Usahawan terkenal, Vivy Yusof hujung minggu lalu telah pun mengadakan majlis akikah buat anak bongsu, Sarah Ilham Shah. Majlis yang dilangsungkan secara meriah itu telah dilakukan di TPC Kuala Lumpur.
Menerusi hiasan pelaminan khas bayi serta dekorasi indah yang melatari, majlis akikah turut dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat dan selebriti.
Vivy dan suami, Fadza Anuar serta anak-anak tampil menerusi persalinan sedondon putih. Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji ikatan kekeluargaan keluarga ini.
Ads
Malah, tidak kurang yang berseloroh meminta supaya Vivy mengandung lagi sebagai pelengkap keluarga, memandangkan dia kini sudah pun mempunyai seorang anak lelaki dan dua cahaya mata perempuan.
Ads
Pasangan ini menerima kehadiran permata hati itu pada 10 Oktober 2018.
Penyanyi Azharina Azhar merakamkan rasa syukur bercampur terkejut apabila 200 keping tiket konsert solonya, Konsert Azharina Queen of Soul sudah terjual biat majlis pelancaran konsert tersebut baru diadakan semalam.
Bakal dilangsungkan 29 Jun depan di Teater Shah Alam, konsert solo skala besar dari Azharina ini mampu membuatkan lebih 900 penonton.
“Alhamdulillah setelah beberapa lama akhirnya ia direalisasikan. Kami rancang ini sejak tahun lepas sekitar Julai lalu. Tetapi ia makan masa memandangkan kami bekerjasama dengan ramai pihak.
“Bagaimanapun kami dapat sokongan sepenuhnya daripada pelbagai pihak pastinya saya gembira dan bersyukur,” katanya kepada MH.
Malah penyanyi yang kini muncul menerusi single Lakar Janji itu turut lega apabila dia difahamkan, lebih 200 keping tiket sudah pun terjual, meski promosi mengenai konsert tersebut belum lagi dibuat sepenuhnya.
“Saya gembira tapi takut. Saya sendiri tak sangka dengan sambutan yang diterima. Sebab pada awalnya, saya tertanya juga…boleh ke jual 900 tiket ni, ada ke yang nak beli.
“Apa pun, berita ini pastinya memberi signal yang baik. Alhamdulillah,” kongsi Azharina yang tidak sabar untuk menghiburkan peminatnya secara eksklusif tidak lama lagi.
“Cuma yang pasti saya sendiri tidak boleh tafsirkan apa perasaan saya ketika ini. Bercampur-campur sebab saya ni memang jenis macam tu. Teruja tapi pada masa sama saya takut, gementar. Tak tahu apa yang akan jadi masa konsert tu nanti.
“Apapun, nantikan beberapa kejutan yang tak pernah saya buat sebelum ini. Memang sudah rancang sebab inilah masanya,” dedah Azharina yang bakal mengalunkan lebih 14 buah lagu selama dua jam pada malam konsert itu nanti.
Sinonim menerusi lagu Elergi Sepi dan Rawan, Azharina ditemui media pada majlis pelancaran Konsert Azharina Queen of Soul di Blackbox, SACC Mall Shah Alam pada Selasa.
Berkongsi mengenai perincian konsert bersempena dengan 18 tahun penglibatannya dalam industri seni itu lagi, Azharina memberitahu persembahannya nanti akan diiringi pemuzik okestra.
“Saya bakal diiringi pemuzik orkestra. InsyaAllah akan ada beberapa segmen dan setiap segmen itu memberi makna tersendiri. Mungkin akan ada lagu yang akan saya nyanyikan secara duet, mugkin tidak. Nantikan,” jelasnya lagi.
Konsert Azharina Queen of Soul bakal berlangsung selama satu hari sahaja mendapat sokongan Kelab SUK Selangor melalui Kelab SPBT selain bekerjasama dengan Kelab Sukan dan Kebudayaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, FUFC The Fighters dan Pemadam Negeri Selangor.
