEMBENTUKAN ANAK KITA tu nanti. Jadi 10 bulan ni jagalah mereka elok2.

“Habis 10 bulan nak lepak lama2 dalam toilet, aa silakan ahaha (hanya lelaki berkahwin tahu bilik air tempat lepak paling best),” tulisnya panjang lebar.

View this post on Instagram

Topik : Bini Mengandung, Saya Turut Mengandung Sy cukup suka bila bini sy mengandung. Kenapa? 1st of all sy cukup bertuah sebab bini sy takde alahan langsung. Masa mengandung Ace dulu takde muntah walaupun sekali. Yg kedua ni lagi takde rasa ape2 yg sampaikan dia asyik “i pregnant ke ni ubby? Macam takde simptom ape2 pun, risaula”. Tapi bini sy ada loya. Loya terhadap makanan2 bergoreng berat. So kalau kedai makan tu yg jenis masuk2 bau minyak kuat yg sampai melekat kat baju, die naik loya. Makanan apa yg dia boleh terima adalah clear soup, makanan dibakar & yg secara senangnya “clean & basic” tak bersantan berat, tak bersambal pecah minyak bagai, tak renyah untuk disediakan. In a way this is good sebab dapatlah bini sy menjauhi makanan2 tidak berkhasiat. Dan bila bini sy tak suka makanan “berat2” ni, sy juga jadi tak suka maka terpeliharalah berat badan kami berdua. Sekali sekala tu adela dia mengidam makanan manis macam pavlova, llao llao, Mykori sy layankan ja, janji dia kurang berbunyi sy hepi ahaha. Senang sebenarnya layan wanita mengandung ni. Tipsnya, LETAK DIRI KITA DI TEMPAT MEREKA. Sy tahu kita lelaki tak boleh mengandung, tapi bayangkan keadaan kita in our most vulnerable moments. Mesti kita tak suka benda serabut2, tak suka keadaan yg kacau-bilau & badan kita rasa penat dari biasa. Sebab bila kita rasa apa yg mereka rasa, barulah kita lebih memahami mereka. Layankan ja apa jua kerenah mereka sebab DIA TOLONG BAWAK ANAK KITA BRO. Kalau PENGALAMAN SEPANJANG PREGNANCY DIA INDAH PASTI INDAH PEMBENTUKAN ANAK KITA tu nanti. Jadi 10 bulan ni jagalah mereka elok2. Habis 10 bulan nak lepak lama2 dalam toilet, aa silakan ahaha (hanya lelaki berkahwin tahu bilik air tempat lepak paling best).

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Imbas kembali, Dr. Say dan isterinya berkahwin pada 30 Mac 2014 dan mereka menimang cahaya mata pertama pada 5 Mei tahun lalu.

Foto: Instagram Dr. Say