Akui dirinya menganggur sejak Mei lalu selepas program kendalian, CCTV ditamatkan siaran, pengacara dan penyanyi, Aril Pilus bagaimanapun menjelaskan situasi yang berlaku bukanlah tiket untuk dia meraih simpati.
Menurut Aril atau nama sebenarnya, Khairil Azam Pilus, 37, dia bersyukur dengan cara hidup sederhana, sedikit sebanyak membantu dirinya menguruskan kewangan keluarga dengan semampunya.
“Setelah tujuh tahun mengendalikan program CCTV, pihak Astro buat keputusan menamatkannya. Kali terakhir ia bersiaran pada bulan puasa lalu.
“Tipulah kalau cakap saya tak terkesan. Sesiapa yang alami perkara yang serupa pasti akan memahami perasaan itu.
“Alhamdulillah, walaupun dah tak ada kerja sekarang, saya belum lagi terdesak sehingga terpaksa meminjam duit orang. Saya sendiri berharap dan berdoa agar ia kekal begitu.
Ads
“Bila jadi macam ini, saya lihat balik dan bersyukur, sekurang-kurangnya saya ini bukan jenis orang yang suka hidup bermewah-mewahan. Saya tak reti nak pakai kad kredit dan hutang saya dengan pihak bank cuma kereta, selain bil harian.
“Saya tak berbelanja barang jenama mewah. Bukan tak pernah lalui zaman itu. Saya fikir, tak mengapa, cukup hidup dengan apa adanya buat sementara ini. Sebolehnya saya cuba untuk kurangkan komitmen yang tak perlu… tak nak pinjam meminjam ini,” katanya kepada MH.
Walaupun kehilangan pekerjaan, Aril berkata dia tidak putus semangat dan kini sedang berkira-kira untuk menceburi bidang akademik pula.
Ads
“Saya kena bangkit walaupun pernah beberapa kali diserang anxiety. Jadi, saya cuba usahakan sesuatu bersama Alif Farhan, bekas hos program CCTV untuk buat program sendiri di YouTube.
“Selain itu, ada juga hasrat nak ceburi bidang akademik. Saya tunggu majlis graduasi pada Oktober ini dan akan cari peluang dalam bidang itu pula. Mana tahu boleh kongsikan pengalaman sepanjang 13 tahun dalam industri seni ini menerusi saluran akademik pula bukan?
“Buat sementara waktu, saya cuba bangkit semula perlahan-lahan. Saya akan buat sahaja semua sekarang demi survival,” ujarnya.
Ads
Sekadar info, Aril memulakan kerjayanya dalambidang seni selepas menyertai program Akademi Fantasai musim ketujuh (AF7) pada 2009.
Aril mendirikan rumah tangga dengan bekas pramugari, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin pada 20 Disember 2013.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Tun Adriel Mikael yang kini berusia tujuh tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/lKzn6GUIO-8
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengasas kosmetik sensasi Nur Sajat menyatakan sokongan buat selebriti terkenal, Neelofa.
Menerusi satu status yang dimuat naik di Insta Stories hari ini, ahli perniagaan berkenaan memuji bekas hos program MeleTOP itu dan menyifatkan Neelofa sebagai individu yang kuat.
“Wanita sangat kuat walaupun banyak yang orang kecam beliau, biasanya orang bersinar ni, pasti ramai dengki.
“Saya tak pernah tengok beliau mengata orang malah dia sangat buat hal diri sendiri sahaja,” tulisnya.
Sajat pada masa sama turut berpendapat, Neelofa sebagai seorang yang baik.
“Mengenali @neelofa seorang sangat baik. Rindu time ikut Cicie Makeup Artist mekapkan Neelofa 6 tahun lepas adalah kenangan saya bertemu ‘live’ bersama Neelofa.
“Sis! We are always support you. Hidup Neelofa!,” tulisnya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin menitipkan dedikasi selepas mewakili Allahyarham anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan, di Majlis Konvokesyen UiTM ke-95.
Alif berjaya menamatkan pelajaran dalam jurusan Diploma Perfileman di Fakulti Filem, Teater & Animasi di UiTM cawangan Puncak Perdana, Selangor.
Sambil memberikan ucapan syukur tahniah, Nora,49, turut berbangga atas pencapaian Alif yang boleh menjadi pemangkin semangat buat dua orang adiknya untuk terus berjaya dalam pelajaran.
“Alif… this is for you. Mama tolong ambilkan ye. Alhamdulillah congrats. Keluarga kecil saya tumpang bangga dan gembira dengan pencapaian anakanda Alif Johan, sempat habiskan Diploma sebelum kembali ke rahmatullah.
“Moga Alif tenang di sana. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar UITM FITA & sahabat-sahabat yang memberi sokongan pada Alif selama hayat dia.
“Thank you UITM. Moga legasi arwah dapat diteruskan. Al- fatihah,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instgram.
Malah, ucapan penyanyi lagu Hanya Satu ini juga ada dikongsikan di laman Facebook Universiti Teknologi Mara – Media Rasmi.
Imbas kembali, Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah ketika berada di rumah.
Jenzah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan pusara bapanya, komposer Johan Nawawi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan mesej peribadi seorang pengguna media sosial yang diberikan kepadanya berkaitan isu anak angkat.
Kongsi teks seperti yang dimuat naik penyanyi Abang Nak Tegur itu, ia antara lain berkongsi mengenai pengalamannya di dalam menjaga anak angkat, serta tuntutan oleh ibu bapa anak kandung anak angkat yang diambil.
Lalu menerusi ruangan kapsyen, Aliff berkata jika hal tersebut diketahui awal, dia tidak mahu mengambil anak angkat.
“Kalau tau macam ni tak nak aku ambil anak anak ini. Banyak modal dah habis. Siapa tak faham lagi sila baca.
“Benda yang sama berlaku pada saya,” tulisnya.
Lalu, keluhan tersebut menerima pelbagai komen dari netizen termasuk rakan selebriti, Abby Abadi yang sebelum ini cukup aktif membantu mereka yang ingin mendapatkan anak angkat.
Kata pelakon Gerak Khas itu, ibu bapa kandung tidak mudah untuk menuntut kembali anak mereka, kecuali atas sebab-sebab tertentu.
“Tak semudah itu nak tuntut tanpa sebab. Kecuali berlaku kes-kes yang membuatkan bayi teranaiya atau apa-apa isu berbangkit, baru si ibu boleh menang.
“Ingat hakim tak tanya ke kenapa bagi? Apa pun, kalau ada dokumen, kena fight di mahkamah,” komennya.
Terdahulu, isu mengenai tuntutan kembali anak angkat Aliff Syukri mulai timbul apabila ada pihak yang menganggap salah seorang anak angkatnya, Qayyum tidak dijaga dengan baik.
Perkara tersebut dinafikan Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida.
Malah, difahamkan ibu kandung kepada kanak-kanak lelaki itu juga dikatakan mahu mengambil seterusnya menjaga kembali anaknya.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Sal Priadi memohon netizen di Malaysia dan Indonesia untuk berhenti berbalah terutamanya bila melibat soal kebudayaan di negara masing-masing.