Tiket mula dijual malam ini di www.atlasoneevents.com pada harga RM288 untuk VIP, RM188 (kategori A), RM158 (kategori B) dan RM108 (kategori C).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Hanis Zalikha kini sedang hamil anak kedua hasil perkongsian dengan suami, Hairul Azreen.
Lantas,Hanis telah memuat naik sekeping foto beserta kapsyen apabila dia meluahkan perasaanya yang sedang mengalami mual-mual yang kini berbadan dua.
“I am in my second trimester. Perut dah besar. Tapi ulepas muntah pagi dan tiba-tiba teringat satu kejadian waktu mengandungkan Yusuf dulu. Ada satu pagi tu, kitorang on the way pergi office, dan setiap kali pergi office kami akan singgah satu cafe ni untuk sarapan sebelum masuk kerja. Jadi kami pun order makanan yang biasa kami makan dan mula bersarapan. Dah nak selesai macam tu Hanis mula loya balik. Ya Allah cuba tahan taknak muntah (sebab sayang makanan & taknak lemah satu badan lepas muntah), tahan punya tahan tapi lari jugak ke tandas cafe tu. Dan buwekkkkk keluar segala isi perut. Sambil air mata mengalir. Dalam 5minit berbuwek buwek, selesai episod duka lara dalam tandas, terus cuci mulut, betulkan tudung dan keluar buat macam biasa. Pastu duduk dan tunggu suami habis makan. Time ni dah tak larat nak makan apa2 dah, tulis Hanis.
“Tertoleh ke kiri nampak staff situ (warga asing) macam pandang tapi bukan macam pandangan biasa. Tanyalah suami ayang kenapa staff tu pandang I macam lain. Taktau nak cakap lain camne tapi memang lain. Pastu suami cakap takde apa2. Tapi tak puas hati, tanya dia banyak2 lagi. Finally dia cerita time Hanis muntah, kedengaran juga dari luar sebab tandas dalam cafe kan. (Omg malunyaaa). Pastu ada pakcik tua ni buat muka annoyed sangat2 selama kedengaran Hanis muntah tu. Pastu time dia bayar kat cashier dia bising2 sampai satu cafe dengar, dia cakap “apeni saya makan kat sini bayar, bukan nak dengar orang muntah2!” (Something along the line tapi memang unpleasant to hear). So my husband walked up to him and said “ye abang, kenapa? Minta maaf ya yang muntah tu isteri saya dan dia mengandung”, tulis Hanis panjang lebar.
Hanis turut mengimbau kembali kenangan saat ketika berbadan dua.
“Bila-bila terkenang balik kejadian tu, baru faham sendiri maksud: Suami adalah pelindung. Walau dalam ketiadaan kita dia melindungi kita,” tambahnya lagi.
Nyata, para suami perlu menjaga kesihatan dan emosi si isteri ketika mereka sedang hamil.
Foto: IG Hanis Zalikha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Jue Aziz memaklumkan dirinya kini sudah berpisah dengan suaminya yang juga seorang pemuzik asal Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal.
Memetik Harian Metro, pelakon berusia 35 tahun itu berpisah secara baik.
Bagaimanapun, dia secara jujur memberitahu tidak boleh berkongsi secara terperinci mengenai perpisahan yang terjadi.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Bayu (bekas suami) juga memahami perceraian ini untuk kebaikan masing-masing,” katanya.
Malah, Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz ini juga turut tidak mendedahkan bila tarikh sebenar dia dan suaminya bercerai.
“Tidak perlu tulis bila tarikh kami bercerai kerana saya sudah habis edah pun. Walaupun sudah bercerai hubungan kami masih baik sampai sekarang,” jelas Jue lagi.
Terdahulu, bintang ini mendirikan rumah tangga dengan Bayu, pada 9 Mac 2014 dan pasangan ini turut memiliki seorang anak angkat Darwish Naufal, 5 tahun.
Foto/Sumber: Instagram Jue Aziz/Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.