Selain barisan senarai pememang Anugerah Bintang Popular ke-31 (ABP31) yang menjadi buah mulut ramai sejak semalam, penonton juga turut memuji kredibiliti hos pada malam berkenaan, Janna Nick yang dilihat langsung tidak menggunakan cue card sebagai panduan tambahan buatnya saat mengendalikan anugerah hiburan tahunan berkenaan.

Bergandingan bersama dua rakan hos lain iaitu Ajak Shiro dan Zara Zya, Janna yang masih boleh dikatakan baru dalam arena pengacaraan dilihat relak dan ‘tidak menggelabah’, meski kad panduan tidak dipegang bersamanya.

Lalu ramai penonton yang memuji keupayaan dan keberanian penyanyi Akan Bercinta itu apatah lagi ia dipancarkan secara langsung. Malah pelakon senior, Fauziah Nawi turut memberikan pandangannya.

IKLAN

“Saya hanya dpt menonton segmen yg sampai kepenghujung. Ingin mengucapkan tahniah kpd @jannanick salah seorang dari tiga host. Janna tidak memegang cue card dan tuturnya begitu yakin. Saya percaya Janna telah menghafal turutan programme. Tahniah dan keep up the good work,” tulisnya menerusi Instagram.

Janna ketika dihubungi MH merakam rasa gembira dan berterima kasih atas sokongan peminat dan penonton yang cuba melihatnya daripada sudut yang positif.

IKLAN

“Saya cuba untuk tidak menggunakan kad panduan. Saya sedar, diri ini belum lagi boleh dikategorikan sebagai pengacara yang bagus. Akan tetapi saya percaya, sebagai pengacara baru saya perlu berani. Kalau tidak, sampai bila untuk kita tahu tahap kemampuan diri.

 

“Malah pada malam itu juga saya akui sedikit rasa gementar apatah lagi ia merupakan suatu acara anugerah yang sinonim dengan dunia hiburan di negara ini dan disiarkan secara langsung. Mujur, rakan pengacara lain pun banyak menyokong dan kami saling membantu di antara satu sama lain.

 

“Terima kasih juga buat Ajak dan Zara juga sebab senang bekerjasama dan mudah untuk dibawa berbincangAlhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya lagi.

Pada masa sama, pelakon drama Leftanan Zana ini juga memohon maaf andai ada kekurangan yang datang dari dirinya sepanjang mengendalikan anugerah berkenaan.

IKLAN

“Sebarang kekurangan saya akan cuba perbaiki pada masa depan. Terima kasih juga buat pihak produksi yang percaya dengan bakat saya untuk menjadi hos bersama yang lain. Pengalaman yang paling manis dan suatu pembelajaran untuk saya juga demi memastikan kerjaya salam pengacaraan bertambah baik,” akhiri Janna opitmis.

Foto: Instagram Ajak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI