Setiap wanita, terutamanya mereka yang melebarkan sayap kerjaya dalam industri seni dan hiburan tanah air pastinya mepunyai zaman ‘nakal’ masing-masing. Namun, itu tidak mengecualikan mereka untuk dipilih menerima ‘hidayah’ oleh yang maha esa.

Begitu juga dengan apa yang dialami oleh penyayi popular asal kelahiran negeri di bawah bayu Sabah, Zizi Kirana yang tekad berubah menjadi muslim sejati sejak hatinya dijentik ilahi empat tahun lalu.

Tak Pernah Rindu Hidup Dahulu, Zizi Tak Menyesal 

“Saya Bersyukur Dengan Transisi Ini,” – Zizi Kirana Redha, Berdamai Dengan Takdir

Ketika mengenang kembali detik penghijrahan yang dialamnya, Zizi akui bahawa dia tidak pernah sekalipun menyesali dengan setiap perubahan dan penghijrahan yang dilaluinya kerana yakin dan percaya bahawa Allah lebih mengetahui segalanya.

“Saya bersyukur dan berterima kasih dengan transisi ini. Jika sebelum ini kehidupan kita hanya biasa-biasa, itu bermakna Allah sedang uji kita dan berkehendakkan untuk kita berubah dan berusaha.

“Segala apa yang kita ada sekarang ini merupakan rezeki yang diberikan Allah.

IKLAN

“Segalanya diberikan agar kita jangan lalai dengan perintahNya,” ujar penyanyi lagu Eh itu.

Sebagai hamba, kita harus sentiasa berusaha untuk istiqamah, Zizi reda dengan takdir Tuhan yang ditetapkan buatnya dan tidak pernah terdetik pun rasa sesal dalam dirinya atas penghijrahan yang telah dilakukannya.

Terharu Dengan Sokongan Peminat, Terima Kasih!

“Saya Bersyukur Dengan Transisi Ini,” – Zizi Kirana Redha, Berdamai Dengan Takdir

 

IKLAN

Di samping itu, Zizi juga turut mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya yang tidak pernah lelah memberikan sokongan buat dirinya.

Dia juga tidak mahu alpa menjalani hidup sebagai seorang muslimah yang Sakinah dan mawaddah.

Bahagia di sisi suami tersayang, Yusuf Bahrin sehingga tidak sedar rupanya sudah hampir tiga tahun mereka melayari bahtera perkahwinan bersama, meski masih belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.

“Setelah bergelar seorang isteri, saya tidak boleh lagi bergantung kepada pendapat diri sendiri sahaja.

IKLAN

“Melibatkan hal-hal kehidupan, saya tidak berani mengatakan kami sudah saling kenal dan mengetahui hati budi masing-masing kerana perjalanan hubungan kami masih jauh dan kini sedang membiasakan diri.

“Masih banyak lagi perangai yang belum diterokai. InsyaAllah, diharapkan hubungan ini kekal selamanya dan kita ikutkan saja takdir yang telah diaturkanNya,” jelas Zizi.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber foto : Instagram Zizi Kirana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI