Shiraz Projects Sdn Bhd kali ini membawakan Konsert Kembara Panorama Jingga: 1444 Hijrah pada 31 Julai 2022 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Dijadualkan bermula pada pukul 8.30 malam, konsert yang menghimpunkan tenaga dan kehebatan Dato’ M.Nasir (vokal), Zoul (gitar utama, vokal), Rahman Suri (bass), Shahrum Basiron (dram) dan Md Shah Othman (keyboard) itu akan membawa penonton ke suatu dimensi masa bersama lagu-lagu berjiwa besar mereka.

“Saya Berasa Bangga, Akan Buat Terbaik,” – Ubat Rindu 8 Tahun, Nantikan Konsert Kembara Panorama Jingga: 1444 Hijrah

“Saya merasakan bahawa semangat kami lebih walaupun usia semua sudah agak menjangkau tetapi semangat kuasa kuda masih ‘maintain’. Kami betul-betul teruja dengan konsert yang akan datang ini,” kata Zoul.

Kumpulan Kembara sudah memulakan persiapan sejak dua bulan lalu dan membayangkan bahawa banyak lagu yang akan dimainkan khusus untuk para peminat setia mereka.

“Kita banyak nak kena main lagu-lagu yang kita belum pernah mainkan lagi. Jadi praktis kena lebih.

IKLAN

“Tentang pemilihan lagu yang belum pernah dimainkan, istimewanya kerana lagu-lagu itu dirakamkan lebih 30 tahun. Tak disangka bila Kembara semak balik lagu-lagu kita ada, kita sendiri jadi  ‘ehh lagu ni sedap’ dan patut diketengahkan sebelum ini, “ujar mereka.

Sementara itu bagi Shahrum, dia teruja dan tidak sabar untuk beraksi pada malam konsert nanti.

“Konsert ini saya rasa macam yang terbaik untuk semua kerana konsert yang lepas saya tak dapat main kerana tuntutan kerja. Saya berasa bangga dan akan buat terbaik,” katanya.

M. Nasir pula menyifatkan keistimewaan konsert kali ini sebagai suara satu generasi.

IKLAN

“Istimewanya konsert ini kerana ia merupakan suara satu generasi. Generasi yang saya maksudkan ialah generasi 80 an. Selain rock muzik yang keras, Kembara membawakan satu muzik yang berbeza iaitu dari segi senikata. Kembara banyak bertemakan kerakyatan dan itu ciri khas dia.

“Ini bukan muzik lama tapi muzik sekarang. Bila kita buat muzik, kita tidak hanya tuju kepada generasi itu (80 an) sahaja. Dan bentuk muzik akan menjangkau generasi,” katanya vokalis dan pengasas kumpulan ini.

Shirazdeen Karim selaku Ketua Pengarah Eksekutif Shiraz Projects menjelaskan, pihaknya sudah lama mengimpikan untuk bekerjasama dengan kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Hati Emas dan Ekspres Rakyat itu.

“Saya Berasa Bangga, Akan Buat Terbaik,” – Ubat Rindu 8 Tahun, Nantikan Konsert Kembara Panorama Jingga: 1444 Hijrah

IKLAN

“Pastinya Kembara akan memberikan sebuah persembahan yang bertenaga dengan untaian lagu-lagu mereka yang cukup nostalgik dan ikonik untuk para pendengar,” katanya.

Tiket-tiket berharga RM860 (Meet and Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Gold), RM200 (Silver) dan RM160 (Bronze) sudah dijual mulai 10 Jun 2022 lalu.

Malah, peminat Kembara juga boleh membeli T-shirt eksklusif apabila membeli tiket konsert di laman web rasmi mereka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/v6EO1hetoCo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI