Suami kepada Allahyarham Siti Sarah, Shuib mendedahkan kata terakhir arwah isterinya iaitu sebelum dibawa ke Hospital Chanselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Khamis lalu.

Menurut Shuib, 38, ketika ditemui selepas pengebumian jenazah isterinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sg Pusu, Gombak, di sebalik kata-kata itu dia tetap percaya isterinya seorang yang kuat.

“Dia (Siti Sarah) cakap dia takut. Tapi saya tahu dialah orang yang paling kuat. Dialah manusia paling kuat dan paling baik hatinya.

“Saya banyak dapat pelajaran daripada apa terjadi. Kepada kaum lelaki dan suami, terus hargai isteri,” katanya kepada MH.

Sementara itu, Shuib turut menjelaskan, ketiga anaknya iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 masih belum tahu mengenai pemergian ibu mereka.

“Sehingga saat ini mereka belum tahu. Ini tugas paling berat saya. Balik ini saya kena bagi tahu mereka.

IKLAN

“Insya-Allah saya harap semua okay. Terus mendoakan keluarga saya. Saya balikkan semua doa kalian. Kepada yang sedang bertarung dengan Covid-19 sekarang, saya mendoakan semoga semuanya dipermudahkan,” katanya lagi.

Mengenai keadaan anak keempatnya Ayash Affan yang selamat dilahirkan pada Jumaat lalu, Shuib berkata belum berjumpa dan melihat wajah anak lelakinya itu.

“Setakat ini saya baru dua kali dapat maklumat mengenai bayi Ayash. Maklumat terakhir yang saya dapat dia sangat aktif.

“Mata sudah buka, kaki dah menendang dan ada banyak pergerakan. Saya juga belum dapat gambar atau video dia. Insya-Allah dalam masa terdekat.

IKLAN

“Saya pun belum jumpa lagi. Terima kasih sebab doakan dia. Semoga proses pembesarannya lancar,” katanya.

Bercerita lebih lanjtut, menurut Shuib kali terakhir menatap wajah isterinya ketika menghantar ke hospital.

“Kali terakhir jumpa dia di hospital. Sebab saya yg hantar dia di wad. Terakhir saya pandang dia di katil.

“Saya terpaksa tinggalkan dia. Kemudian saya jumpa dia balik selepas dia tutup mata. Tapi saya cukup yakin dan percaya dia bidadari syurga saya,” katanya.

IKLAN

Ditanya apakah kata-kata isterinya yang diingati sampai sekarang, Shuib berkata Siti Sarah sentiasa berpesan jaga anak-anak.

“Dia nak saya jaga anak-anak dengan baik. Saya akan didik sebaik mungkin menjadi anak solah dan solehah,” katanya.

Terdahulu media melaporkan penyanyi lagu Kesetiaan itu disahkan meninggal dunia jam 5.13 pagi, hari ini.

Ia selepas tiga hari Siti Sarah dimasukkan ke ICU hospital itu akibat tahap oksigen menurun.

Disebabkan itu, Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan doktor perlu mengeluarkan bayi dalam kandungan yang ketika itu berusia tujuh bulan atau pramatang.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI