Berikutan dengan kekecewaan Siti Sarah yang diluahkan lewat malam semalam. Suaminya Shuib Sepahtu turut memberi pandangan terhadap isu ini.

Pelik dengan segala tuduhan yang dilemparkan Shuib berkata sinis dan perli individu yang tidak bertanggungjawab itu dengan ayat yang cukup ringkas.

“Pulakkkkkkk????hahaha,dah tentu org rumah kita,kita tau lah mana yg btol mana yg tidak….tak apalah,bersangka baik,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Namun selang beberapa minit, Sarah turut memberi respons terhadap posting suaminya dan meminta maaf kerana gagal mengawal perasaan.

IKLAN

“Sorry sayang I dah tak boleh nak sabar,” sambil mengunakan emoticon sedih.

Sarah Kecewa Difitnah, Shuib Cuba Bersangka Baik?

Isu ini bukan sahaja mendapat perhatian pengikut kedua pasangan ini. Malah rakan karibnya Achey juga turut berkongsi pandangannya.

Malah, Achey juga seakan bersetuju dengan apa yang ditulis melalui kapsyen.

IKLAN

“Biasa laaaaa ib…,” tulisnya ringkas

Sarah Kecewa Difitnah, Shuib Cuba Bersangka Baik?

Beberapa jam yang lalu Sarah telah berkongsi kekecewaannya yang dituduh kerana memotong usus untuk kurus. Malah sarah juga dikatakan menipu semua pembeli produk dietnya dengan cara dan taktik yang ‘kotor’.

IKLAN

Namun sungguh pun begitu, penyanyi ini telah menolak dan menafikan sekeras-kerasnya tentang isu ini dan berkata dia hanya mengambil produknya dan tidak melakukan sebarang pembedahan seperti yang dituduh.

Sarah Kecewa Difitnah, Shuib Cuba Bersangka Baik?

Apa pun MH Online rasa sweet sangat mereka berdua ni. Walau bagaimanapun kami puji sikap Shuib yang langsung tidak melatah dengan isu ini dan tidak mengapi-apikan perasaan isterinya.

Terdahulu Sarah ada kongsi rasa kecewannya apabila difitnah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI