Penyanyi dan guru vokal, Adzrin Adzhar tampil memberikan penjelasan mengikut pandangannya selepas ditanya peminat mengenai sebutan penyanyi, Ning Baizura menerusi lagu Awan Yang Terpilu yang mencetuskan tular, sebelum ini.

Cuba memberikan perincian secara logik supaya mudah difahami ramai, juara program Suara Viral 2.0 itu memberikan penerangan susulan lirik perkataan ‘menciptakan’ yang disebut berbeza daripada sebutan sepatutnya oleh Ning.

@adzrinadzhar Replying to @iamfirdauskhalid ok tak logic tak? #mayinmenyanyi #vocalcoach #vocaltips #fyp #masukberanda #foryou #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Adzrin Adzhar

Menurut Adzrin melalui video yang dikongsikan di TikTok, penyanyi popular itu melakukan beberapa transisi vokal pada bahagian yang dimaksudkan.

“Saya akan keluarkan pendapat paling logik melalui soalan ini. Alasan pertama ialah ‘vocal styling’ dan ini adalah alasan kedua. Kalau korang perasan, untuk bahagian chorus itu sahaja Ning Baizura ada melakukan ‘vocal transition’. Dia menggunakan beberapa vocal register,” katanya sambil memberikan contoh nyanyian.

Tambahnya lagi, perkara tersebut mungkin dilakukan Ning bagi mencapai ‘note’ berkenaan berbanding menyebut perkataan itu dengan lebih jelas.

IKLAN

“Kenapa dia sebut begitu… Kebarangkalian, Ning Baizura selesa ‘menghantar’ suara dia dengan menyentuh notasi, instead of menyebut perkataan tersebut dengan jelas. Boleh faham tak,” ujarnya lagi sambil memberikan contoh gaya nyanyian menerusi lagu Negaraku.

Dia pada masa sama turut memberikan contoh gaya nyanyian kebanyakan penyanyi dari Seberang yang disifatkan mempunyai ciri nyanyian lontaran suara yang lebih ‘besar’.

Hantaran yang kini sudah pun ditonton hampir 50,000 kali turut disambut baik peminat yang meninggalkan reaksi masing-masing menerusi ruangan komen. Antaranya;

IKLAN

“Saya rasa pendapat cikgu Mayin ini sangat tepat, sebab saya pun selalu buat macam tu hahaha…”

“TQ sis share, ilmu sangat mahal free pula tu.”

“Saya setuju…kalau kita nak sebut 1 perkataan tu jelas kita akan tekan voice cord kita untuk sempit supaya nafas/bunyi tu jelas.”

IKLAN

“Yaasssss!!!! that’s what I always thought about. Terbaik cikgu.”

Selain penerangan tersebut, Adzrin juga aktif memberikan penerangan dan didikan mengenai gaya nyanyian dan vokal menerusi kebanyakan posting di platform sosial tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI