Pelakon Sharifah Sakinah memohon maaf kepada semua pihak seandainya ada yang tersinggung dengan tindakannya mendukung anak anjing dalam satu hantaran video di Instagram Story miliknya, semalam.
Memetik laporan Harian Metro, Sakinah memaklumkan dirinya menerima segala teguran dan kecaman dengan hati yang terbuka.
“Anak anjing itu terlalu comel. Namun saya tetap menjaga batas dan tidak menciumnya.
“Jadi di sini saya ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan. Saya akan lebih berhati-hati,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Lantaran itu, adik kepada selebriti terkenal, Sharifah Shahira itu berharap agar isu ini tidak lagi diperbesarkan atau disensasikan oleh pihak lain.
Ads
“Saya menerima segala teguran dan kritikan dengan hati terbuka.
“Saya tak nak ulas lebih panjang kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, video yang memaparkan Sakinah sedang menari sambil mendukung seekor anjing telah dikecam hebat netizen kerana perbutannya itu dianggap tidak sensitif sebagai wanita beragama Islam.
Lebih mengejutkan, pelakon berusia 35 tahun itu turut kelihatan begitu selesa dan seronok mendukung binatang berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Harian Metro & Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktor tubuh sasa, Zul Ariffin mengakui dia ada menyimpan hasrat untuk melangsungkan majlis akad nikah di Tanah Suci Makkah atau Madinah andai sudah sampai seru buatnya untuk mendirikan rumah tangga.
Tambah bintang berusia 33 tahun ini lagi, meski sehingga kini dia masih belum mempunyai teman istimewa, Zul bagaimanapun sudah bertanya terhadap beberapa rakan selebriti perihal prosedur andai nikah di tanah suci
“Saya berangan-angan mahu bernikah di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Saya pernah bertanya kepada beberapa teman mengenai prosedur pernikahan di Makkah atau Madinah.
“Bagaimanapun, sekadar bertanya untuk membuat persiapan. Jangan bimbang, saya tidak akan kahwin sorok-sorok apabila sudah tiba jodoh,” katanya seperti yang dipetik BH Online.
Pada masa sama, hero filem Misteri Delaila ini juga memberitahu andai impiannya menjadi kenyataan, majlis resepsi tetap dilangsungkan di Malaysia.
“Saya mahu bernikah di Tanah Suci, tetapi majlis resepsi tetap diadakan di Malaysia selepas pulang.
“Besar harapan saya dapat membawa bakal isteri dan keluarga menunaikan umrah bersama-sama,” kongsi Zul.
Sementara itu apabila bercakap dengan lebih terperinci mengenai soal jodoh, Zul tidak mahu lagi merancang, bimbang andai tak menjadi.
“Dulu, saya ingat dapat berkahwin dengan seseorang. Buat rancangan macam-macam tetapi tidak menjadi.
“Kali ini, saya mahu pilih gadis biasa. Saya tidak kisah sama ada bekerjaya atau tidak, asalkan dapat menjaga saya sebaiknya.
“Saya juga mengharapkan bakal isteri menjaga kerjaya saya, bukan menjahanamkan,” jelas Zul.
Foto: Instagram Zul Ariffin, Sumber : BH Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi era 80-an, Aman Shah menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN), kira-kira jam 2.20 petang tadi.
Perkara tersebut dimaklumkan pembantu khas kepada adik Allahyarham, Amirudin Mokhtar yang memaklumkan arwah dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu.
“Ya, Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 2.20 petang tadi. Semalam saya dimaklumkan arwah menjalani pembedahan. Sekarang kami sedang menunggu proses pengurusan jenazah,” katanya.
Sementara itu, memetik Awani, anak sulung Allahyarham, Hadzly memaklumkan buat masa ini, jenazah bapanya masih berada di IJN dan dijangka kebumikan hari ini.
Terdahulu, Aman Shah pernah menempah kemasyhuran antaranya menerusi lagu Adikku Pandai Menari dan lagu raya, Kepulangan Yang Dinanti.
Allahyarham juga pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Darah Satria.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa mencuri perhatian apabila memuji penampilan adik perempuannya yang juga pempengaruh popular, Ameera Khan menerusi satu hantaran di Instagram Story...