Penyampai radio, Tyzo Xander bakal membuat pengumuman mengenai stesen radio yang akan menjadi pilihanya selepas kontrak bersama Suria FM tamat pada 9 Mac depan.
Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain Idris berkata, dia menerima tawaran dari empat stesen radio dan hanya akan mengumumkan berita baik mengenai stesen pilihannya, esok.
“Alhamdulillah saya menerima tawaran dari empat stesen radio cuma saya masih belum boleh dedahkan kerana hari terakhir saya bersama Suria FM adalah pada 9 Mac nanti.
“Saya tak sabar nak habis sebab saya pun teruja nak memulakan kembali karier penyiaran radio saya dan In Sha Allah, mungkin Isnin nanti saya akan umumkan di mana stesen radio yang akan saya pilih.
“Saya belum boleh kongsikan lagi stesen mana sebab masih dalam perbincangan terakhir dan belum ada kata rasmi. Saya pun tak tandatangani apa-apa.
“Jadi saya pun tak nak katakan apa-apa tapi In sha Allah Isnin nanti saya akan umumkan,” katanya kepada MH.
Ads
Tyzo berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis perasmian Fiesta PERKESO Membawa Senyuman di pusat beli belah My Town, Cheras pada Sabtu.
Tambah Tyzo, dia percaya pilihannya itu adalah yang terbaik.
“Dalam sehari dua ini kita baru nak ‘finalize’ bersama pihak pengurusan. Saya pun tak nak tunggu lama sebab terlalu ramai yang bertanya pada saya. Insya-Allah Isnin nanti saya akan berterus terang.
“Tapi saya memilih stesen itu kerana merasakan ia boleh menjamin kehidupan saya. Memang faktor itu yang selalu menjadi keutamaan.
Ads
“Namun tak kisah stesen swasta atau kerajaan mana pun, saya harap saya akan mendapat sokongan pendengar.
“Jujurnya saya tidak sabar sebab sudah dua bulan saya tidak berada di radio sehingga saya perlu membuat podcast,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Tyzo turut menzahirkan rasa syukur kerana khidmatnya masih lagi menjadi pilihan stesen-stesen radio.
Ads
“Sebelum saya pergi menunaikan umrah baru-baru ini, saya selalu berkata kepada Tuhan, kalau diizinkan lagi menjadi penyampai radio, saya akan menyampaikan sesuatu yang baik dan memberikan manfaat pada orang menerusi kata-kata saya
“Jadi beri saya peluang untuk berada dalam bidang ini. Kalau tidak tukarkanlah saya dalam bidang lain. Mungkin saya tak mampu dari segi kewangan tapi insya-Allah saya mampu membantu dalam bidang ini.
“Alhamdulillah pada 29 Februari lalu, saya bersama-sama teman-teman saya juga ada menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Kasih Tyzo yang akan beri manfaat kepada anak yatim, orang tua, asnaf, Orang Kurang Upaya (OKU) dan artis-artis,” katanya.
Tyzo berharap permulaan baharunya itu akan memberikan ruang dan peluang yang lebih baik buatnya. Dalam masa sama, Tyzo tetap akan meneruskan siaran podcast di laman TikTok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Tyzo Xander
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Elyana meluahkan rasa kecewa apabila pembantu rumahnya telah melarikan diri sejak dua minggu lalu.
Menurut Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 35, dia sama sekali tidak menyangka pembantu rumah berasal dari Lombok, Indonesia itu akan bertindak sedemikian memandangkan perwatakannya yang kelihatan baik dan sentiasa bertelekung di rumah.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Elyana percaya pembantu rumah yang dikenali sebagai Isniwati itu mungkin sudah berada di luar kawasan Kuala Lumpur pada ketika ini.
“Saya terima dia bekerja dengan cara yang sangat baik… tapi dia pergi dengan cara yang sangat tidak baik.
“Dekat rumah bertelekung, sampai kita nak minta tolong buat kerja pun jadi serba salah,” tulis Elyana.
Dalam perkongsian itu juga, penyanyi lagu Kalis Rindu ini juga turut memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kediamannya yang menunjukkan pembantu rumah berkenaan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta berwarna hitam pada waktu malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak semalam, personaliti media sosial, Ameera Khan ada berkongsi beberapa hantaran di Instagram yang memaparkan dirinya kini sedang menikmati percutian di Bali, Indonesia.
Bagaimanapun, hantaran tersebut mengundang spekulasi daripada segelintir netizen yang mendakwa Ameera sedang bercuti bersama pelakon popular, Meerqeen yang kebetulan juga kini dikatakan berada di pulau tersebut.
Terbaharu, menerusi hantaran di Instagram Stories, adik kepada selebriti terkenal, Neelofa itu dilihat seakan mahu menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan dirinya sedang bercuti bersama sepupunya dan diringi pengawal peribadi serta pemandu.
“Saya di Bali bersama sepupu, Aisha, seorang pengawal peribadi dan pemandu. Kami hanya berempat,” tulis.
Pada masa sama, Ameera atau lebih mesra dengan panggilan Little Miss Khan turut mendedahkan dirinya juga sudah mempunyai teman lelaki yang kini berada di London, United Kingdom.
“Saya ada teman lelaki tapi dia berada di London,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Ameera akui berang dengan segala spekulasi yang tercetus di media sosial saat ini.
Katanya lagi, dia juga tidak perlu membuat sebarang penjelasan namun segala dakwaan tersebut disifatkan agak keterlaluan.
“Saya tidak perlu jelaskan apa-apa tapi ada segelintir kalian yang agak melampau. Lebih baik diam dan berambus,” ujarnya lagi.
Sehingga kini, Ameera dilihat masih belum membuat penjelasan lanjut berhubung hantarannya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ameera Khan & Meerqeen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas berkongsi mengenai keadaan matanya yang lebam pada pagi Isnin, pelakon Zahnita Wilson akhirnya mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.