Seperti yang kita tahu Datuk Farid Kamil telah kembali aktif di dunia Instagram.
Terbaharu, Farid telah memuat naik sekali lagi gambar dirinya dio hadapan balai polis sambil memegang laporan polis.
Namun apa yang mendapat perhatian ramai apabila kata-kata di ruangan kepsyen Farid yang bertegas dan memegang teguh mengatakan dirinya tetap akan terus memperjuang nasib mangsa-mangsa teranaiya.
Malah, Farid meminta orang ramai untuk mendoakan segala usahanya ini dipermudahkan dan dapat ditempuhi.
“Assalamualaikum… Terima Kasih atas iringan Doa2 dari Kalian, semoga Allah swt akan terus Merahmati kita Semua. Insya Allah dgn kudrat yg masih tinggal ini saya akan terus memperjuangkan nasib Orang2 Teraniaya..pinta saya supaya Kalian semua dapat mendoakan supaya perjalanan yg berliku ini dapat di tempuhi..Amin..” tulisnya di ruangan kepsyen.
Posting tersebut telah mendapat pelbagai respon dengan hampir 2000 komen dalam masa kurang dari 1jam ia dimuat naik.
Bukan sahaja peminat, malah beberapa rakan selebriti turut memberi semangat kepada pelakon yang terpalit dengan kontoversi mengasari pihak berkuasa dan dadah ini. Antaranya seperti Nabila Huda dan Johan As’ari…
Apapun MH doakan agar semua yang dihajati oleh Farid Kamil akan dimakbulkan dan segala niat murninya mendapat keberkatan!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI